MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ejen Suruh Simpan Emas, Tapi Dia Nak Duit Sebagai Bayaran?

March 1, 2024

Kalau simpan emas tu bagus berbanding simpan duit, kenapa penjual emas jual emas tapi terima duit sebagai bayaran?

Adakah ejen-ejen emas sebenarnya menipu yang emas tu bagus sebagai simpanan sedangkan dia sendiri nakkan duit sebagai bayaran? 

Banyak juga yang letak komen-komen sinis bila dealer-dealer emas Public Gold sarankan supaya masyarakat menabung emas, jadikan emas sebagai simpanan. 

Komen-komen tu seolah-olah menampakkan dealer-dealer ni tak jujur. 

More...

Mereka penyimpan emas tegar

Kalau emas tu bagus, kenapa dia jual emas dia untuk dapatkan duit kertas? 

Hakikatnya, itu cuma sangkaan orang yang tak faham perangai dealer-dealer emas Public Gold.

Kononnya penjual-penjual emas jual emas tapi mereka sendiri tak simpan emas. Mereka nak duit, bukan nak emas. 

Itu tak benar... 

Dealer-dealer emas ni sebenarnya bermula sebagai penyimpan emas tegar.

Mereka dulu yang menabung emas, dan dah rasa manfaat daripada tabungan emas, maka mereka ambil peluang jana pendapatan dengan cara ajar orang lain buat perkara sama; menabung emas macam mereka juga.

Pendek kata, kalau tak jadi dealer pun, mereka tetap simpan emas juga. 

Memang itulah cara saya bermula sebagai dealer Public Gold aktif sejak tahun 2010 dulu...

Mereka juga simpan duit kertas

Walaupun macam tu, selain emas, mereka juga duit duit dalam akaun bank, ASB dan Tabung Haji. Tapi itu cuma duit simpanan jangka pendek dan duit yang nak gunakan dalam masa terdekat. 

Duit simpanan jangka panjang, mereka simpan dalam bentuk emas.

Duit kertas dicipta untuk memudahkan transaksi, bukan untuk disimpan. Duit kertas tak sesuai sebagai simpanan sebab nilainya makin tahun makin susut.

Sebaliknya nilai emas kekal zaman berzaman (teori 1 dinar seekor kambing), bahkan naluri manusia pada emas memang untuk disimpan, bukan untuk dibelanjakan. 

Sebab tu lah ramai yang mula kenal simpanan emas, jumlah tabungan mereka meningkat dengan cepat - di luar jangkaan mereka!

Sedangkan sebelum tu mereka dah kerja bertahun-tahun tapi simpanan pun tak ada. 

Mereka "walk the talk!"

Sebagai guru yang bukan sahaja mengajar masyarakat menabung emas, tapi juga melatih lebih 1,000 dealer emas Public Gold yang aktif pada hari ni, saya boleh sahkan, saya belum jumpa walaupun seorang dealer Public Gold yang berjaya, yang dia sendiri tak menabung emas (secara tegar). 

Belum ada...

Sebab mereka obses menabung emas lah, mereka rasa selfish kalau ilmu tu tak disampaikan kepada orang lain.

Mereka penabung emas, dan mereka juga sarankan orang lain menabung emas. 

Itulah sebab mereka berjaya. Mereka benar-benar "walk the talk" - cakap serupa bikin!...

Zulkifli
Cyberjaya
1 Mac 2024
20 Syaaban 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>