"Menggagau nak menjawab permasalahan customer... "
Itulah sebab kena join training, training, training...
Banyak yang fikir, mudah sahaja jadi dealer Public Gold; jadi dealer > ajak orang simpan emas > kemudian kaya raya!
Sampaikan ada yang sindir, yang kaya tu dealer, bukan penyimpan emas...
More...
Tak semudah disangka
Kalau benarlah semudah tu untuk kaya, semua dealer Public Gold pun kaya raya...
Public Gold ada berpuluh ribu dealer. Tapi yang kaya, yang dapatkan unlock passive income 4, 5 dan 6 angka setiap bulan hanya berapa ratus orang sahaja.
Yang dapat pergi trip ke luar negara tahun lepas (#PGLSSwitzerland) hanya 150 orang.
Jadi mana lagi yang berpuluh ribu orang yang katanya senang jadi kaya bila jadi dealer?
Maksudnya tak semudah itu...
Dealer-dealer berjaya ni mereka adalah penyimpan emas tegar. Emas dah menjadikan kewangan mereka lebih baik.
Dengan kata lain, kalau tak jadi dealer pun, mereka tetap menabung emas untuk diri sendiri.
Cabaran jadi dealer berjaya
Bila jadi dealer, mereka ambil tanggungjawab educate masyarakat buat perkara sama; menabung emas dan kaya dengan emas.
Kalau setakat ada 100 - 200 penyimpan emas di bawah mereka, mereka tak kaya. Sebab insentif PG bayar sangatlah ciput...
1% atau 1.5% sahaja.
Berniaga apa yang untung seciput 1% selain jadi dealer Public Gold?.... Tak ada...
Kalau mereka tak obses berikan kebaikan kepada orang lain (yang nak menabung emas), dah lama mereka give-up.
Dealer-dealer Public Gold yang kaya ni mereka ada lebih 1,000 penyimpan emas yang mereka bantu. Ya, bantu... Kena bantu...
Bukan sekadar 'jual', touch n go, atau campak-campak link sana sini...
Mereka kena betul-betul bantu lebih 1,000 penyimpan emas.
Tak habis-habis join training
1,000 penyimpan emas maksudnya 1,000 harapan dan 1,000 masalah orang lain yang mereka kena selesaikan dulu!
Barulah mereka boleh kaya... InsyaAllah...
Kalau penyimpan emas ajukan masalah pun menggagau nak jawab (apatah lagi nak settlekan), lupakanlah nak kaya dengan jadi dealer Public Gold.
Duit tak datang bergolek pada orang yang tak function. Tapi ia datang dengan tanggungjawab dan harapan orang lain yang kita kena sempurnakan dulu. Barulah duit yang banyak akan datang menyerah diri... InsyaAllah...
Itulah sebab kenapa dealer-dealer Public Gold di bawah mentorship saya (#PGG100Network dan #5GAssociates) tak berhenti-henti adakan training untuk dealer.
Training, training, training... Tak habis-habis training...
Sampai kami tubuhkan #G100Academy untuk berikan peluang dealer-dealer ini belajar secara lebih intensif, face-to-face direct dengan top achievers dalam team kami.
Mudah-mudahan ia dapat mempercepatkan lagi kami meraikan kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga. InsyaAllah....