MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tak Berbaloi Jadi Dealer Kalau Hanya Untuk Belian Sendiri

January 29, 2025

Nak jadi dealer, tapi tak plan nak jadi dealer aktif.

Hanya nak dapat insentif atas belian sendiri dan ahli keluarga sendiri sahaja. 

Jujurnya tak berbaloi. Saya tak recommend. 

Insentif kecil, tak berbaloi

Insentif dealer cuma 1% (atau 1.5% bagi Priority Dealer).

Beli emas RM10k, dapat c-wallet RM100. Bukan dapat duit, tapi dapat c-wallet untuk shopping di PGMall, macam Shopee Coins tu.

Bila jadi dealer, semua urusan transaksi sendiri (dan customer sendiri) kena handle dan settlekan sendiri. Bukan lagi introducer (upline dealer).

Bila nak kena handle sendiri, kena sentiasa up-to-date dengan perkembangan PG. Maksudnya kena sentiasa join training (sama macam dealer aktif lain). 

Kena keluarkan duit untuk datang training. Kena ruangkan masa khusus untuk belajar setiap bulan.  

Kalau tak dapat handle sendiri, nanti kena bayar dealer aktif lain untuk settlekan. 

Kena bayar upah 'customer service'

Kalau dealer di bawah saya, kena upah PA (Personal Assistant) saya untuk dia bantu.

Dia akan kenakan caj servis untuk setiap masalah transaksi yang dia kena settlekan.

Caj dikenakan biasanya RM20 untuk setiap masalah.

Kalau sepanjang tahun ada 10 masalah transaksi (sendiri atau ahli keluarga sendiri), kos kena bayar RM200 (RM20 x 10 masalah)! 

Bila ambil kira insentif yang diterima dari belian sendiri, ia tak berbaloi. Tapi mungkin lebih jimat berbanding yuran dealer aktif join training setiap bulan.

PG tak ada 'customer servis' (ataupun talian hotline). 'Customer Service' PG adalah dealer (introducer) sendiri. 

Tiada lagi customer service percuma

Sebaik sahaja jadi dealer, insentif 'customer service' yang PG bayar kepada introducer (upline dealer) dah tak ada. PG pass-up insentif tu kepada customer yang upgrade jadi dealer tu. 

Apa-apa urusan, bukan lagi introducer (upline dealer) yang akan settlekan. Kena settlekan sendiri atau bayar kepada introducer (atau PA dia) untuk settlekan.

Jadi kalau sekadar untuk diri sendiri, ia tak berbaloi.

Selagi belum jadi dealer, yuran customer service (oleh introducer) tu sebenarnya FREE sahaja.

Dealer-dealer dengan senang hati bantu penyimpan emas di bawah mereka sebab PG bayar insentif untuk kerja-kerja 'customer service' tu.

Layan 100 customer, tapi tak kaya

Dalam mana-mana sistem ejen bagi produk kewangan, PG yang paling kecil - insentif yang dibayar kepada ejen.

Kalau dealer yang sekadar ada 100 customer, memang tak kaya. Ada la RM100 - RM300 insentif yang dia dapat hasil bantu dan selesaikan masalah 100 customer dia.

Dealer-dealer PG yang kaya tu semuanya ada lebih 1,000 customer di bawah mereka.

Mereka kena selesaikan masalah dan layan kerenah 1,000 customer dulu, barulah mereka ada income bagus dengan PG.

Maksudnya, jadi dealer PG cuma berbaloi bagi siapa obses educate dan bantu orang lain menabung emas.

Bukan yang upgrade dealer sekadar untuk diri sendiri.

Zulkifli
Cyberjaya
29 Januari 2025
29 Rejab 1446H

INSENTIF DEALER PUBLIC GOLD

  1. Insentif RM109.99 dan ke bawah, PG kreditkan ke akaun c-wallet www.pgmall.my (macam Shopee Coins - boleh guna untuk shopping). Selebihnya akan dikreditkan ke akaun bank.
  2. Kalau pada bulan tersebut dapat sales (atau belian sendiri) berjumlah RM15k, maka insentif RM150 (1% x RM15k).

    Cara PG buat bayaran:

    > RM100 - c-wallet
    > RM50 - akaun bank
  3. Syarat layak terima insentif sesuatu bulan, akaun kena aktif, samada;

    (a) ada buat belian sendiri minimum RM100 melalui Akaun Emas GAP, atau

    (b) register sekurang-kurangnya satu (1) customer baru pada bulan tersebut.

    Kalau tak aktif, semuanya akan masuk c-wallet.
  4. Insentif bulan semasa dibayar pada 20hb bulan berikutnya. Kalau buat sales bulan Januari, insentif akan diterima pada 25hb Februari.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>