Supaya mudah kemudian hari, jangan sesekali pilih dealer sembarangan bila nak mulakan tabungan emas. Tapi pilihlah dealer komited lagi terlatih.
Walaupun dia bukan ahli keluarga atau kenalan sendiri, dia lebih baik berbanding kenalan sendiri tapi akhirnya dia menyusahkan kita - sebab tak membantu.
Hanya sekadar nak dapat komisyen sahaja.
More...
Memudahkan penyimpan emas
Saya tahu banyak penyimpan emas baru tak tahu siapa dealer yang boleh dia harapkan.
Untuk memudahkan penyimpan emas baru pilih dealer yang betul, G100 (network terbesar dealer Public Gold) memperkenalkan status "Verified Dealer" kepada dealer yang disahkan komited lagi terlatih.
Bagi yang dah jadi dealer, status “Verified Dealer” tak compulsory (tak wajib), sama macam konsep “Meta Verified”.
Ini inisiatif G100 berikan kredit kepada dealer yang KOMITED LAGI TERLATIH dalam berikan servis terbaik kepada penyimpan emas di bawah mereka.
Bila network makin besar, banyak yang nak join kami sebab dapat banyak kelebihan.
Selain dari support system yang serba lengkap, mereka boleh gunakan nama kami untuk dapatkan kepercayaan customer dengan lebih mudah.
Melindungi penyimpan emas
Sebelum wujudnya status “Verified Dealer”, sesiapa pun boleh gunakan nama kami.
Kalau ada dealer yang baru join berapa bulan, tak pernah join training, tiba-tiba dia scam customer sedangkan kami keluarkan poster pengiktirafan pencapaian dia (hasil dia scam customer!), maka buruklah nama baik yang kami bina bertahun-tahun.
Ini bukan sahaja risiko bagi kami, tapi risiko juga bagi penyimpan emas di luar sana!
Ini juga akan berikan kesan besar kepada seluruh dealer lain yang jujur.
Jadi untuk kenalpasti seseorang dealer tu layak diiktiraf sebagai dealer yang komited lagi terlatih, ini syarat yang kami letakkan:
Mekanisma kenali dealer terlatih
- Join core training kami (iaitu PLT - PG Leadership Training) selama 3 bulan berturut-turut.
- Lulus ujian penilaian dealer (setiap bulan) dengan markah 90% ke atas.
Berdasarkan pengalaman kami, 3 bulan tu tempoh yang sesuai untuk seseorang dealer faham secara asasnya tentang etika dan budaya kami dalam bisnes.
Dengan markah lulus 90%, maksudnya mereka tahu selesaikan sekurang-kurangnya 90% dari masalah customer mereka.
Dealer yang terlatih ni sistem kami akan keluarkan status “Verified” (macam Meta Verified) di landing page mereka.
Dan kami akan keluarkan poster pengiktirafan atas apa-apa pencapaian mereka dalam bisnes.
Hanya mereka yang 'verified' sahaja yang kami iktiraf.
Kelebihan bagi dealer terlatih
Walaupun ini bukan syarat yang diletakkan oleh Public Gold, tapi ini kelebihan yang kami berikan kepada dealer-dealer di bawah kami yang komited lagi terlatih dalam berikan servis terbaik kepada penyimpan-penyimpan emas mereka.
Ia juga boleh dijadikan salah satu petanda penting untuk sesiapa yang nak pilih introducer (dealer) yang betul bila nak mulakan tabungan emas dengan Public Gold.
Tak perlu lagi confuse nak pilih siapa sebagai introducer yang betul.
InsyaAllah.
#PGG100Network
#MisiUbahHidup1000Keluarga