MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Elak Bersara Miskin : Masa Semakin Singkat, Mulakan Azam Baru

January 2, 2025

Tahun baru, azam baru.

Setiap tahun baru, letaklah azam untuk tambah kekayaan. Bila kita kaya, sekurang-kurangnya kita tak menyusahkan sesiapa.

Dapat kurangkan satu lagi keluarga yang perlu dibantu. Bahkan bertambah seorang lagi yang membantu orang lain yang susah, khususnya ahli keluarga kita sendiri. 

More...

Tambah harta, bukan beban

Tambah kekayaan bukan bermaksud beli kereta baru. Bukan... Itu namanya tambah beban...

Tambah kekayaan maksudnya;

✅ Tabungan bertambah 
✅ Harta (yang ada cashflow) bertambah 
⛔️ Hutang berkurangan 

Kalau ini berlaku setiap kali masuk tahun baru, maksudnya kita semakin kaya.

Tapi kalau sebaliknya, samada semakin miskin atau penat berlari di tempat yang sama. 

Bersara 15 tahun tanpa gaji

Masuk tahun baru, maksudnya kita makin dekat dengan umur persaraan.

Umur makin bertambah, kudrat makin berkurangan, kesihatan makin mencabar, dan waktu untuk kita bina kekayaan semakin pendek.

Kalau bersara umur 60 tahun dan mati pada umur 75 tahun, kita perlukan duit untuk kegunaan selama 15 tahun tanpa bekerja!

Seolah-olah pilihan kita ada samada; 

  1. Kena bekerja selama 15 tahun lagi dan menabung 100% duit gaji, atau 
  2. Bekerja selama 30 tahun lagi dan menabung 50% duit gaji!

Duit tabungan tu InsyaAllah cukup untuk hidup 15 tahun tanpa gaji. 

Majoriti akan bersara miskin

Memikirkan pasal persaraan ni, tanpa persiapan rapi, majoriti akan bersara miskin siapa tak ambil serius tentang menabung, bina harta dan lupuskan hutang dari sekarang.

Ingatlah... Anak-anak kita bukan dana persaraan kita. Dan ibubapa kita bukan dana kecemasan kita.

Kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun kewangan kita. Bukan orang lain.

Masuk tahun baru ni, perbaharuilah azam untuk kukuhkan kewangan masing-masing.

Mulakan dengan mencari ilmu sampai obses dengan ilmu. Bila ada ilmu, insyaAllah kekayaan akan datang lagi dan lagi. 

Tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis... 

Saat paling berisiko hilang duit 

Ingat, kita sering bukan kesilapan besar dalam kewangan bukan ketika tak ada duit. Tapi ketika ada duit sedangkan ketika itu kita tak ada ilmu...

Berita-berita mangsa yang kena scam (saban hari) bukanlah mereka yang tak berduit. 

Tapi mereka yang ada duit banyak, sedangkan ketika itu dia tak ada ilmu.

Yang majoritinya golongan pesara yang habis lebur duit 'talian hayat' terakhir hasil titik peluhnya selama 30 tahun! 

Jadi mulakanlah azam tahun baru dengan mencari ilmu... InsyaAllah.

#BukuMisiBebasHutang
#BukuWangEmas

Zulkifli
Cyberjaya
2 Januari 2025
2 Rejab 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>