Orang cakap, kereta tu adalah harta. Sebenarnya bukan. Apa yang kebanyakan kita fikir itu adalah harta, rupa-rupanya itu adalah beban dari sudut kewangan.
Memang kereta tu harta. Tapi bukan harta kita. Ia harta bank. Kita kena kerah keringat kerja bulan-bulan untuk pastikan duit kita masuk ke 'poket' bank supaya kita dapat pakai kereta tu.
More...
Beza Antara "Harta" dan "Beban"
Kalau apa-apa terjadi kepada kita, kereta tu kena tarik untuk pulangkan semula kepada pemilik sebenar, iaitu bank.
Akhirnya kebanyakan kenderaan yang kita beli sebenarnya bukan jadi harta (aset). Tapi jadi beban (liabiliti). Ia tak membuatkan duit masuk ke poket kita, sebaliknya ia membocorkan kekayaan kita.
Dulu beli kereta sebab nak pergi kerja. Tapi sekarang kena pergi kerja sebab nak bayar kereta! Kan dah berbalik?
“You must know the difference between an asset and a liability, and buy assets... Rich people acquire assets. Poor and middle class people acquire liabilities, but they think they are assets.” - Robert T. Kiyosaki
Kereta Jadi Beban, Lori Jadi Harta
Ada satu perkara menarik yang kita boleh pelajari daripada pengalaman dari Tuan Jaffri Ahmad (seorang pemilik bisnes ayam) - dari catatan Facebook beliau - tentang kenderaan yang dia beli.
Dia beli kereta Audi Q7 berharga RM380,000 sebab ikut kawan-kawan. Nak nampak ada 'standard' sama macam kawan-kawan dia pemilik bisnes - tokay ayam.
Tapi lepas pakai, kereta dia banyak meragam. Dia berhabis banyak duit dan habis banyak masa untuk hal nak 'bela' kereta.
Lepas 3 tahun dia terpaksa jual pada harga RM85,000 sebab dah tak tahan dengan kerenah kereta tu! Dia rugi RM295,000 (RM380k - RM85k)! Itu belum kira kos repair dan maintenance kereta yang selalu meragam!
Kereta mahal yang dia beli tu akhirnya membocorkan kekayaan dia.
Fokus Kumpul Harta, Bukan Beban
Sedangkan lori yang dia beli yang harganya lebih murah (cuma RM260,000 sebuah), itulah yang terus membawa duit masuk ke poket dia. Selepas 3 tahun, lori-lori yang dia beli masih terus berfungsi jadi 'mesin duit' untuk dia.
Kereta jadi 'beban', lori jadi 'harta'!
Jadi sebelum nak beli sesuatu, sila buat kira-kira dulu. Adakah ia akan buatkan kita lebih kaya atau jadikan hidup kita lebih baik, atau sekadar seronok sekejap sahaja, tapi akhirnya membocorkan kekayaan kita?
Memang tak salah beli kereta, tapi berpada-padalah kalau akhirnya ia jadi beban, yang kita terpaksa bayarnya dengan kerja lebih keras pada masa depan - untuk bayar apa yang sudah kita belanjakan (hutang)!
“An asset, whether you’re working or not, is something that puts money in your pocket.” - Robert T. Kiyosaki, written of "Rich Dad Poor Dad"
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
15 Ogos 2023
28 Muharram 1445H
“Banyak orang tak boleh brain dan tak boleh terima hakikat banyak jutawan zaman sekarang (macam Khairul Aming) tak beli rumah hanya untuk duduk sendiri. Mereka duduk menyewa sahaja. Mereka fokus bina harta (aset), dan berpada-pada dalam mengumpul beban (liabiliti).” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 Februari 2024
“Ada rumah yang dibeli itu jadi HARTA. Bahkan banyak rumah yang dibeli itu jadi BEBAN. Kalau beli rumah tapi terpaksa tarah CASHFLOW dan NET WORTH kita, itu bukan harta. Tapi beban (LIABILITY)!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022
Coretan FB berkaitan:
- ‘Beli rumah lagi bagus’ – Zizan dedah penyesalan terbesar, beli Ferrari - Kosmo
- Mindset Khairulaming (jutawan influencer) : rumah duduk sendiri bukanlah aset - FB
- Kos sebenar beli dan bela kereta mewah BMW AMG cecah RM1 juta! - FB Shaari Anuar (2024)
- Nilai kereta Bill Gates (pengasas Microsoft) tidak sampai 0.001% daripada net worth beliau yang bernilai lebih USD130 billion! - FB Azizi Ali (2022)