"Call Public Gold berkali-kali, tapi tak pernah berjawab. Bila wasap, tak membantu langsung!" katanya.
Antara keluhan customer Public Gold (yang tiada introducer) bila berlaku masalah transaksi. Walhal semua tu sangat mudah kalau dia ada introducer (dealer) terlatih.
Beritahu sahaja kepada dealer, dia bantu settlekan sekejap sahaja. Tak perlu stress-stress...
Kalau ada masalah, contact dealer
Salah faham sistem Public Gold
Sebahagian penyimpan emas fikir, Public Gold sama macam syarikat emas yang lain.
Dan kalau ada masalah, boleh call sahaja bahagian customer service. Nanti staff akan jawab telefon dan selesaikan segala masalah dia.
Tapi malangnya, itu bukan sistem Public Gold.
PG (Public Gold) tak ada staff Customer Service.
Sejak 2021, tak wujud dah pun nombor telefon branch (di website PG) untuk sesiapa bercakap terus dengan staff.
Bahkan "Customer Service Department" pun memang tak wujud!
Customer Service Public Gold
Dengan jumlah customer base melebihi 1.5 juta orang, sistem lama tak lagi sesuai.
Sama juga dengan mana-mana syarikat e-commerce besar yang lain. Customer tak berpeluang dapat servis bersifat 'personalised' dan mendapat 'human-touched' begitu.
Semuanya sistem dan robot yang jawab.
Tapi untuk pastikan setiap customer sentiasa dapat 'personalised service' dan 'human-touched' 24 jam sehari, peranan Customer Service diserahkan 100% kepada dealer (introducer) masing-masing.
Bukan staff.
PG bayar insentif kepada dealer supaya merekalah yang jadi "customer service" bagi penyimpan emas di bawah mereka.
Hotline 24 jam sehari
Dealer berperanan sebagai 'hotline' untuk membantu penyimpan emas.
Boleh contact introducer masing-masing 24 jam sehari, 7 hari seminggu kalau ada apa-apa masalah transaksi.
Tak perlu call PG, dan tak perlu pun datang ke branch PG.
Introducer akan bantu settlekan semua. Ini jauh lebih memudahkan customer, sebab setiap dealer lebih kenal penyimpan emas mereka masing-masing.
Masalah yang sering berlaku bila mana seseorang penyimpan emas tu;
- Pilih introducer yang salah - tak komited dan tak ada ilmu. Dia cuma tahu makan komisyen, tapi tak bertanggungjawab bantu customer dia.
- Customer lost contact dengan introducer. Ini boleh cek sendiri dalam sistem.
Kalau introducer tak function
Kalau memang tak ada introducer yang boleh bantu, boleh minta ihsan dari mana-mana dealer aktif untuk bantu selesaikan masalah.
Bayar sahaja yuran professional atas khidmat bantuan dia.
Selalunya dealer akan caj RM20 untuk bantu selesaikan masalah customer yang bukan di bawah dia.
Yuran tu berbaloi. Jimat duit, jimat masa, jimat emosi.
Itu harga yang kena bayar bagi siapa yang tersalah pilih introducer, introducer tak lagi aktif, ataupun memang daftar direct dengan Public Gold tanpa meletakkan mana-mana dealer sebagai introducer.
Bagi yang dapat introducer (dealer) yang aktif, komited lagi terlatih, bersyukurlah...
Dia bukan sahaja dapat free "Customer Service", tapi dapat ilmu dan bimbingan yang tak ternilai harganya...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
14 Januari 2025
14 Rejab 1446H
KESIMPULAN :
✅ Register sebagai customer Public Gold melalui dealer, bayar harga sama. Tapi dapat kelebihan free customer servis (dan bimbingan).
⛔️ Kalau register tanpa introducer, tiada customer service. Ada masalah transaksi, kena selesaikan sendiri. Kalau nak dapatkan customer servis (dari dealer), kena bayar.
Artikel berkaitan:
- Panduan Pilih Dealer Yang Terbaik Sebagai Introducer
- Sebelum Beli Emas, Pilih Dealer Terlatih Lagi Bertanggungjawab
- Dealer Lama, Jangan Register Customer Kalau Tak Join Training
- Elak Ditipu Ejen Emas, Buat 3 Perkara Ini
- Risiko Besar Bila Percaya Bulat-bulat Ejen Kewangan!
- Ejen Suruh Simpan Emas, Tapi Dia Nak Duit Sebagai Bayaran?