MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Makin Besar Pengaruh, Makin Berat Beban Dalam Berkata-kata

January 3, 2025

Masih tak selesa untuk bercakap di depan orang ramai, walaupun dah sampaikan lebih 500 seminar.

Kalau dicampur speech, mungkin dah lebih 1000 kali saya naik pentas untuk public speaking.

Dulu takut naik ke pentas sebab gugup. Tapi sekarang takut bercakap sebab takut tersilap.

Takut tersalah cakap... 

More...

Diam lebih selamat, tapi

Lagi besar pengaruh kita, lagi besar beban yang kita galas. Setiap butir kata-kata kita akan berikan kesan besar kepada audience.

Kata-kata boleh membina, dan kita-kata kita juga boleh meruntuhkan.

Kata-kata boleh jadi inspirasi dan mengubah hidup orang lain. Dan kata-kata kita boleh menjatuhkan semangat orang lain.

Kata-kata kita boleh membina sebuah empayar yang besar. Dan kata-kata juga boleh meruntuh serta boleh membuatkan masyarakat bermusuhan dan porak peranda. 

Nak selamat, diam lebih baik... 

Berdiam diri bukanlah penyelesaian

Tapi kapal bukan dibina untuk berlabuh di pelabuhan. Ia dibina untuk belayar di luatan luas menempuh ombak dan badai.

Saya sentiasa menyesal dengan apa yang saya perkatakan atau terlepas cakap. Sama macam berbelanja juga.

Tapi berdiam diri dari menyampai ilmu dan kebenaran juga bukanlah tindakan yang betul.

Dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga, saya nak kedepankan lebih banyak orang baru.

Mereka mungkin belum ada pencapaian yang besar, tapi kisah kejayaan kecil mereka mungkin lebih jujur dan boleh jadi inspirasi mengubah lebih banyak orang yang sedang struggle untuk ubah hidup masing-masing. 

InsyaAllah... 

Daripada Abu Musa al-Ash'ari r.a., beliau berkata: 

Saya bertanya kepada Rasulullah ﷺ:  

"Wahai Rasulullah, siapakah Muslim yang paling baik?"

Rasulullah ﷺ menjawab:  

"Sesiapa yang orang muslim yang lain selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya"

(Hadis Riwayat Bukhari no. 11, dan Muslim no. 42

#IslahDiri #MenjagaLidah 

Zulkifli
Cyberjaya
29 Disember 2024
27 Jamadil Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>