Kena kecam... Kena perlekeh... Kena tuduh...
Walhal kita tulis yang baik-baik, share pengalaman yang baik-baik.
Itu perkara biasa. Normal...
Saya sendiri dah share ilmu sejak tahun 2008 — dah 17 tahun. Dari zaman blog lagi.
Pengalaman saya, walaupun tulis dengan cara paling baik, tetap juga ada orang kecam. Lagi tinggi engagement posting tu, lagi banyaklah kecaman masuk!
Itu memang dah lumrah...
More...
Hakikatnya, walaupun ramai yang dapat manfaat, akan tetap ada segelintir yang kecam.
Kenapa?
#1 - Malas Membaca Untuk Faham
Ada orang komen sebab dia baca sekerat. Belum habis baca, dah buat andaian sendiri. Ini yang paling banyak.
Dia tak baca untuk faham. Tapi mulut (atau jari) dia lebih laju daripada akal.
Barangkali dia fikir Tuhan tak nampak pun komen buruk yang dia tulis tu...
Dia tak sedar, komen buruk tu tak lain, kecuali hanya akan menyebabkan kekesalan dikemudian hari - akhirat kelak!
Hari di mana menyesal pun dah tak guna...
#2 - Tafsir Ikut Fikiran Sendiri
Input sama, tapi tafsiran berbeza.
👉🏻 Orang baik, sentiasa sangka yang baik-baik.
👉🏻 Orang tak baik, dia fikir orang pun tak baik macam dia juga!
Contohnya bila kita cerita pasal kekayaan. Dia terus fikir, “Orang ni dah lupa Tuhan. Sibuk dunia, lupa akhirat.”
Walhal, itu mungkin refleksi diri dia sendiri suatu masa dulu.
Jadi bila tengok orang lain cakap pasal kaya, dia terus bersangka buruk.
3. Bermusuh Dengan Kejahilan Sendiri
Setiap orang akan cenderung bermusuh dengan perkara yang dia tak faham. Dia sering bermusuh dengan kejahilan sendiri.
Dia tak boleh nak 'brain' sesuatu, tapi tak nak belajar dan cuba faham.
Jadi apa sahaja yang dia tak boleh 'brain', dia rasa itu satu pembohongan!
Dia tak pernah tahu...
👉🏻 Ada anak muda 20-an, 30-an yang tak perlu kerja pun ada duit - ada passive income.
👉🏻 Ada fresh grad yang tak perlu hantar resume, tapi dah gajikan pekerja sendiri!
👉🏻 Ada orang kaya yang baik hati, sibuk mengajar dan bantu orang tanpa bayaran.
👉🏻 Ada anak muda umur bawah 30 tahun, harta dah cecah RM1 juta.
👉🏻 Ada orang nampak hidup biasa-biasa, tapi hakikatnya jutawan.
👉🏻 Ada orang sibuk bina kekayaan, semata-mata nak buat lebih banyak amal akhirat.
Semua ni realiti. Tapi bila dia tak pernah tahu, dia kecam...
Saya belajar satu perkara…
Apa yang saya perhatikan, orang baik dan berjaya, tak pernah kecam orang.
Kalau dia tak setuju sesuatu pendapat, samada dia diam, ataupun cadangkan pendapat dengan cara baik. Bukan kecam...
Kalau yang suka kecam, kita tahu siapa dia. Sebab perkataan yang keluar dari mulut seseorang, cerminan isi hati dan fikiran dia. Dan juga tahap kehidupan dia!
Kalau kata-kata yang keluar penuh kecaman, itu tanda apa yang ada dalam hati dia.
Dan kita tak perlu pun orang macam tu hadir dalam hidup kita.
Sebab kehadiran mereka tak menambah apa-apa, kecuali keburukan.
Pilih kawan…
Bagi saya, bila ada orang kecam di medsos kita, itu isyarat jelas:
👉🏻 Mudah saja — terus block!
Sebab dia dah tunjuk wajah sebenar.
Kalau nak kehidupan yang baik, berkawanlah dengan orang yang baik-baik - sebagaimana pesanan Nabi s.a.w. ini.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Seseorang itu berada di atas agama sahabat karibnya. Maka hendaklah setiap orang dari kamu melihat dengan siapa dia bersahabat.”
- (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4833 - hasan)
Zulkifli
Cyberjaya
5 September 2025
12 Rabiul Awwal 1447H
Artikel berkaitan:
- Tip Kekal Tenang Bila Diganggu Haters di Medsos
- Setiap Orang Berjaya Pasti Ada Haters?
- Perkataan Yang Dilazimi, Itulah Perkataan Akhir Saat Kita Mati
- Bercakap Baik, Jangan Sabotaj Diri Sendiri
- Jangan Cakap "Gagal", Tapi "Belum Berjaya"
- Unfollow Berita Negatif, Hidup Akan Lebih Tenang dan Lebih Fokus
- Nak Bahagia, Jangan Terima Orang Sembarangan Jadi Customer