"Tak berjaya", bukan "gagal".
Itu antara perkataan yang saya akan perbetulkan bila murid-murid (dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga) yang consult dengan saya.
Bila buat sesuatu usaha tapi tak dapat apa yang diharapkan, jangan biasakan sebut "gagal". Kalau nak sebut pun, sebutlah "tak berjaya".
Atau "belum berjaya".
More...
Kesan psikologi perkataan kita
Perkataan tu berikan kesan berbeza pada fikiran dan semangat kita.
"Saya dah cuba, tapi gagal".
Maka kita cenderung untuk putus harapan dan lemah semangat. Mudah give-up!
Yang tertanam dalam fikiran nanti ialah "gagal, gagal, gagal"...
Tapi kalau cakap "Saya dah cuba cara begini, tapi tak berjaya".
Maka kita masih ada harapan untuk berjaya. Kita pasti akan berjaya juga, cuma belum sampai masanya lagi.
Mungkin kena usaha lebih lagi, atau cuba cara yang lain pula.
Perkataan membentuk kepercayaan
Itulah sebab saya sentiasa perbetulkan perkataan yang keluar dari mulut murid-murid saya bila mereka consult dengan saya.
Perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita sangat berbisa. Perkataan sama yang diulang-ulang akhirnya akan membentuk "self-image".
Iaitu persepsi kita pada diri kita sendiri.
Siapa yang anggap diri dia seorang yang gagal, maka dia akan sentiasa alami kegagalan demi kegagalan. Dia merealisasikan apa yang dia percaya tentang diri dia.
Sekali dua mencuba tapi tak berjaya, maka dia fikir benarlah apa yang selama ni dia percaya tentang diri dia - seorang yang gagal.
Latih diri cakap yang baik-baik
Sebaliknya siapa yang percaya dia akan berjaya, setiap kali tak dapat hasil yang dia harapkan, dia akan mencuba lagi dan lagi.
Dia akan berusaha 1001 cara untuk merealisasikan apa yang dia percaya tentang diri dia - seorang yang berjaya, berjaya, berjaya!
Jadi berhati-hatilah dengan perkataan yang keluar dari mulut kita, khususnya bila bercakap tentang diri kita.
Cakap yang baik-baik. Gunakan perkataan yang baik.
Mudah-mudahan Tuhan kurniakan segala yang baik-baik untuk kita. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
2 Januari 2025
2 Rejab 1446H
Artikel berkaitan:
- Bercakap Baik, Jangan Sabotaj Diri Sendiri
- Jangan Cakap Flight Delay, Tapi Retime!
- Perkataan Yang Dilazimi, Itulah Perkataan Akhir Saat Kita Mati
- Kerana Mulut Badan Binasa, Celupar Mulut Jasad Terpenjara!
- Kata-kata Ibarat Peluru. Peluru Yang Sama, Kesannya Berbeza
- Makin Besar Pengaruh, Makin Berat Beban Dalam Berkata-kata