Emas bila dah ada di tangan, feeling dia tak sama.
Orang yang beli emas tapi cuma nampak nombor, bila harga jatuh... yang bermain dalam kepala cuma satu:
“Aku rugi beli masa mahal.”
Nak pakai duit? Tak boleh... Melainkan sanggup jual dan alami kerugian.
Emas fizikal berbeza...
More...
Harga jatuh, tapi tak rugi
Bila emas ada di tangan, itu maksudnya duit masih ada pada kita.
Harga turun?
Tak ada apa-apa yang hilang.
Selagi tak jual, kita tak rugi apa-apa.
Kalau harga naik mencanak pun kita tak jual, apatah lagi bila harga turun.
Dan bila nak pakai duit, tak semestinya kena jual.
Pajak saja dulu.
Lepas tu tebus balik.
Lagipun, emas yang kita beli tu bukan guna duit nak pakai bulan depan.
Itu duit simpanan... Duit yang memang kita niat simpan 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun.
Kuasa sebenar emas fizikal
Bila tengok emas ada di tangan, kita sedar satu perkara penting:
- Kekayaan kita 100% dalam kawalan kita sendiri.
- Bukan di tangan bank.
- Bukan di dalam sistem.
- Bukan di tangan orang lain.
Nilainya berdiri sendiri... Tak perlukan jaminan sesiapa.
Emas ni...
- Aset kalis inflasi...
- Penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia...
- Digunakan beribu tahun dulu...
- Dan akan kekal relevan beribu tahun akan datang...
Bandingkan pulak dengan “emas digital” - yang tak ada emas fizikal di tangan.
- Bila Emas Ada di Tangan, Kita Senyum Tengok Harga Emas Jatuh!
- Rahsia Penyimpan Emas Lama Kekal Tenang, Tapi Makin Kaya
Emas digital, duit 'stuck'
Bila harga jatuh, apa yang ada?
Tak ada apa-apa... selain nombor di skrin telefon.
Tak boleh guna...
Tak boleh pajak...
Tak boleh rolling...
Tak boleh buat apa-apa.
Kekayaan kita tersangkut pada sistem. Dan dalam kawalan orang lain.
Itulah sebab kenapa yang beli emas digital ni, bila harga jatuh, dia panik macam saham jatuh. Sebab duit dia dah 'stuck' dalam sistem.
Yang dia nampak cuma satu, iaitu "rugi"...
Berbeza yang simpan emas fizikal.
Peluang rendahkan kos purata
Bila harga emas jatuh banyak, dia nampak... itulah peluang dia beli barang mahal (emas) pada harga diskaun!
Lagi rendah harga emas, lagi besarlah peluang dia rendahkan "kos purata" emas yang dia beli masa harga pucuk (puncak tertinggi).
Kalau sebelum ni dia beli pada harga RM750 segram, bila harga jatuh ke RM650, dia beli lagi. Maka kos purata emas yang ada di tangan bukan lagi RM750, sebaliknya cuma RM700.
Kepingan emas yang ada di tangan makin bertambah, tapi "kos segram" lebih rendah.
Maksudnya, dia akan 'untung' lebih cepat bila harga emas naik balik nanti.
Itulah sebabnya, kalau emas ada di tangan — tak ada apa yang perlu dikesalkan.
Harga turun naik jangka pendek tu biasa. Kenaikan harga dalam jangka panjang hanyalah persoalan masa saja...
Yang penting, emas ada di tangan kita.
Feeling dia tak sama...

