MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rahsia Penyimpan Emas Lama Kekal Tenang, Tapi Makin Kaya

February 2, 2026

Mereka ni tenang.
Tak panik.
Tak gelabah bila harga turun.
Tak teruja melampau bila harga naik.

Itu yang saya perasan bila sembang dengan mereka yang dah simpan emas lebih 10 tahun.

Sebab apa? 

More...

Mereka dah matang...  
Mereka dah lalu semua fasa

Harga emas naik — dah rasa.
Harga emas jatuh — dah pernah hadap.
Harga mendatar bertahun-tahun — dah pernah lama sabar.

Dan daripada pengalaman tu, mereka buat satu keputusan besar.
👉 Mereka jadi GOLD SAVER, bukan GOLD INVESTOR. 

Inilah perbezaan ketara mindset penyimpan emas lama berbanding yang baru. 

Lambakan pemain baru 

Bila harga emas naik luar biasa dalam setahun dua ni, ramai mula nak melabur dalam emas.

Yang satu masa dulu tak pandang pun emas, hari ni mereka sibuk nak melabur dalam emas. 

Bukan setakat melabur, siap buat konten yang nampak bijak... Tapi sebenarnya 'jahil'... Banyak benda yang dia belum faham, tapi konfiden pulak tu! 

Penyimpan emas lama tengok senyum saja. Malas nak 'argue' dengan budak-budak baru setahun jagung dalam emas. 

Rata-ratanya mereka tengok emas sebagai "pelaburan" yang boleh buat duit cepat. Bukan sebagai "simpanan" jangka panjang. 

Mereka dikategorikan sebagai "gold investor", bukan "gold saver". 

Nak tahu mereka ni "investor" mudah saja... Mereka asyik cerita pasal berapa banyak "untung"... "Profit" dah capai sekian-sekian percent. 

"Hari tu aku beli harga sekian-sekian... Sekarang dah untung", katanya. 

Gold saver vs gold investor 

Karektor gold investor:

  • Nak untung cepat 
  • Sentiasa cari timing harga terbaik
  • Bila untung, nak jual dan "exit"
  • Tak minat emas fizikal, sebab spread lebih tinggi, proses nak jual lebih renyah.

Sebaliknya, gold saver pula:

  • Kumpul gram emas sedikit demi sedikit, tapi konsisten.
  • Simpan untuk jangka panjang - harga naik pun tak nak jual 
  • Pegang emas fizikal. Tak minat emas digital.

Yang menariknya... Walaupun "gold investor" ni nampak bijak... Tapi realitinya "gold saver" ni yang terbukti makin lama makin kaya.

Mereka fokus simpan untuk kaya; dengan cara kukuhkan tabungan dan tambah harta. Bukan sekadar kejar "profit" sementara. 

Sebaliknya, golongan "gold investor" yang banyak cakap pasal “profit” pula, majoritinya tak ke mana-mana! 

Bahkan sepanjang lebih 15 tahun saya dalam dunia emas, saya tak pernah jumpa walaupun seorang "gold investor" yang akhirnya kaya raya hasil melabur dalam emas. 

Sedangkan gold saver yang kaya (hasil menabung emas) tu terlalu banyak. 

Kenapa gold saver akhirnya lebih kaya?

1️⃣ Ambil tempoh bertenang sebelum jual 

Bila simpan emas fizikal, duit tak mudah bocor.

Setiap kali nak jual, nak kena bawa emas tu ke branch Public Gold. Mereka akan lalui fasa “tempoh bertenang” dulu.

Kena fikir masak-masak...

Sementara nak jual tu, mereka akan bercakap dengan diri sendiri,

"Betul-betul perlu ke aku jual ni?"
"Aku dah kumpul lama emas ni... Sayangnya nak jual..." 
"Malas lah nak pergi jual... Guna duit lain dulu lah..."

Dan selalunya... tak jadi jual.

Akhirnya emas tu kekal dalam simpanan. 

2️⃣ Tak jual walaupun dah untung 

Bila harga naik, mereka tak excited nak “ambil profit”.

Sebab fokus mereka bukan jual. Tapi tambah gram secara konsisten untuk protect kekayaan daripada bocor - disebabkan desakan emosi sendiri, ketidatentuan ekonomi ataupun politik.

Harga naik → mereka senyum.

Harga turun → mereka beli lagi.

Apa pun keadaan harga emas, mereka kekal tenang... 

3️⃣ Harga emas makin lama makin mahal 

Dah la setiap kali nak jual, tak jadi jual. Bila harga naik, pun tak nak jual. 

Lama-kelamaan, gram emas mereka makin banyak. 

Dulu mula 10 gram, sekarang dah ada 100 gram.

Ada yang dah cukupkan tabungan kecemasan 12 bulan gaji dalam bentuk emas. Bahkan ada yang dah capai target #1keluarga1kiloemas! 

Bila emas banyak, confirm mereka lebih kaya. 

Bayangkan dulu 1 kilogram emas nilainya tak sampai RM200,000. Tapi 1 kilo yang sama, sekarang ni dah lebih RM600,000! 

Emas makin banyak... Harganya pula makin naik! 

Itulah sebab gold saver yang dah lama ni, dalam diam-diam, mereka makin kaya... 

Kenapa gold investor tak kaya?

Yang gold invester pulak sebaliknya. 

  • Majoritinya tak pernah pegang emas fizikal, kecil sangat sedikit
  • Cuma tengok nombor atas skrin
  • Bila harga naik, mula kira nak jual berapa %

Emas digital tak ada kesan emosi;

  • Terlalu mudah tekan butang SELL
  • Tak ada "rasa sayang"

Sikit naik → jual.
Naik sikit lagi → jual lagi.

Nak beli lagi, rasa takut... Sebab emas makin lama makin mahal...

Akhirnya dapat "profit" yang tak seberapa... Tapi emas semuanya habis! 

Beza orang berpengalaman lama 

Orang yang dah simpan emas lama:

  • Tak bising pasal “profit”
  • Tak panik ikut harga harian
  • Fokus bina kekayaan perlahan-lahan

Tapi akhirnya, mereka lebih kaya... lebih tenang... lebih kukuh dari sudut kewangan... 

Bukan sekadar kaya atas kertas. Tapi betul-betul kaya... 

Apa yang boleh saya simpulkan, simpanan emas fizikal ni bukan untuk orang yang gelojoh. Tapi untuk orang yang nak lindungi nilai kekayaan, nak bina kekayaan jangka panjang, dan nak hidup lebih tenang. 

Mereka yang dah lama simpan emas, mereka tak bising... Tapi menang diam. Alhamdulillah...

Zulkifli
Cyberjaya
2 Februari 2026
14 Syaaban 1447H

Perbualan dalam wasap group penyimpan emas di bawah bimbingan saya. Sebahagian mereka dah lebih 10 tahun menyimpan emas. Mereka dah lama 'kaya dengan emas'.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}