MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Fear Barometer: Kenaikan Harga Emas Datang Bersama Berita Buruk?!

February 1, 2026

Bila harga emas naik mencanak, mereka yang dah beli emas sebelum ni happy. Sebab untung banyak... 

Yang baru nak beli, rasa excited nak 'melabur' dalam emas. Sebab nampak peluang buat duit cepat... 

Tapi bagi saya yang dah lebih 15 tahun perhatikan pergerakan harga emas, saya kurang happy. Bahkan kadang rasa bimbang... 

Sebab saya tahu, di sebalik kenaikan luar biasa harga emas, sebenarnya datang bersama berita buruk.

More...

Ada krisis... ada perang... ada wabak... ada masalah ekonomi dan politik dunia. 

Walaupun masalah dunia, kesannya pasti kena juga kepada kita. 

Harga naik mencanak bukanlah kebetulan... Tapi itulah respon bila orang (pelabur dunia) rasa 'takut' dengan perkara lebih buruk dijangka bakal terjadi. 

Sebelum jadi lebih buruk, mereka selamatkan dulu kekayaan mereka dalam bentuk emas.

'Bekukan' dulu... 

Sejarah kenaikan luar biasa  

Mari kita tengok sejarah kenaikan luar biasa sepanjang 20 tahun. 

Setiap kenaikan luar biasa, ia respon kebimbangan ekonomi dunia akan jadi lebih buruk.

Cuba tengok sejarah harga emas.

  • 2007 – 2009

    Krisis subprime (hutang tak berbayar) dan kejatuhan pasaran hartanah Amerika. Bank tumbang... Sistem kewangan hampir runtuh... 
  • 2019 – 2021

    COVID-19. Lockdown. Ekonomi dunia berhenti. Duit dicetak tanpa henti.
  • 2024–2026 (sekarang - akan datang)

    Dunia masuk fasa ketidaktentuan baru — hutang negara melambung, konflik geopolitik (perang), kepercayaan pada mata wang US Dollar (matawang utama dunia) makin rapuh.

    👉 Emas kembali buat “all time high”.

Coraknya sama saja... 

Bila keadaan normal, emas naik perlahan-lahan. Tapi bila keadaan tak normal, emas naik luar biasa.

Naik bila orang takut

Secara mudahnya, emas bukanlah aset ‘happy time’.

Emas bukan macam saham yang naik bila ekonomi berkembang. 

Sebaliknya, emas naik bila orang takut. Takut kepada;

  • inflasi - harga barang makin mahal, nilai duit makin kecil
  • matawang jatuh - duit kertas makin tak bernilai, boleh jatuh sampai 0
  • sistem kewangan bermasalah - duit ada, tapi sangkut dalam bank
  • perang dan konflik - kos barang naik mendadak, duit jadi tak bernilai dan tak laku 
  • ketidakpastian masa depan - ekonomi suram, susah cari duit 

Bila ketakutan meningkat, orang akan cari tempat selamat untuk lindungi nilai kekayaan. 

Tempat paling selamat, tentunya emas - aset kuno yang dah digunakan ribuan tahun oleh manusia untuk simpan kekayaan. 

Digelar “fear barometer”

Dalam dunia kewangan, emas selalu dipanggil "fear barometer" - penunjuk tahap ketakutan

Bila...

  • ketakutan rendah → harga emas bergerak biasa 
  • ketakutan tinggi → harga emas melonjak naik!

Pergerakan emas adalah reaksi langsung kepada krisis ekonomi dan politik dunia

Sebelum krisis lebih buruk, orang buat persiapan... Ibarat sediakan payung sebelum hujan. 

Mereka yang tak faham emas, dia tengok emas hanya untuk buat untung. Tapi siapa yang faham, dia simpan emas untuk lindungi kekayaan. 

Dia tak bimbang sangat pasal harga. Asalkan kepingan (gram) emas dia makin lama makin bertambah, dia kekal tenang... 

Dia tenang sebab, walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan politik dunia, nilai kekayaan kita selamat berbanding biarkan dalam bentuk wang kertas (di bank atau institusi kewangan). 

Sebab nilai emas berdiri sendiri. Ia berada luar sistem kewangan, tanpa terikat dengan sesiapa

Pelajaran paling penting  

Sebagai orang biasa, apa yang kita patut belajar? 

  1. Jangan tunggu krisis baru nak simpan emas.

    Bila krisis belaku, harga emas dah mahal.

    Masa dunia masih tenang, alihkan dulu at least 10% kekayaan kita dalam bentuk emas. Supaya kalau perkara paling buruk terjadi, kita masih ada 10% tu (emas).
  2. Emas bukan aset cepat kaya.

    Tapi untuk elak kita jadi miskin bila krisis datang.

Jadi bila kita nampak harga emas naik luar biasa, jangan happy sangat.

Sebaliknya kita patut rasa bimbang... dan tanya diri sendiri; dah berapa banyak emas yang kita simpan (untuk diri sendiri dan keluarga)?

Kita tak sesekali harapkan perkara terburuk terjadi... Tapi kalau ianya terjadi, sekurang-kurangnya kita dah bersedia... InsyaAllah... 

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
1 Februari 2026
13 Syaaban 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}