MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Simpan Emas 100 gram Seorang Sebagai Dana Haji

February 8, 2026

Sekeping gold bar 100 grami ni cukup untuk tunaikan haji. Walaupun untuk lagi 20 tahun akan datang. InsyaAllah... 

Kalau saya jual hari ni (5 Februari 2025), saya akan dapat tunai sekitar RM40k

Ia cukup-cukup untuk tunaikan haji secara muassasah bersama Tabung Haji. 

100 gram emas seorang 

Saya dah lama simpan 2 keping gold bar 100 gram untuk tunai haji. 

Sekeping untuk saya, lagi sekeping untuk isteri saya. 

Saya beli sekitar tahun 2018. Harganya tak sampai pun RM20k sekeping masa tu. 

Memang beli item ni untuk dijual sebaik sahaja dapat panggilan haji. 

Rupa-rupanya bila dapat panggilan haji, kita kena lunaskan bayaran haji dalam masa 2 minggu sahaja! Bukannya boleh tangguh 2 bulan. 

Tapi 2 minggu... 

Saya tak dapat bayangkan siapa yang tak menyimpan duit sebanyak RM40k (seorang), memang melepaslah... Terpaksa tolak pergi haji walaupun giliran dah sampai pada tahun tu... 

Duit tak cukup, terlepas panggilan haji 

Haji tu rukun Islam ke-5. Ia salah satu tiang agama.

Setiap Muslim kena usaha sehabis daya untuk sempurna rukun ini sebelum mati. 

Kalau tak mampu, kena kerja keras sampai mampu. Kena berusaha, bukan 'menunggu' mampu.

Kena berusaha dan berdoa moga Allah berikan kemampuan untuk tunaikan haji. 

Untuk confirm bayaran haji hari tu, lepas sahaja lulus medical check-up, terus kena cukupkan duit RM33,300 dalam akaun TH untuk bayaran haji.

Lepas dah cukup, barulah boleh buat pengesahan penerimaan tawaran haji.

Kalau duit tak cukup, tak boleh terima. Kalau tak cukup duit, melepaslah giliran tahun tu...

RM33,300 tak cukup untuk haji 

Sebenarnya kalau ada duit ngam-ngam RM33,300 pun belum mampu tunaikan haji. Itu duit bayaran haji sahaja. Belum kira kos lain yang bukan sedikit.

Duit medical check up, vaksin, persiapan kelengkapan, tak kurang RM1k seorang

Duit nak tinggalkan kepada ahli waris dan duit bayar dam pun kena siapkan sekali.

Jadi itulah sebab kenapa saya fikir kena ada dalam RM40k barulah 'mampu'. Kalau tak ada sebanyak tu dan mengharapkan subsidi, itu belum mampu.

Kewajipan ibadah tak perlukan subsidi. Sebagaimana kita tak mengharapkan subsidi untuk tunaikan zakat.

250 gram untuk haji selesa 

Kalau yang simpan emas, kena ada 100 gram emas ni baru dikatakan mampu tunaikan haji. 

Kalau nak tunai haji dengan lebih selesa, cukupkan 250 gram emas seorang yang nilainya sekarang sekitar RM100k

Ia bukan pakej yang paling mewah, tapi saya difahamkan ia cukup untuk menginap di hotel dekat dengan Masjidil Haram, duduk sebilik berdua suami isteri, tinggal di tempat yang dekat tempat melontar.

InsyaAllah...

Mudah-mudahan coretan ringkas ni boleh dijadikan panduan untuk semua yang berniat tunai haji. InsyaAllah.

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#TravelogUmrahDealerPublicGold

Zulkifli
Madinah Al-Munawwarah
8 Februari 2025
9  Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}