"Nak malas, tak ada masalah.... Tapi kena kaya dulu"
"Sebab tidur siang orang miskin dikata 'malas'... tapi tidur siang orang kaya dianggap 'rehat'!..."
Itu jawapan saya bila diajukan soalan oleh salah seorang peserta yang datang dari Medan - hanya semata-mata untuk belajar di Seminar Kaya Dengan Emas semalam (24 Januari 2026).
Antara sebab kenapa saya kerja keras bina kekayaan (sampai saya tak perlu pergi kerja), sebab saya "malas".
More...
Kerja kuat sebab 'malas' bekerja
Saya malas habiskan hidup saya terikat dengan rutin yang ditentukan oleh orang lain.
Saya nak tentukan sendiri hidup saya;
- bila waktu saya nak bekerja
- bila waktu saya nak berehat atau tidur
- bila waktu saya nak masuk pejabat
- bila waktu saya nak bercuti
- di mana tempat saya nak bekerja
Saya tak perlu minta izin sesiapa.
Semuanya saya tentukan...
Itu yang saya nak (impikan dulu)...
Sejak umur saya 25 tahun (tahun 2005) lagi saya dah letak cita-cita, saya nak kerja kuat (cari duit) sampai saya tak perlu lagi bekerja (hanya semata-mata untuk duit).
Saya nak kerja sebab saya suka bekerja. Bukan sebab terpaksa (survival hidup).
Kena kaya dulu kalau nak malas
Bila kaya, tak ada masalah untuk bermalas-malas.
Dengan kata lain, kalau nak malas, tak ada masalah pun... Tapi kena kaya dulu!
Sebab malas orang miskin menyusahkan ahli keluarga. Tapi malas orang kaya... boleh jadi rezeki bagi orang lain (yang perlukan pekerjaan).
Cuba perhatikan...
- Orang kaya malas drive
→ jadi rezeki driver. - Orang kaya malas kemas rumah
→ jadi rezeki maid. - Orang kaya malas jaga laman
→ jadi rezeki tukang kebun. - Orang kaya malas cuci kereta
→ jadi rezeki pengusaha car wash. - Orang kaya malas urus benda kecil-kecil
→ jadi rezeki ramai orang yang memang perlukan kerja!
Ironinya, kemalasan orang kaya tak dimaki, sebaliknya jadi sumber rezeki (bagi orang lain) dan menggerakkan ekonomi.
Malas orang miskin dipandang serong
Berbeza kalau miskin.
Malas orang miskin akan menyusahkan banyak orang, khususnya ahli keluarga dia sendiri.
- Orang miskin malas kerja
→ anak bini hidup susah. - Orang miskin malas usaha
→ hidup makin lama makin sempit. - Orang miskin malas berubah
→ kerajaan dan institusi zakat pula yang kena bantu!
Bukan sebab miskin itu hina. Tapi kemalasan tu menjadikan hidup dia dipandang hina.
Sebab malas (tanpa ada kekayaan yang cukup) kosnya mahal! Akhirnya jadi beban yang ditanggung oleh keluarga sendiri dan juga masyarakat (kerajaan).
Berbeza dengan kemalasan orang kaya. Kemalasan dia tak menyusahkan sesiapa, bahkan boleh jadi rahmat buat orang lain...
Amalan orang kaya ketika tidur
Ketika dia sedang tidur (siang hari);
- Keperluan ahli keluarga dia sudah disempurnakan
- Bisnes dia berjalan beri manfaat kepada customer dan vendor dia...
- Staff-staff dia ada kerja yang jadi sumber rezeki buat ahli keluarga...
- Rumah-rumah sewa dia jadi tempat berteduh selesa buat orang lain.
- Tanah-tanah dia terus 'berbakti' mendatangkan hasil...
- Emas-emas yang dia miliki makin lama makin mahal harganya - tanpa dia perlu bekerja.
Malah cukup tahun, dia pula bayar zakat dan cukai yang beri manfaat besar pula buat masyarakat!
Nah... Bayangkan berapa banyak amal kebaikan orang kaya (yang baik-baik) di sebalik 'kemalasan' dia - tidur di siang hari!...
Berdasarkan apa yang saya faham daripada sirah dan hadis-hadis Nabi s.a.w., itulah sebab kenapa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. cemburu dengan amalan orang kaya.
Sebab amalan orang miskin, orang kaya pun boleh buat. Tapi amalan orang kaya, orang miskin tak mampu buat!
Kaya itu mulia bagi siapa yang bersyukur
Mereka berlumba-lumba nak kaya bukan sebab nak bermewah-mewah, sebaliknya nak berlumba-lumba berbuat amalan baik - untuk ke Syurga!
Mulianya orang kaya bukan sebab harta, tapi sebab "syukur".
Dia gunakan harta-harta yang dia miliki untuk buat lebih banyak amal kebaikan...
Allahu a'lam.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
“Orang-orang fakir telah datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata,
‘Orang-orang kaya telah pergi (meninggal dunia) dengan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Mereka solat seperti kami solat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi mereka mempunyai kelebihan harta, lalu mereka dapat menunaikan haji, umrah, berjihad, dan bersedekah.’
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Mahukah kalian aku ajarkan satu amalan yang jika kalian melakukannya, kalian akan menyamai mereka yang telah mendahului kalian, dan tidak ada seorang pun yang boleh mengejar kalian selepas itu, serta kalian menjadi golongan yang terbaik dalam kalangan manusia, kecuali jika ada yang melakukan perkara yang sama?
Iaitu, bacalah tasbih, takbir, dan tahmid (Subhanallah, Allahu Akbar, Alhamdulillah) sebanyak 33 kali selepas setiap solat.”
Kemudian orang-orang fakir itu kembali kepada Rasulullah ﷺ dan berkata:
“Saudara-saudara kami yang kaya telah mendengar tentang amalan ini, lalu mereka juga melakukannya!”
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 843, no.6329)(Hadis Riwayat Muslim no. 595) (Riyadhus Solihin no. 572)
Zulkifli
Cyberjaya
25 Januari 2026
6 Syaaban 1447H
Artikel berkaitan:
- Mulianya Orang Bisnes Yang Jaga Periuk Nasi Banyak Keluarga
- Gajikan OKU? Orang Kaya Jadi Rahmat Buat Masyarakat
- Abu Bakar Bawa Duitnya Ribuan Dirham Ketika Hijrah
- Kaya Bukan Dosa, Tapi Peluang Untuk Masuk Syurga!
- Bekerjalah Lebih Kuat Sebagai Tanda Bersyukur
- Istimewanya Peniaga Yang Amanah Di Syurga Nanti
- Kaya Segan, Miskin Tak Mahu: Antara Takdir dan Tadbir

