MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kaya Segan, Miskin Tak Mahu: Antara Takdir dan Tadbir

August 21, 2025

Orang kaya sentiasa serius nak jadi lebih kaya. Sebab tu makin lama mereka makin kaya. 

Orang kebanyakan pun nak kaya juga, tapi segan... Kaya segan, miskin tak mahu... 

Ada yang dah terlalu lama hidup cukup-cukup makan, sampai jadi selesa dengan ‘kemiskinan’. Bahkan mereka tak percaya pun diri mereka boleh jadi kaya. 

“Gaji aku kecil... Mana mungkin satu hari nanti aku boleh jadi kaya?”

Itu suara hati yang selalu bermain dalam fikiran dia. 

More...

Antara takdir dan pilihan 

Pada mereka...

Kaya hanyalah angan-angan...
Kaya hanyalah untuk orang tertentu sahaja...
Kaya hanyalah nasib dan takdir... 

Kalau berusaha, belum tentu kaya kalau dah takdir. Kalau tak berusaha pun boleh jadi kaya kalau dah takdir. 

Lebih baik pilih yang mudah - tak perlu berusaha! Duduk diam...

Itulah logik yang mereka cipta sendiri.

Mereka lupa, Syurga dan Neraka pun takdir juga. Tapi Tuhan tetap bagi kita dua jalan - dan kita kena pilih. 

Satu jalan ke Syurga, dan satu lagi jalan ke Neraka. 

Di sebalik takdir, Tuhan bagi pilihan. Kita kena pilih jalan yang betul, dan serahkan takdir itu kepada Tuhan.

Takdir atau tadbir (pilihan)

Kita boleh pilih jalan kekayaan.
Berusaha, bekerja keras macam orang kaya.
Selebihnya, serahkan pada Tuhan. 

Apa yang kita dapat lepas usaha bersungguh-sungguh, itu namanya takdir. 

Kalau kita dah kerja kuat, sanggup buat 2, 3 kerja dalam satu masa, tak berhenti tambah ilmu tentang kekayaan, dah usaha menabung tiap-tiap bulan (walaupun tak banyak), tapi tetap hidup miskin — itu memang takdir.

Kalau tak buat jahat, ikut undang-undang, tiba-tiba kena penjara — itu namanya takdir.

Kalau belajar sungguh-sungguh, dengar cakap guru, tak ponteng, tapi gagal juga — itu takdir.

Tapi kalau belajar ala kadar, banyak main game, selalu ponteng kelas, malas nak ulangkaji... Bila gagal, itu bukan takdir. Itu tadbir. Itu pilihan sendiri.

Begitulah juga dengan kekayaan. 

Antara bohong dan sombong

Kita bertuhankan Tuhan yang Maha Kaya.

Berdoa dan memintalah kepada Dia. Buktikan yang kita bersungguh-sungguh nak apa yang kita doakan dengan meletakkan usaha yang sepadan.  

Berusaha sehabis baik, henyak sampai lunyai... 

Kalau berdoa tapi malas berusaha, itu namanya bohong dalam berdoa.

Kalau berusaha tanpa doa, itu namanya sombong dengan Tuhan. 

Berdoalah dan berusahalah.

Sungguhnya rahmat Allah itu dekat dengan mereka yang bersungguh-sungguh berbuat amal.

Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata:

Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah! Patutkah aku ikat (unta) lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku biarkan sahaja tanpa diikat lalu aku bertawakkal kepada Allah?”

Baginda ﷺ bersabda: 

 “Ikatlah (unta itu) dan kemudian bertawakkallah kepada Allah.” 

- (Hadis Riwayat at-Tirmizi, no. 2517)

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
14 Januari 2025
14 Rejab 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}