Saya tiada Plan B.
Samada berjaya ataupun berjaya sahaja!
Itulah pendirian saya ketika menetapkan misi lahirkan 100 #NextMohdZulkifli.
Iaitu melahirkan penyimpan emas yang berjaya ubah hidup bersama #PublicGold - mencapai financial freedom.
Dan kemudian saya upgrade kepada #MisiUbahHidup1000Keluarga sebaik sahaja saya nampak misi ubah hidup 100 keluarga hampir tercapai.
More...
Bila terlalu banyak pilihan
Antara sebab kenapa banyak orang susah berjaya; puncanya dia berikan terlalu banyak pilihan untuk dia.
KALAU tak berjaya, dia ada Plan B.
KALAU Plan B tak jalan, dia ada Plan C, Plan D, sampailah Plan Z.
Dia tak betul-betul fokus. Fikiran dia bercabang-cabang...
Berusaha, tapi tak sepenuh hati.
Dia buat terlalu banyak plan dalam satu masa. Dengan harapan, nanti ada la mana-mana plan dia yang akan 'menjadi' (berjaya).
Akhirnya dia dapat hasil yang sedikit. Plan A dapat sikit, Plan B dapat sikit, Plan C pun sikit. Bila total-up, semuanya pun sikit!
Tiada massive success...
Tiada pilihan selain "berjaya"
Berbeza bila kita betul-betul fokus.
Kita fokus buat 1 plan sampai berjaya. Berusaha sepenuh hati, buat sampai jadi.
Bila berjaya, 1 plan tu hasilnya 100 (bahkah 1000) kali ganda lebih baik berbanding 10 plan!...
Massive success! 🔥🔥🔥
Murid-murid saya yang follow saya sejak 2016 (sejak "misi ubah hidup" bermula), pastinya dia lazim dengar kata-kata saya ni.
Yang saya "Tiada Plan B" bersama Public Gold.
Samada saya berjaya, ataupun berjaya!
Bila kita gigih bina diri, buat kerja sampai jadi, tanpa Plan B pun hakikatnya kekayaan dan kejayaan tu sudah ada dalam diri kita sendiri. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
25 Ogos 2025
21 Rabiul Awwal 1447H

Ini foto yang saya ambil masa mengopi dengan team #G100Indonesia di Publika Mount Kiara pagi tadi. Perkataan "Plan B" tu menarik perhatian saya.
Artikel berkaitan:
- Fokus Satu, Tiada Plan B! Itu Rahsia Capai Massive Success
- Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga, Ia Mustahil Tanpa Jiwa Yang Besar
- Kejayaan Perlukan Waktu, Fokus Satu Sampai Berjaya!
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Buat Perkara Yang Betul
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula
- Falsafah Buluh Cina, Buat Perkara Yang Betul Dengan Sabar