Kita bukan sekadar nak bina bisnes, tapi nak bina kehidupan.
Saya tak terima orang sembarangan jadi customer saya. Dan saya tak terima orang sembarangan untuk join team saya.
Bahkan siapa yang saya rasa tak selesa dan tak sesuai dengan prinsip hidup saya, saya tak teragak-agak untuk persilakan dia 'keluar' dari kehidupan saya (dengan cara terhormat)!
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia bisnes, saya makin faham... Bisnes saya adalah kehidupan saya...
More...
Bisnes bukan sekadar buat duit, tapi bina kehidupan.
Ini juga pesanan saya kepada murid-murid saya (dealer Public Gold) dalam membina bisnes;
Kita bukan sahaja nak bina bisnes, tapi kita juga nak bina kehidupan.
Kita nak makin kaya, hidup kita makin bahagia dan lebih bermakna.
Salah satunya, kena pilih-pilih siapa yang akan jadi customer kita. Customer kita akan bersama kita mungkin sampai kita mati.
Kalau tak selesa dengan attitude seseorang customer, dealer ataupun prospek, baik reject dia awal-awal lagi.
Jangan benarkan dia hadir dalam hidup kita.
Kesilapan terima sesiapa sahaja sebagai customer mungkin boleh mengganggu hidup kita.
Tak tahu respek orang lain
Contohnya, saya tak suka attitude seorang bakal customer ni yang tak tahu nak respek orang lain.
Dia jadikan saya ni macam salesman yang nak mengemis sales dari dia.
Kurang bagi kerjasama.
Bahasa dia pun kurang menyenangkan.
Tak bagi kerjasama, banyak mengeluh
Dia ada masalah tak dapat login. Dari bulan Disember (4 bulan lalu) saya nak bantu, tapi dia tak bagi kerjasama.
Mungkin dia merajuk dan nak saya pujuk kot...
Maaf... Saya tak ada masa untuk pujuk-pujuk.
Lepas 4 bulan berlalu dia datang lagi minta tolong perkara sama. Dia mengeluh masalah ni tak selesai-selesai sejak 4 bulan lepas.
Walhal dia yang tak bagi kerjasama untuk saya bantu.
Panggil saya “Dik, dik, dik...”, walhal dia bukan kenalan rapat saya pun... Dan bukan customer lama saya pun...
Bila panggil saya “Dik, dik, dik...”, maksudnya dia anggap saya ni cuma salesman sahaja.
Bukan guru, bukan pembimbing untuk dia berjaya dalam simpanan emas.
Bahasa kita cerminan diri kita
Customer-customer saya yang respek saya, walaupun dia lebih selesa berbahasa “Akak”, tapi tak pernah panggil saya “Dik, dik, dik...”
Saya panggil dia “Akak”, dia akan panggil saya “En Zul”...
Saya panggil salesman yang servis saya pun dengan bahasa “Encik” ataupun “Tuan”...
Bahasa yang kita gunakan tu mencerminkan siapa diri kita...
Bila dia panggil saya “Dik”, maksudnya dia pandang saya ni cuma level cashier yang jaga kaunter sahaja...
Bukan pembimbing emas untuk dia jadi lebih kaya.
Jujurnya, saya memang memilih-milih customer.
Pilih customer yang tak sakit kepala
Saya cuma pilih customer yang respek saya dan nakkan bimbingan dari saya. Kena ada "mutual respect".
Kalau dia nak beli RM1 juta pun saya tak akan layan kalau dia tak respek saya.
Sebab saya pernah ada pengalaman layan customer yang beli RM100k tapi dia tak respek saya.
Dia jadikan saya ni macam budak suruhan dia sahaja.
Dan dia tak grow dan tak ke mana-mana...
Berita terakhir saya dengar tentang dia ialah dia pergi maki hamun staff Public Gold Sunway!
Customer yang buruk akhlaknya dan tak tahu respek orang lain tak berbaloi untuk saya terima.
Ia cuma buat hidup kita jadi resah dan buat sakit kepala sahaja.
Dua-dua pihak berhak memilih
Sedangkan hakikat bisnes mestilah "win-win situation".
Dua-dua pihak mesti menang... Bukan menang sebelah pihak...
Walaupun kita sedang membina bisnes, tapi kena ingat... Ia bukan sekadar buat duit, tapi kita nak bina kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
Jangan sesekali benarkan sesiapa yang kita rasa tak selesa untuk hadir dalam bisnes kita. Samada sebagai customer, partner mahupun vendor (supplier).
Sebab ia boleh berikan kesan besar pada masa depan kita.
Kalau customer berhak memilih, kita (peniaga) juga berhak untuk memilih siapa customer yang akan bersama kita sampai kita mati...
InsyaAllah...