MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bisnes Bukan Sekadar Buat Duit, Tapi Komitmen Sampai Mati

April 16, 2025

"Tuan dah jadi dealer paling top (dalam Public Gold), dah boleh goyang kaki pun masih jaga customer", kata seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Dia kagum dengan komitmen saya.

Sudah 15 tahun, saya masih lagi melayan penyimpan-penyimpan emas (yang berdaftar direct di bawah dealership) saya dengan baik. 

More...

Bukan sekadar duit, tapi tanggungjawab

Sebenarnya bisnes bukan sahaja tentang duit. Tapi ini tanggungjawab peribadi saya. 

Sebab dia percayakan saya secara peribadi sejak 2013 lagi (sudah masuk tahun ke-12), maka saya berikan komitmen peribadi saya.

Walaupun tanggungjawab saya makin besar dalam bisnes Public Gold, tapi bukan alasan untuk saya tak berikan servis yang terbaik. 

Khususnya penyimpan emas yang dah lama mempercayai saya. 

Dia mempercayai saya ketika saya bukan siapa-siapa.

Komitmen saya kepada penyimpan-penyimpan saya ialah sampai mati.

Bahkan kalau saya mati pun, insyaAllah penyimpan emas saya tak terkontang kanting. 

Tetap akan ada PA (Personal Assistant atau pembantu peribadi), team dan waris saya bantu mereka. InsyaAllah.

Bukan sekadar emas, tapi jadi kaya

Komitmen saya bukan sekadar mereka dapat beli emas, tapi bantu mereka kaya dengan emas;

✅ ada tabungan kukuh - 6 - 12 bulan gaji, 

✅ bebas hutang miskin, 

✅ memiliki harta yang cukup hingga capai #FinancialFreedom.

Selagi mereka mempercayai saya, saya akan sentiasa bersama mereka hingga mereka capai matlamat kewangan mereka bersama Public Gold. InsyaAllah.

Itulah komitmen saya buat penyimpan-penyimpan emas yang mempercayai saya...

Terima kasih buat semua yang mempercayai dealership saya sejak 2010 (15 tahun lalu). 

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
26 Februari 2025
27 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>