MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Hidup Bahagia, Bahagiakanlah Orang Yang Mempercayai Kita

January 26, 2024

"Rasa macam hari-hari bercuti!", kata mereka.

Ada yang dah beberapa tahun. Ada yang baru beberapa bulan. Bila dah berhenti kerja dan jadi dealer Public Gold full-time, barulah mereka tahu hidup mereka rupa-rupanya macam tengah bercuti jer, walaupun :

  • Hujung minggu duduk di depan komputer.
  • 24 jam sehari, 7 hari seminggu jadi kaunter pertanyaan bantu masyarakat menabung emas (dengan ilmu).
  • Bantu rakan dealer membina minimum 1,000 penabung emas tak kira masa.
  • Menyumbang kelebihan yang ada kepada #PGG100Network setiap masa.

More...

Hari-hari pun hari cuti

Syukur alhamdulillah... Macam tu lah kehidupan murid-murid saya yang dah capai Financial Freedom - tak kerja pun ada duit...

Mereka seronok kerja sampai rasa macam TENGAH BERCUTI. Tak sedar yang mereka tengah bekerja. 

Hari-hari hidup mereka macam anak-anak tengah bermain... Seronok main sampai lupa nak makan... 

Itulah kegembiraan saya sekarang... Dapat tengok kejayaan mereka ubah kehidupan, satu demi satu. Sebagaimana apa yang saya cita-citakan sejak 2016 lagi; nak bantu ubah hidup 100 keluarga. 

Nak bantu mereka dapat apa yang saya dapat. Bukan lagi tentang saya... 

Untuk saya?

Hidup bebas sejak 2014

Saya dah lama dapat hidup bebas macam tu... 

Dengan limpah kurniaan Tuhan kepada kami sekeluarga, sejak 2014 lagi saya dah 'bercuti' (bersara dari kerja makan gaji). Syukur alhamdulillah... 

Dah terlalu lama sampai dah kurang excitement nak bercerita pasal gaya hidup bebas macam tu. Sampai kadang-kadang saya fikir, semua orang pun hidup macam saya - tak kerja pun ada duit.

Walaupun realitinya tak macam tu. 

Kalau ada pun, mungkin 1 dalam 1,000... 

Tak kerja pun ada duit

Hidup tak pergi kerja... Tak masuk pejabat... Tak sibuk keluar rumah jumpa customer untuk buat sales... Tak sibuk terkejar ke sana sini nak kena ikut arahan bos (atau customer). 

Semua pilihan saya sendiri...

Apa nak buat, nak pergi mana, bila nak pergi, suka hati saya.. Dah lebih 10 tahun (termasuk 2 tahun dalam penjara). Alhamdulillah...

Bila bebas dari penjara, saya sambung balik apa yang saya suka buat dulu; sampaikan ilmu, dan bimbing masyarakat tentang simpanan emas dan kewangan... 

Dengan kerjasama team G100 dan Public Gold, saya nak bantu ubah hidup 1000 keluarga pulak, insyaAllah...

Nak pergi bercuti?

Honeymoon VVIP setiap tahun

Jujurnya sejak 2014 lagi, saya dah tak rasa beriya-iya sangat pergi bercuti... Sebab hari-hari pun hari cuti bagi saya...

Nak duduk di hotel pun dah tak teringin... Sebab duduk rumah lagi best dari duduk hotel...

Syukur alhamdulillah... Dengan limpah kurniaan Allah, kami sekeluarga dapat tinggal di kediaman mewah sejak 2014, tak kalah hotel 5 bintang...

Itulah sebab kenapa kami sekeluarga rasa kurang excitement nak pergi bercuti dan tinggal hotel ataun resort...

Yang saya beriya-iya sangat ialah nak bawa murid-murid saya pergi bercuti ke luar negara bersama Public Gold secara VVIP setiap tahun. Trip yang dibayar sepenuhnya oleh #PublicGold.

Saya rasa excited nak tengok kegembiraan mereka pergi honeymoon bersama pasangan masing-masing melihat dunia dengan pakej VVIP secara percuma! InsyaAllah...

Macam excitednya seorang ayah tengok kejayaan anak-anaknya...

Suka tengok kegembiraan orang 

Itulah sebab kenapa saya beriya-iya memimpin team G100 Network (network terbesar dealer Public Gold) sekarang...

Sampai satu tahap, kegembiraan kita bukan lagi tentang kita. Tapi pada melihat orang lain gembira kerana sentuhan kita.

Kejayaan sebenar kita ialah pada menjayakan orang lain. Beri kebaikan sebanyak-banyaknya kepada orang lain, khususnya kepada mereka yang mempercayai kita. 

Kerana sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain. 

Zulkifli
Jakarta Selatan
26 Januari 2024
15 Rejab 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>