Masukkan duit RM15, keluar 15 keping token untuk dimasukkan ke dalam mesin dobi layan diri.
Token tu bukan duit, tapi cuma kupon mewakili duit. Ia cuma laku di kedai dobi tu sahaja. Di kedai lain tak laku...
Macam tu lah sebenarnya kalau nak faham sejarah penciptaan duit kertas (wang fiat).
More...
Duit kertas cuma token
Asalnya, duit kertas bukanlah duit sebenar. Tapi cuma token mewakili duit saja. Duit sebenar adalah emas.
Untuk dapatkan TOKEN duit kertas 35 Dollar Amerika, kita kena 'masukkan' emas seberat 1 troy oz (31.1 gram). Itu syarat yang dipersetujui oleh delegasi dari 44 buah negara dalam perjanjian Bretton Wood, tahun 1944.
Dan mereka setuju 'token' tu boleh ditukarkan semula kepada emas di mana-mana bank di Amerika.
Dollar Amerika diiktiraf sebagai mata wang dunia.
Dollar Amerika adalah MATA WANG, bagi mewakili WANG yang sebenar - emas.
Maka seluruh dunia serahkan kekayaan masing-masing kepada Amerika untuk ditukarkan kepada kertas hijau (dolar). Mereka perlu dapatkan kertas hijau tu dulu untuk 'beli belah' (dagangan) antara negara.
Penipuan terbesar sejarah dunia
Sampailah pada tanggal 15 Ogos 1971, Amerika putuskan; kertas hijau itu tak ada kena mengena lagi dengan emas.
Padahal sebelum tu, orang berbondong-bondong serahkan emas untuk ditukarkan kepada kertas hijau.
31.1 gram emas = 35 Dollar Amerika.
Mike Meloney (Pakar Sejarah Matawang) katakan, itulah penipuan terbesar dalam sejarah manusia!
Iaitu apabila mengisytiharkan TOKEN Dollar Amerika tak ada kena mengena lagi dengan emas yang telahpun 'diserahkan' oleh orang ramai (dari serata dunia) kepada Amerika.

"Redeemable in gold on demand...". Kertas dollar asalnya cuma token bagi emas. Dengan kertas tersebut, boleh ditukarkan kepada emas dari mana-mana bank.
Amerika simpan emas, kita simpan kertas
Selepas duit kertas diputuskan hubungannya dengan emas, hari ni Amerika boleh keluarkan seberapa banyak TOKEN (kertas dollar) untuk 'ragut' kekayaan dari negara lain.
Dengan token tu, Amerika dapat kekayaan dan kekuasaan...
Ketika kita simpan kertas dollar Amerika, Amerika adalah penyimpan emas terbesar dunia (berjumlah 8,133 tan - 2023). Dengan kata lain, kita simpan kertas (dollar), Amerika simpan emas!...
Bila beli emas, kita sebenarnya tukarkan kertas kepada WANG SEBENAR - emas...
Bukan lagi sekadar simpan token macam token mesin dobi layan diri tu...
Zulkifli
Cyberjaya
27 Januari 2024
16 Rejab 1445H
- Emas dan token dobi layan diri - FB (2017)
- Kita simpan kertas, Amerika simpan emas! - FB (2015)
- Rupiah, dollar dan emas - FB (2018)
- Penipuan kekayaan terbesar dalam sejarah manusia - FB (2013)
- Duit kertas hari ni dah tak ada kena mengena dengan emas - FB (2020)
- How the U.S. Dollar Became the World's Reserve Currency
- The Government’s Greatest Con Job