Kerana sekeping foto saya ikuti percutian tajaan Public Gold di Cape Town, South Africa pada tahun 2015... Akhirnya ia jadi turning point yang mengubah kehidupan seorang anak murid saya – En. Azlan Abdul Rahman.
Dulu beliau hanyalah seorang B40; banyak hutang, tiada tabungan, income kecil...
Tapi hari ini, masyaAllah...
More...
Dari B40 (miskin) kepada T20 (kaya)
✅ Ada tabungan kukuh.
✅ Bebas daripada hutang.
✅ Miliki beberapa buah rumah sewa yang beri positive cashflow.
✅ Income sudah di level T20.
✅ Boleh melancong ke luar negara setiap tahun (setakat ni dah 5 tahun berturut-turut!).
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Itulah sebab utama kenapa saya selalu share trip, pengalaman dan ganjaran yang saya terima bersama #PublicGold..
Sebab saya percaya, apa yang saya dapat, orang lain pun boleh dapat juga – kalau mereka sanggup belajar dan berusaha. InsyaAllah.
Saya percaya, kalau sekeping foto dulu mampu ubah kehidupan En. Azlan, saya yakin foto-foto pengalaman saya yang lain pun boleh jadi turning point yang dapat ubah hidup lebih ramai orang beberapa tahun akan datang.
Khususnya mereka yang percaya dengan saya dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga. InsyaAllah...
Kenapa saya share apa yang saya dapat?
Sebab saya faham bagaimana rasanya hidup sebagai miskin bandar (B40).
Ketika saya seorang miskin bandar (B40), saya sendiri tak dapat bayangkan kehidupan yang lebih baik, kecuali apa yang pernah saya lihat dari perkongsian orang lain - yang sudah berjaya.
Sebagai seorang miskin bandar, kawan-kawan rapat saya lebih kurang sahaja dengan saya.
💸 Income kecil.
💸 Hutang menimbun.
💸 Simpanan langsung tak ada.
💸 Hidup kais sebulan, makan sebulan.
Akhir sekali mengeluh salahkan boss, majikan dan kerajaan!
Itulah cara paling mudah yang dapat menyedapkan hati sendiri...
Kita fikir, kehidupan kita susah sebab kita adalah mangsa kezaliman orang lain.
Kejayaan orang, masa depan kita
Tapi bila saya tengok orang biasa-biasa tapi pun boleh berjaya ubah hidup, ia jadi inspirasi untuk saya.
Saya mula percaya, saya pun ada harapan untuk ubah hidup saya sekeluarga.
Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya. Saya pun boleh nikmati nikmat yang best-best yang Tuhan sediakan untuk kita di dunia ni.
Ada peluang dan ada harapan. InsyaAllah...
Saya fikir, kalaulah saya tak tengok dulu kejayaan-kejayaan orang lain (sebagai inspirasi), mustahil hidup saya boleh berubah - macam hari ni.
Sebab tak akan mampu capai apa yang kita tak mampu fikir dan bayangkan (visualise).
Visualise dulu kejayaan sendiri
Jadi antara langkah-langkah awal untuk berjaya;
- Kita kena lihat kejayaan-kejayaan orang lain dulu.
- Overload kisah-kisah kejayaan sampai kita rasa happy lihat kejayaan-kejayaan orang lain, dan
- Boleh bayangkan kejayaan pada diri kita.
Bila kita dah boleh visualise kejayaan kita sendir, InsyaAllah... Satu hari nanti giliran kita pasti akan tiba.
Bak kata bijak pandai;
"Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve" - Napoleon Hill
Zulkifli
Cyberjaya
1 Oktober 2025
8 Rabiul Akhir 1445H
Artikel berkaitan:
- Cape Town : Kali Pertama Ke Luar Negara, Kini Kembali Bersama Keluarga Besar Saya
- Trip Public Gold: Cape Town, South Africa 21 - 27 Mac 2013
- Percaya Sebelum Berjaya : Lihat Kejayaan Untuk Cipta Kejayaan
- Pakai Macam Orang Berjaya, Percaya Diri Sebelum Berjaya
- Kita Melihat Dunia Berdasarkan Input Yang Overload Dalam Fikiran Kita
- Bercuti Bersama di Mabul : Impian Satu Masa Dulu Adalah Hari Ini!