MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Percaya Sebelum Berjaya : Lihat Kejayaan Untuk Cipta Kejayaan

July 14, 2025

Kita tak akan mampu capai kejayaan yang kita sendiri tak boleh bayangkan...  

“Tak boleh brain,” orang kata.

Dan kita juga takkan dapat cipta kejayaan apa yang masih kabur dalam fikiran kita. 

More...

Lihat bukti-bukti kejayaan

Sebab tu, salah satu langkah awal nak cipta kejayaan ialah pergi tengok kejayaan orang lain dulu.

Bila kita tengok, kita mula nampak dengan jelas macam mana rupa kejayaan tu.

Otak kita mula boleh “brain”... 

Lepas tu, kena overload fikiran dengan kejayaan demi kejayaan. 

Tengok banyak-banyak bukti kejayaan orang lain. Sampai satu tahap, kita akan rasa,

“Kalau dia boleh berjaya, aku pun mesti boleh! InsyaAllah...” 

Bila kita dah betul-betul percaya dan yakin kita pun boleh berjaya, masa tu kejayaan cuma tinggal persoalan usaha dan masa je. 

Benam kejayaan dalam subconcious mind 

Bak kata bijak pandai,

"Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve." - Napoleon Hill

Dalam diam, kita sebenarnya sedang bekerja keras untuk jadikan apa yang kita percaya tu satu realiti.

Sebab tu walaupun tak semua orang naik pentas terima award, seramai 1,400 murid-murid saya (dari #PGG100Network dan #5GAssociates) tetap datang ke #PublicGold ARN (Award Recognition Night) malam kelmarin. 

Mereka datang bukan sekadar nak raikan kejayaan rakan-rakan...

Tapi nak cipta kejayaan sendiri. 

Selepas seharian overload tengok kejayaan orang lain — dari pagi sampai lewat malam — saya yakin masing-masing balik dengan satu keyakinan yang sama:

“Kalau dia boleh berjaya, aku pun mesti boleh! InsyaAllah...” 

Pulang dengan keyakinan pada diri

Tahniah saya ucapkan kepada semua 1,400 murid yang datang dari seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Brune...

(Bahkan ada yang sanggup datang dari UK, Qatar, dan negara lain semata-mata nak hadir majlis tahunan yang penuh inspirasi ni.)

Saya doakan, mudah-mudahan kalian semua jadi sebahagian daripada #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Aamiin. 

#PGARN2025
#PGAwardRecognitionNight2025

Zulkifli
Cyberjaya
14 Julai 2025
18 Muharram 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}