MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kejayaan Kita Pada Menjayakan Orang Lain – ARN 2024

July 16, 2024

Saya tak lena tidur...

Balik sahaja dari majlis #ARN2004 malam tu, otak saya ligat berfikir.

Dekat pukul 3.00 pagi baru lelap.

Esoknya, pukul 5.45 pagi bangun solat subuh, dan terus keluar exercise. Morning walk area Sunway dengan beberapa murid saya.

Lepas tu seharian menyantuni dealer dari Sunway Resort Hotel, sampailah seharian dalam program #KKDE (Karnival Kaya Dengan Emas) di Menara Public Gold.

Mata rasa berat, badan rasa letih... 

More...

Balik rumah waktu maghrib, lepas solat Isyak mata saya terus lelap...

Pukul 3.30 pagi dah terjaga. Teringat balik lebih 1,500 harapan di bahu saya... Saya tak lena tidur balik...

Sebelum pukul 4.00 pagi, dah sampaikan ‘leadership tazkirah’ dalam group wasap G100 Leader Council (LC), tentang "harapan dan tanggungjawab". 

Terjaga malam, tak lena tidur

Macam mana saya nak lena tidur? 

Malam ARN, saya dan guru saya En Syukor Hashim adalah penerima cheque bonus tahunan paling besar!

Satu cheque bonus tahunan paling besar dalam sejarah saya bersama #PublicGold - boleh beli sebuah rumah secara tunai!

Saya pun tak percaya cheque yang akan saya terima sebesar tu dalam satu malam.

Happy? Excited?...

Betul... Saya pun excited...

Sebaik sahaja turun pentas, saya terus wasap kepada ibu saya... Sampaikan berita gembira...

Saya pernah minta ibu doakan cheque sejumlah itu saya terima daripada Public Gold setiap bulan... Mudah-mudahan dengan pendapatan lebih besar, saya boleh berikan manfaat lebih banyak khususnya kepada ibubapa, mentua dan seluruh ahli keluarga saya sendiri... InsyaAllah...

Tapi di sebalik kegembiraan tu, terasa berat tanggungjawab terpikul di bahu saya. 

Di sebalik anugerah, ada tanggungjawab 

Saya percaya, SATU cheque yang saya terima tu berjumlah lebih besar dari 99% INCOME TAHUNAN murid-murid saya.

Yang tak datang tengok sendiri mungkin tak boleh brain...

Saya rasa berat tanggungjawab saya...

Hampir 2/3 dewan adalah murid-murid saya (team G100 dan #5GAssociates)... Mereka saksikan anugerah besar yang Public Gold berikan kepada saya...

Sebahagian besar mereka bukan tinggal di KL Selangor...

Mereka datang terbang dari jauh... Terpaksa ambil cuti... Terpaksa tinggalkan anak-anak kecil... Berhabis duit ribuan ringgit datang bersama pasangan tanpa ambil apa-apa award! 

Tentunya mereka datang dengan harapan yang besar; mereka juga nak dapat apa yang saya dapat dari Public Gold... 

Dapat income besar... Ada kebebasan masa... Bebas bergerak ke sana ke mari... Tiada boss yang paksa suruh buat itu dan ini... Tiada hari bekerja... Tiada hari cuti...

Jadual kehidupan saya, saya yang susun sendiri... Saya yang tentukan saya nak buat apa... Saya nak sibuk macam mana... 

Harapan mereka, tanggungjawab saya

Adakah boleh saya makan kenyang dengan lauk pauk mewah sedangkan murid-murid saya makan sekadar nak hilangkan rasa lapar?

Mana mungkin ibubapa dapat makan mewah melupakan anak-anak dah makan ataupun belum...

Tentunya tidak... Sungguh selfish kalau saya tak fikirkan harapan mereka... 

Lebih 1,500 peserta yang tengok kejayaan saya, tergalas 1,500 harapan di bahu saya... Saya mesti bekerja kuat untuk mereka...

Selagi mereka tak give-up belajar dan berusaha, saya ambil tanggungjawab peribadi...

Harapan mereka adalah tanggungjawab saya...

Saya kena turun padang... Tinggalkan keselesaan peribadi untuk lihat kejayaan mereka satu hari nanti... InsyaAllah... 

Sebagai leader yang memimpin #PGG100Network; network terbesar dealer Public Gold, saya malu nak tunjukkan award peribadi saya... Kecuali kalau ianya dapat jadi inspirasi buat orang lain...

Kejayaan kita pada menjayakan orang lain

Saya meletakkan kejayaan peribadi saya adalah pada menjayakan orang lain (yang mempercayai leadership saya)...

Bukan tentang apa yang saya dapat, tapi berapa banyak kehidupan yang berjaya saya ubah melalui platform yang Public Gold sediakan...

Saya sentiasa berdoa, mudah-mudahan Tuhan jadikan diri saya sebagai rahmat buat orang lain... Amiin... Amiin... Amiin ya Rabbal ‘Aalamiin...

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; 

dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);

dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

(Surah Al-Qasas 28 : 77)

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Zulkifli
Cyberjaya
16 Julai 2024
10 Muharram 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>