MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berjaya Pencen Pada Usia 33 Tahun : Ini Prinsip Saya Amalkan

July 21, 2025

Tak kerja pun ada duit. Semua orang bekerja pun kena pasang cita-cita tu. 

Suatu hari nanti, dia tak perlu pergi kerja. Tapi dia ada income bulan-bulan.

Banyak orang istilahkan sebagai "pencen". Dari sudut kewangan, ia dinamakan "financial freedom". 

Bila capai financial freedom, kita dah boleh pencen. Tak kisah umur berapa sekalipun, hanya bila capai financial freedom barulah kita boleh pencen. 

More...

Pencen bukan tentang umur 

Kalau umur 60 tahun pun tahap kewangan belum lagi capai financial freedom, dia tak boleh pencen. 

Sebaliknya, kalau umur 30-an dia dah capai financial freedom, dia tak perlu tunggu umur 60 tahun untuk pencen. 

Bila-bila masa pun dia dah boleh pencen.

Syukur alhamdulillah. Dengan limpah kurniaan Tuhan, saya direzekikan pencen pada umur saya 33 tahun (sejak tahun 2013 lagi). 

Ilmu nak bina kekayaan ni sebenarnya simple sahaja. Ia taklah complicated macam ilmu sains roket. 

Berdasarkan pengalaman saya, kalau nak kaya, buat perkara ni berulang-ulang kali, dan sabar bertahun-tahun. 

Satu masa nanti pasti akan kaya. InsyaAllah.

6 prinsip kewangan

1️⃣ Hidup di bawah kemampuan

Saya tak berbelanja ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. 

Sebaliknya saya sentiasa berbelanja di bawah kemampuan (sejak tahun pertama saya bekerja). 

Berbelanja ikut apa yang saya benar-benar perlu, bukan ikut apa yang saya mampu. 

Kalau mampu beli kereta harga RM100k, saya beli kereta yang harganya cuma RM60k. 

Kalau kereta yang harga RM60k pun dah cukup untuk keperluan sebenar, saya gunakan baki lagi RM40k (RM100k - RM60k) untuk tambah kekayaan.

Samada untuk tambah tabungan, tambah harta, ataupun tutup hutang sedia ada. 

2️⃣ Menabung sebahagian daripada gaji setiap bulan

Mulakan tabungan walaupun kecil. Tak kisah berapa pun jumlahnya, tapi kena bermula sekarang. 

Tabungan pertama yang saya mampu cuma RM20 sebulan. Saya buat potongan gaji masuk duit ke akuan Tabung Haji. 

Menabung bukanlah tentang berapa jumlahnya. Tapi tentang membentuk tabiat yang betul untuk kaya. Ia tabiat orang kaya-kaya. 

Guru-guru kewangan sarankan, menabunglan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Potong siap-siap 10% daripada gaji untuk masuk ke dalam tabungan. 

Kalau tabungan jangan pendek, menabung dalam ASB atau Tabung Haji. 

Untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), menabunglah dalam bentuk emas. Antara yang paling mudah dan praktikal ialah melalui Akaun Emas GAP (Public Gold)

Pilih kaedah menabung secara auto-debit. Supaya kita auto-menabung setiap bulan. 

Lepas tu naikkan jumlah tabungan 30% dan 50% dari semasa ke semasa, seiring dengan kenaikan pendapatan. 

Menabunglah sampai cukup sekurang-kurangnya berjumlah 12 bulan gaji. Selagi belum cukup 12 bulan gaji, jangan sibuk nak melabur sana sini. 

Fokus menabung, menabung dan menabung sahaja dulu.

Pengalaman saya educate masyarakat tentang kewangan sejak 2008, saya boleh katakan, majoriti daripada kita akan lebih kaya kalau dia tak 'melabur'.

3️⃣ Sentiasa tingkatkan pendapatan

Jangan cuma harapkan kenaikan gaji tahunan.

Kadar kenaikan kos sara hidup (dan kenaikan harga barang) lebih tinggi berbanding kadar kenaikan gaji tahunan.

Kenaikan kos sara hidup secara puratanya naik sekitar 10%. Sedangkan kenaikan gaji rata-rata cuma 5% setiap tahun. 

Jadi suka atau tak suka, kena cari jalan tambah pendapatan. 

Supaya dapat catch-up dengan kenaikan kos sara hidup, dan tak dihimpit dengan kemiskinan. 

Saya tak pernah berhenti explore peluang-peluang tambah pendapatan ataupun tingkatkan pendapatan sedia ada. 

Saya gunakan masa dan kelebihan yang ada untuk buat duit. Biar kecil, asalkan berhasil... 

Dan saya tak pernah berhenti belajar dapatkan ilmu dan skill yang baru, yang boleh bantu tingkatkan pendapatan. 

Mulakan dulu dengan apa yang tahu. Nanti makin lama, jalan makin terbuka luas. InsyaAllah... 

4️⃣ Setiap kali income bertambah, tambah tabungan 

Setiap kali dapat kenaikan gaji, atau dapat tambahan pendapatan, ataupun dapat duit durian runtuh, saya tak akan sekali-kali gunakan untuk tambah komitmen hutang. 

Walaupun pendapatan meningkat, gaya hidup saya tak meningkat. 

Hidup dengan apa yang ada sahaja. 

Kena banyak bersabar untuk tahan gaya hidup setiap kali dapat kenaikan gaji. 

Setiap kali dapat kenaikan gaji, itulah peluang terbaik tingkatkan tabungan dengan cepat. 

Itulah apa yang saya fikir... 

Sentiasa kekalkan gaya hidup di bawah kemampuan, dan jangan sesekali tambah hutang baru. 

5️⃣ Tutup hutang miskin secepat mungkin

Lebihan daripada tabungan 12 bulan gaji, gunakan untuk tutup semua hutang miskin. 

Iaitu hutang yang makin lama membuatkan kita semakin miskin. 

Macam hutang kereta... 

Beli kereta harga RM100k (secara hutang). Lepas 5 tahun, nilai kereta tinggal RM40k! 

Tanpa kita sedar, hutang tu membuatkan kita bertambah miskin sebanyak RM60k selepas 5 tahun. 

Sudahlah nilai kereta makin lama makin merosot. Kita pulak terlepas peluang menabung sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan gara-gara beli sebuah kereta! 

6️⃣ Bina harta yang jana cashflow 

Bila settle semua hutang, fokus tambah harta yang boleh jana cashflow. 

Iaitu harta yang membuatkan duit sentiasa mengalir masuk ke poket kita setiap bulan. 

Pastikan setiap tahun jumlah harta makin bertambah.

Antaranya, beli rumah yang boleh disewakan, beli tanah yang mendatangkan hasil, dan bangunkan bisnes sendiri. 

Nanti bila semua harta-harta tu dapat jana cashflow (passive income) yang cukup, tak perlu kerja pun ada duit. 

#FinancialFreedom, insyaAllah... 

Cara dapatkan ilmu dengan cepat

Perkara paling penting daripada semua di atas ialah ilmu... 

Nak buat apa pun kena ada ilmu. 

Pelaburan yang paling menguntungkan tetapi risikonya paling rendah ialah pelaburan terhadap ilmu. 

  1. Banyak baca buku-buku tentang kewangan, pelaburan dan bisnes. 
  2. Join seminar atau kelas-kelas berkaitan. 
  3. Join circle yang ada misi yang sama, dan yang lebih berjaya daripada kita. 
  4. Cari mentor (yang jujur dan ikhlas); guru yang dah capai apa yang kita nak capai.

Nak pastikan ilmu mengalir tanpa putus, bersikap merendah dirilah... Buka telinga, tutup mulut kecuali bertanya. 

Ilmu tu ibarat air yang mengalir...

Air cuma mengalir ke lembah-lemah yang rendah. Air tak sesekali akan memanjat gunung (orang yang ego)...

Amalkan tip ni betul-betul. Sabar at least 5 - 10 tahun.

Apa pun kejayaan yang besar dalam hidup kita perlu masa. 10 tahun masa yang cukup untuk cipta apa-apa kejayaan besar untuk hidup kita.InsyaAllah... 

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Madinah
16 Mei 2025
18 Zulkaedah 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}