MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pencen Jutawan Walaupun Hanya Makan Gaji!

February 19, 2025

Kerja makan gaji, gaji pulak taklah sampai RM8k sebulan, tapi pecen pada umur 48 tahun sebagai seorang jutawan!Tak buat bisnes pun boleh jadi jutawan... 

Ini kisah orang biasa-biasa tapi sikapnya yang luar biasa sebagai inspirasi buat masyarakat.

Hasil mengopi pagi tadi, saya minta bantuan guru pengurusan bisnes saya ni Tuan Farhan Johari untuk kami bukukan kisah ini sebagai inspirasi buat masyarakat. 

More...

Majoriti akan bersara miskin!

Jadi kaya dan jutawan bukanlah ilmu sesukar saintis roket. Tapi ilmu biasa-biasa yang diamalkan secara luar biasa sejak dari muda lagi.

Bukannya lagi 5 tahun nak pencen barulah kelam-kabut nak buat persiapan hari pencen (walaupun masih ada peluang). 

Tanpa persiapan, majoriti akan bersara miskin! Itulah hakikat pahit untuk ditelan... Majoriti akan bersara miskin kalau tak perbetulkan sikap tentang kewangan. 

Sebenarnya banyak jutawan ambil sikap berdiam diri. Bukan tak share ilmu, tapi kalau mereka share, orang mengata nak menunjuk-nunjuk.

Bila tak boleh brain, orang kecam!

Sikap jutawan tentang kewangan

Walhal apa yang mereka share tu, majoriti jutawan pasti akan setuju... Sebab memang itulah yang diamalkan oleh majoriti jutawan; 

  • Belajar ilmu kewangan seawal mungkin.
  • Mulakan amalan menabung walaupun sedikit
  • Menabung secara tegar, 30% - 50% daripada gaji setiap bulan. 
  • Sentiasa hidup di bawah kemampuan
  • Sentiasa ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja
  • Berpegang pada prinsip, berusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian - delayed gratification. 
  • Berpada-pada dengan hutang. Sentiasa ambil sikap cukupkan tabungan dulu baru beli. 
  • Obses kumpul harta dan meletakkan duit di tempat selamat, yang berikan pulangan dan cashflow sederhana, sekitar 5% - 10% setahun; seperti ASB, Tabung Haji, AHB, KWSP, hartanah dan emas. 
  • Jangan sesekali melabur di tempat yang kita tak ada ilmu tentangnya.

Ini prinsip simple yang diamalkan oleh para jutawan. 

Tip kewangan menyedapkan hati 

Yang kecam ni mereka tak suka dengan ilmu yang betul. Mereka suka tip-tip kewangan yang menyedapkan hati yang tak mengubah apa-apa; 

  • Kalau menabung pun, kalau dah takdir, semuanya akan habis kata mereka.
  • Kalau tak menabung pun, rezeki Tuhan dah jamin...
  • Buat apa nak menabung. Penat-penat kerja, rewardlah diri sendiri. Kalau mati nanti tak sempat nak merasa. 
  • Kalau tak ada duit nak beli sesuatu, hutang sahajalah... 
  • Kalau kaya nanti lambat masuk Syurga... 
  • Biarlah tak kaya, asalkan hidup bahagia... 
  • Kaya nanti melalaikan... Membutkan kita mudah lupa diri... 

Cara paling mudah dan paling menyedapkan hati, berusahalah berlebih kurang... Lepas tu semuanya takdir kata mereka... 

Walhal takdir Tuhan itu dihujung ikhtiar kita

Bantu mereka yang nak dibantu

Kalau ikutkan rasa selfish, baik duduk diam. Kaya sendiri-sendiri sahaja.

Tapi memikirkan kebaikan untuk masyarakat, saya fikir kena tetap sampaikan ilmu.

Yang kecam tu biarlah dia... Itu bukan target audience kami. 

Kami cuma bantu mereka yang nak dibantu sahaja. Yang serius nak ubah diri dan masa depan keluarga.

Tetap sampaikan ilmu bagi siapa yang dahagakan ilmu.

Mudah-mudahan kisah inspirasi "Jutawan Walaupun Hanya Makan Gaji" dapat kami bukukan sebagai inspirasi buat masyarakat.

InsyaAllah... 

#FinancialFreedom

Zulkifli
Cyberjaya
19 Februari 2025
20 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>