MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Takutilah Doa Orang Kena Fitnah, Tekan Pause Sebelum Share!

February 20, 2025

Aku binasa (menjadi buta) kerana doa Sa'id"

Tak sabar nak tekan butang share. Tapi bila ingat betapa beratnya dosa melibatkan hubungan sesama manusia, tekanlah butang pause dulu.

Dosa dengan Tuhan, syarat taubat ada 3. Tapi bila sesama manusia, syaratnya ada 4.

Tak selesai dengan manusia, tak selesai jugalah dengan Tuhan sehinggalah hari pengadilan. 

More...

Pause dulu sebelum share

Jadi apa sahaja rasa nak share posting menjurus pada kebencian, pertelingkahan dan permusuhan yang sering dilakukan mereka yang cenderung kepada kumpulan tertentu, tekanlah butang pause.

Dosa fitnah sudahlah besar. Tapi dosa fitnah berantai jauh lebih besar.

Dosa pasif akan terus dapat walaupun si pemfitnah (dan yang menyambung fitnah) dah mati selagi kesan dosa tu terus sambung menyambung. 

Lepas subuh tadi, itulah pelajaran dari hadis yang saya bacakan dari kitab Riyadhus Solihin untuk peringatan buat diri sendiri dan kami sekeluarga;

Sa'id (orang baik) yang difitnah

‘Urwah bin Az-Zubair (Semoga Allah meredhainya) meriwayatkan:

Arwa binti Aus telah mengadu kepada Marwan bin Al-Hakam (yang menjadi khalifah pada ketika itu) bahawa Sa’id bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail (Semoga Allah meredhainya) telah mengambil sebahagian tanahnya secara tidak sah.

Sa’id berkata: “Bagaimana mungkin aku mengambil sebahagian daripada tanahnya, sedangkan aku telah mendengar suatu ancaman daripada Rasulullah (ﷺ)?”

Marwan bertanya kepadanya: “Apakah yang engkau dengar daripada Rasulullah (ﷺ)?” 

Sa’id menjawab:

“Aku mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda: ‘Sesiapa yang mengambil walaupun sejengkal tanah secara zalim, maka pada Hari Kiamat dia akan dikalungkan dengan tujuh lapisan bumi.’”

Mendengar itu, Marwan berkata kepadanya: “Aku tidak perlu lagi bukti darimu selepas ini.”

Buta gara-gara doa Sa'id

Lalu Sa’id berdoa:

“Ya Allah! Jika dia seorang pembohong, maka butakanlah penglihatannya dan matikanlah dia di tanahnya sendiri.”

‘Urwah berkata: “Dia tidak meninggal dunia sehinggalah dia menjadi buta. Ketika dia sedang berjalan di tanah yang menjadi punca pertikaian itu, dia terjatuh ke dalam sebuah lubang dan meninggal dunia.”

[Hadis Riwayat Bukhari no. 3198, Muslim no. 1610, Riyadhus Solihin no. 1506

Dalam riwayat lain oleh Imam Muslim, Muhammad bin Zaid bin ‘Abdullah bin ‘Umar berkata bahawa beliau telah melihat Arwa dalam keadaan buta, meraba-raba dinding dengan tangannya sambil berkata:

“Aku binasa (menjadi buta) kerana doa Sa’id.” 

Tidak lama kemudian, dia terjatuh ke dalam sebuah perigi di tanah yang dipertikaikan itu dan meninggal dunia. 

#IslahDiri#MenjagaLidah

Zulkifli
Cyberjaya
19 Januari 2025
2o Syaaban 1446H

HADIS : TAKUTLAH PADA DOA ORANG YANG DIZALIMI 

Diriwayatkan oleh Ibn `Abbas:

Rasulullah ﷺ bersabda kepada Mu`adz bin Jabal ketika beliau mengutusnya ke Yaman:

"Sesungguhnya engkau akan mendatangi satu kaum dari Ahli Kitab. Apabila engkau telah sampai kepada mereka, ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan-Nya. 

Jika mereka mentaatimu dalam hal itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu pada siang dan malam.

Jika mereka mentaatimu dalam hal itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah telah mewajibkan zakat ke atas mereka, yang diambil daripada golongan kaya dalam kalangan mereka dan diberikan kepada golongan miskin dalam kalangan mereka.

Jika mereka mentaatimu dalam hal itu, maka berhati-hatilah! Jangan sekali-kali engkau mengambil harta terbaik mereka (sebagai zakat), dan takutlah kepada doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada penghalang antara doanya dan Allah."

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 4347, Riyadus Solihin no. 208)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>