MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Perkara Yang Betul Dengan Sabar, Penatnya Cuma Sekali

July 14, 2025

Buat perkara yang betul dengan sabar... 

Buat perkara yang betul dengan sabar... 

Buat perkara yang betul dengan sabar... 

Cepat atau lambat, kita pasti akan berjaya, insyaAllah... 

More...

Biar penat sekali, bukan berkali-kali 

Jangan sekali-kali buat perkara yang tak betul... 

Cepat atau lambat, perkara yang salah tu akan menghantui kita, dan akhirnya akan menjatuhkan diri kita sendiri...

Itulah nasihat yang saya ulang bertahun-tahun kepada dealer-dealer #PublicGold di bawah mentorship saya. 

Ini bukan sekadar teori... Saya dah tengok banyak bukti (depan mata).

Dalam bina kekayaan, kalau kita buat perkara yang betul, penatnya cuma sekali. Lepas tu, kita boleh nikmati hasilnya sampai mati...

Tapi kalau pilih buat perkara yang tak betul (dosa, tipu, tak beretika), penatnya berkali-kali. Bahkan penatnya tak akan habis sampai mati...

Dosa itu menghantui diri sendiri 

Nak kumpul harta, nak kejar kekayaan — silakan, tak ada masalah. Tuhan tak larang kita cari harta. 

Asalkan cari dengan cara halal dan baik, cepat atau lambat, kebaikan tu pasti akan kembali kepada kita. 

Kesan kebaikan tu makin lama makin subur, makin berkat, dan makin besar manfaatnya — bukan untuk kita je, tapi juga untuk orang sekeliling, masyarakat, dan generasi akan datang... 

Jangan sekali-kali cari kekayaan dengan cara yang salah — yang berdosa dan tak beretika.

Cepat atau lambat, dosa tu akan kembali menjatuhkan kita (dan menghantui diri kita).

Penatnya tak akan habis...

Follow founder yang betul 

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dipertemukan dengan syarikat yang pilih buat perkara yang betul.

Dulu, 15 tahun lepas... Public Gold cuma ada 2 branch dan 2,000 customer sahaja.

Tapi hari ini, dah ada 27 branch dan hampir 2 juta customer! Alhamdulillah.. 

Company yang baik lahir daripada founder yang baik.

Terima kasih kepada Dato Wira Louis Ng dan isteri, Datin Wira Yvonne Lim, yang sentiasa pilih jalan yang betul dalam bisnes.

Mudah-mudahan Public Gold terus jadi syarikat yang membawa rahmat kepada masyarakat — khususnya di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei... 

Akar teguh, dahan menjulang ke langit!

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit.

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk pula, samalah seperti pohon yang tidak berguna, yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup."

— (Surah Ibrahim 14 : 24 - 26)

#PGARN2025
#PGAwardRecognitionNight2025
#MisiUbahHidup1000Keluarga

Zulkifli
Cyberjaya
14 Julai 2025
18 Muharram 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}