MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rutinkan Perkara Yang Betul, Kejayaan Cuma Persoalan Masa

March 14, 2024

Bila dah jadi rutin, susah nak berhenti... Tapi kalau dah berhenti, susah nak rutinkan balik...

Dah 2 hari saya ubah rutin exercise; dari pagi kepada petang sambil bagi makan kucing. Tapi rasa tak serasi. Petang-petang agak kelam-kabut nak prepare berbuka puasa. 

Kucing pun tak pernah cukup 4 ekor macam biasa.

More...

Cuba-cuba tukar rutin

Ramadhan pertama cuma 2 ekor kucing. Semalam (Ramadhan ke-2) cuma 3 ekor. Tapi hari ni kembalikan rutin pagi, dapat jumpa keempat-empat ekor kucing. Alhamdulillah...

Jadi lebih baik kembalikan rutin asal - exercise waktu pagi.

Kalau stop rutin ni, nak kembalikan rutin tu nanti kena struggle balik.

Apa pun kejayaan yang kita nak capai, semuanya tentang rutin. Buat perkara betul sesekali tak akan membawa kita ke mana-mana.

Kejayaan besar hanya akan dicapai bila kita buat perkara yang betul secara rutin, samada harian, minggu, ataupun bulanan. 

Kena stick (bertahan) pada rutin yang betul.

Rutin perlu diubah bila... 

Kalau dah buat rutin yang sama tapi tak dapat hasil yang diharapkan, semak balik rutin dan perbetulkan mana yang patut. 

Kehidupan kita hari ni adalah hasil rutin kita bertahun sebelum ni. Kehidupan kita pada masa akan datang bergantung rutin kita hari ni.

Samada kesihatan yang baik, kewangan yang kukuh, kehidupan berkeluarga yang harmoni, mahupun ibadah yang sempurna, semuanya tentang rutin.

Kalau terus buat perkara sama tapi harapkan hasil berbeza, itu dipanggil "insanity" (kegilaan) kat Albert Einstein. 

Ubahlah kepada rutin yang lebih baik. Mudah-mudahan hidup kita juga akan berubah. InsyaAllah...

“The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results.” - Albert Einstein

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
14 Mac 2024
3 Ramadhan 1445H

#TipKejayaan #HealthisWealth

“Kalau sesuatu topik tu penting, kena ulang belajar. Kalau sesuatu perkara tu penting untuk disampaikan, kena ulang cakap. Kalau aktiviti tu berkesan dapatkan hasil, kena ulang buat. Kejayaan adalah tentang buat perkara betul berulang-ulang!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 3 September 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>