MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Si Pokai Kembali Pokai Walaupun Diberi Duit RM1 Juta?

“Dulu aku pernah ada RM1 juta...”

Aku rasa kaya, terus upgrade kereta Vellfire... 

Beli handbag paling mahal untuk isteri... 

Beli rumah besar. Renovate over budget ikut nafsu... 

Pergi travel sana sini... 

More...

Pergi staycation tiap minggu, makan dekat kedai view KLCC tiap hari sebab nak IG story nampak “high class”.

Belanja orang lain supaya nampak kaya.

Buka bisnes – konon nak “start small business”, akhirnya rugi sebab tak ada ilmu urus bisnes.

Melabur ‘kononnya’ - tapi dalam skim cepat kaya, akhirnya burn.

Beli tanah ‘saja-saja’ tapi tak tahu nak buat apa, tak pandai urus, akhirnya tanah terbiar tak jana income.

Lama-lama duit makin nipis, makin nipis...

Sampai habis...

Sesiapa pun akan alami nasib sama. 

Bila ada duit yang banyak selonggok, sedangkan kita tak ada ilmu, itulah yang akan jadi. 

Mula-mula rasa kaya, rasa hebat, rasa dunia dalam genggaman... 

Kita rasa semua benda boleh beli... Semua tempat boleh pergi... 

Tapi lama-lama, duit makin surut... Baki akaun makin kecil.

Komitmen makin besar, hutang makin bertambah... 

Akhirnya yang tinggal hanyalah cerita, “Dulu aku pernah ada RM1 juta...” 

Dia akan duduk termenun dan menyesal... Kenapa masa ada peluang, dia tak belajar cara urus duit? 

Kenapa masa ada modal, dia tak cari jalan gandakan duit dengan cara yang betul? 

Sebab itu kekayaan sebenar bukan sekadar duit dalam akaun. 

Kekayaan sebenar adalah mindset, ilmu, kemahiran dan pengalaman, tindakan (sikap, tabiat dan rutin) yang konsisten... 

Duit yang banyak boleh habis. Duit boleh hilang... Duit boleh dicuri...

Tapi ilmu dan jati diri (sebagai orang kaya), tak ada siapa boleh ambil... 


Coretan di Facebook ni menarik perhatian saya. 

Walaupun sekadar coretan, tapi itulah realiti berlaku kepada banyak orang. Bahkan mungkin kebanyakan orang.

Dan itulah sebab kena kenapa saya selalu cakap;... 

Bagilah duit banyak mana sekalipun, orang yang dirinya miskin akan tetap kembali miskin.

Mindsetnya miskin.

Ilmu dan skill-nya miskin.

Tabiat, sikap dan rutinnya pun miskin.

Duit banyak tak akan membuatkan dia ke mana-mana. Dia akan kembali kepada dirinya yang sebenar, iaitu miskin.

Membina kekayaan ni bukanlah tentang membina poket, tapi membina diri.

Bina diri kita yang baru.

Mindset kaya.

Ilmu dan skill kaya.

Tabiat, sikap dan rutin orang kaya.

Maka barulah kekayaan akan datang lagi dan lagi.

Dia ada duit RM100, dia tahu kembangkan jadi RM1,000, RM10,000, 100,000 bahkan akhirnya jadi RM1 juta.

Tapi kalau bagi RM1 juta kepada "orang miskin" (yang saya maksudkan tu), dia akan tarah semua duit RM1 juta dan kembali kepada dirinya yang asal...

Miskin... 

#TipKekayaan

Zulkifli
Cyberjaya
28 Jun 2025
2 Muharram 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}