MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lepaskan Kejayaan Lalu Untuk Cipta Kejayaan Baru

December 2, 2023

Saya tak akan selama-lamanya di sini. Saya akan step down untuk beri laluan kepada pemimpin lebih muda dan lebih perform dari saya.

Itu hasrat yang saya sering beritahu kepada leaders dalam team saya.

Saya nak selesaikan #MisiUbahHidup1000Keluarga dulu. Sebaik sahaja selesai, mungkin itulah waktu terbaik untuk melepaskan tanggungjawab memimpin G100 (network terbesar dealer Public Gold) kepada mereka yang lebih muda, dan lebih perform dari saya.

More...

Pemimpin lama akan jadi liabiliti

Sebagaimana sayangnya Jack Ma (lelaki terkaya di China) yang melepaskan Ali Baba (syarikat yang dia bangunkan sendiri) ketika usianya 49 tahun.

Kata-katanya yang bermaksud lebih kurang begini; dia tak cukup muda untuk memimpin sebuah IT company. Dia kena lepaskan jawatan untuk pastikan Ali Baba terus berjaya dan mencipta kejayaan baru.

Mana-mana organisasi pun sebenarnya, akan tiba satu ketika pemimpin lama akan jadi liabiliti (beban) buat organisasinya. Walaupun dia pernah jadi Champion satu ketika dulu, tapi kejayaan itu ialah tentang masa lalu.

Dunia cepat berubah, dan masa depan akan berubah. Formula kejayaan dulu boleh jadi formula kegagalan hari ni. 

Bakat terbuang gara-gara pemimpin

Untuk pastikan seluruh pasukan tak terperangkap dalam “formula kegagalan hari ni”, pemimpin lama kena step down cepat-cepat dan serahkan kepada yang lebih muda, lebih bersemangat, lebih fokus, lebih banyak idea, dan lebih bertenaga!

Itulah yang akan saya buat demi melihat team saya terus grow dan mencipta kejayaan-kejayaan baru pada masa depan. InsyaAllah.

Sepanjang hidup saya, saya lihat banyak organisasi yang lemah bukan sebab mereka tak ada “talent”, tetapi dipimpin oleh pemimpin yang lemah dan terperangkap dengan kejayaan yang lalu.

Tak ada wawasan baru, dan tak ada keazaman yang kuat untuk cipta kejayaan yang baru. Dia masih dibuai mimpi kejayaan-kejayaannya yang lalu.

Walaupun berapa banyak pun “talent” yang dia ada, semuanya akan “wasted”. Membazir dan terbuang!... 

Ibarat pilot terbangkan pesawat

Jadi saya titipkan pesanan kepada seluruh team saya, sangat bahaya kalau kita follow leader (dan sub-leader dalam organisasi kami) yang tak ada wawasan. Dia sekadar nak ambil kredit atas pasukannya dan tak ada keazaman yang kuat untuk cipta kejayaan baru buat pasukannya...

Saya ingatkan juga kepada diri saya dan team, tanpa wawasan yang jelas dan keazaman yang kuat, kita sedang merisikokan masa depan seluruh pasukan yang meletakkan harapan besar di bahu kita.

Ia barat masuk pesawat yang pilotnya sendiri tak tahu ke mana dia nak terbangkan pesawatnya!

Kalau dia tak tahu ke mana dia nak pergi, dan tak ada keazaman yang kuat untuk terbangkan pesawat, samada kita patut tukar pilot baru, atau keluar dari pesawat untuk cari pesawat lain supaya kita sampai ke destinasi yang kita impikan. 

Persediaan terbang lebih tinggi

Demi memastikan #PGG100Network terus terbang dan sampai ke destinasi seterusnya, pilot yang ‘letih’ kena berehat dan perlu ditukar kepada pilot lebih muda, lebih bertenaga, dan lebih perform satu hari nanti.

Dan kami bersedia ke arah itu dari sekarang dengan mengadakan program #G100Apprentice khusus untuk anak-anak muda yang akan menggantikan kami satu hari nanti. InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
2 Disember 2023
22 Jamadil Awwal 1445H

“Lepaskan kekecewaan lalu yang jadi beban untuk terus maju. Dan lepaskanlah kejayaan lalu supaya ia tak melalaikan kita untuk terus cipta kejayaan baru. Antara rahsia untuk terus berjaya, sentiasalah anggap diri kita baru sahaja bermula. Learn, unlearn and relearn.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 20 Februari 2024

“Bahaya follow leader yang tak ada visi untuk team. Dia sekadar nak ambil kredit dan tak akan bawa team ke mana-mana. Begitu jugalah kita dalam membina team. Tanpa visi yang jelas dan keazaman yang kuat, kita sedang merisiko masa depan team kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 20 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>