MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kejayaan Besar Tak Mampu Dicapai Tanpa “Second Brain”

August 22, 2023

Berat kalau beban fikiran kena tanggung seorang diri. 

Bila terlalu banyak perkara yang kena fikir dan tanggungjawab yang kena galas, kita perlukan second brain (otak kedua) tunjukkan blind spot (titik buta)dan mengingatkan apa yang kita lupa.

Otak kedua tu sepatutnya mereka yang lebih berjaya dan lebih pandai dari kita. Sekurang-kurangnya, mereka sesuai untuk kita jadikan sparring partner (rakan berlawan) dalam mencari idea-idea baharu.

More...

Hari ni, dah lebih 400,000 penyimpan emas di bawah team Public Gold yang saya bangunkan sejak 2010. Alhamdulillah. Kejayaan ni mustahil dapat saya capai kalau hanya seorang diri.

Guru dan Rakan Bisnes

Selain Mahaguru Emas Malaysia En Syukor Hashim yang menjadi pelopor dalam mendidik masyarakat tentang emas sejak tahun 2008 lagi, otak kedua yang selalu saya pakai dalam membangunkan bisnes ialah Mr Kenneth Cheang Chee Wah.

Beliau merupakan staff kanan dan juga 'otak' bagi Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng. Beliau lebih dikenali sebagai "guru disiplin" bagi dealer #PublicGold.

Dan beliau merupakan penasihat saya paling penting sejak saya pasang cita-cita nak ubah hidup 100 keluarga (#NextMohdZulkifli) pada tahun 2016 - melalui plaftorm yang disediakan oleh Public Gold.

Membentuk Team Pemikir

Jujur saya katakan, bila team berkembang dengan sangat besar, saya tak lagi mampu fikir seorang diri untuk pastikan team kami G100 Network dapat survive dan sentiasa di landasan yang betul. 

Untuk bantu saya berfikir, saya setup 'kumpulan pemikir' dari kalangan top achievers dalam team kami. Saya perlukan mereka untuk sama-sama tentukan halatuju dan memastikan team kami semua grow bersama-sama.

Masing-masing sumbangkan ilmu, pengalaman dan kepakaran masing-masing, dan bekerja secara inter-dependent (saling bergantungan) untuk kejayaan bersama.

Terus Belajar Untuk Kekal Relevan

Sebagai Founder dan juga mentor bagi team, saya akui, walaupun saya tahu banyak perkara, tapi saya tak tahu banyak perkara. Bahkan dalam banyak perkara, team saya lebih pandai dari saya.

Untuk kekal relevan, saya juga kena belajar dari team dan belajar bersama-sama mereka.

Kalau tak sanggup belajar dan tak sanggup mendengar, seseorang pemimpin tu akan jadi beban (liabiliti) yang membantutkan kemajuan organisasi yang dia pimpin.

Bak kata Albert Einstein, “Once you stop learning, you start dying”!

Syukur alhamdulillah, hari ni, second brain yang banyak membantu saya membuat keputusan-keputusan strategik dalam bisnes adalah barisan "Leaders Council (LC)".

Dibantu Orang Lebih Pandai

Mereka terdiri daripada top leaders dan top-achievers dalam Public Gold.

Dengan adanya Leaders Council (LC) sebagai team pemikir untuk buat keputusan-keputusan penting, saya yakin team kami berada di landasan yang betul, insyaAllah. Sebab saya dibantu oleh mereka lebih pandai dari saya.

Selain memimpin, saya juga dapat belajar banyak perkara dari mereka. Alhamdulillah.

Bak kata Confucius, “If you're the smartest person in the room, you're in the wrong room.”

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
22 Ogos 2023
6 Safar 1445H

Catatan FB 6 Oktober 2022 : Setiap 6 minggu kena mengopi untuk communicate dan sync dengan #PublicGold. Supaya #PGG100Network sentiasa berada dilandasan yang betul sesuai dengan wawasan foundernya Dato Wira Louis Ng. Sessi 2 jam yang sungguh bermanfaat. Alhamdulillah.

Beliau memimpin operasi Public Gold, saya pula memimpin team dealer terbesar dalam Public Gold. Setiap 6 minggu, saya akan duduk mengopi dengan Founder Public Gold untuk selaraskan halatuju dan gerak kerja kami.

Team pemikir dari kalangan top achievers dalam team menjadikan tanggungjawab yang saya jadi menjadi ringan. Foto ketika kami breakfast di Kuching pada 19 Ogos 2023.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>