MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Benteng Terakhir Kekayaan Jika Berlaku Peperangan – Kisah Pelarian Vietnam

December 5, 2023

Benteng terakhir... Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu. 

Peperangan panjang antara Amerika dan Vietnam membuatkan ramai rakyat dia jadi pelarian.

Waktu zaman perang tu, tak ada harta berharga lain yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni. 

Sehelai sepinggang bersama emas

Bentuknya nipis ni memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju... Walaupun pelarian, orang tak tahu sebenarnya mereka bawa emas!

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa jual. Dan emas inilah yang bantu mereka memulakan hidup baru di negara lain, termasuk yang datang ke Malaysia. 

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Sharing daripada salah seorang penyimpan emas saya, En Zailani (Abang Zack). Beliau jadi saksi pelarian Vietnam gunakan kepingan emas Kim Thant di Kuala Kemaman.

Nilai duit bukan pada kertasnya

Namun, jaminan pemerintah pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik. 

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit tu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas. 

Nilainya kosong!

Emas berbeza... Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa... 

Asalkan ianya emas tulen, ia diterima di seluruh dunia, pada bila-bila masa. Ia 'duit antarabangsa'!

Disebabkan kekuatan inilah, kenapa pakar sarankan setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan kita.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR kekayaan setiap kita.

Zulkifli
Cyberjaya
5 Disember 2023
22 Jamadil Awwal 1445H

#BukuWangEmas#TipKayaDenganEmas
Kredit foto : ebay

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}