Dana Paling Kritikal Waktu Kecemasan

by on February 18, 2014

Post image for Dana Paling Kritikal Waktu Kecemasan

Masa motosikal saya hilang hari tu, saya tak kecewa sangat sebab motor tu dah cover takaful. Memang saya rugi, tapi taklah sebanyak mana. Cuma bila hilang motosikal, urusan jadi terganggu sekejap. Dari sudut duit tu tak merisaukan sangat, sebab saya sentiasa bersedia dengan simpanan kecemasan minium 3 bulan pendapatan. InsyaAllah duit tu cukup untuk beli motosikal baru secara tunai pada bila-bila masa. Kalau nak tunggu duit takaful, memang lambat. Mungkin 3 bulan atau 4 bulan baru dapat claim. Sedangkan saya perlukan motosikal untuk bergerak cari rezeki.

Walaupun ada kereta, saya tak suka bawa masuk ke tempat-tempat jem macam KL. Kalau di kampung tak apa. Kereta tu cuma bergerak beberapa kali jer seminggu. Itupun kalau keluar dengan anak-anak. Kalau setakat berdua dengan isteri, kami lebih selesa naik motosikal jer sebab jimat masa, tak perlu buang masa dalam jem. Saya memang alergik dengan jem! (“,)

Kenapa 3 Bulan Pendapatan?

Pasal simpanan kecemasan ni, selalu orang tanya saya, kenapa perlu simpan 3 bulan pendapatan? 3 bulan pendapatan tu, adakah sekadar gaji pokok atau termasuk elaun sekali? Sebenarnya, “3 bulan pendapatan” yang dimaksudkan ialah duit untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh tiga (3) bulan. Maksudnya, kalau tetiba hilang sumber pendapatan, kita masih boleh survive sekurang-kurangnya untuk tempoh lagi 3 bulan tanpa menjejaskan gaya hidup.

Jangan jadi macam kes terbaru yang saya dengar, seorang doktor pakar yang pendapatan RM150,000 sebulan, tapi terpaksa bergolok gadai bila jari dia putus dipotong perompak! Walaupun pendapatannya besar, dia tak bersedia dengan simpanan kecemasan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh recover hingga dia boleh bekerja balik.

Simpanan kecemasan tu sangat kritikal. Kalau motosikal hilang, kita boleh terus beli motosikal baru. Kalau hilang kereta, duit tu cukup at least untuk bayar deposit kereta baru. Kalau kena minor accident, duit tu cukup untuk repair motor atau kereta. Kalau kereta kemek sana sini tapi tak repair-repair, itu petanda mudah orang tu tak ready dengan 3 bulan pendapatan.

Simpan Tunai, Sulitkan Pengeluaran

Bagi saya, simpanan pertama yang kita kena buat ialah simpanan kecemasan. Jangan sibuk labur sana sini kalau simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan pun belum ada. Kalau pendapatan keluarga RM1,000, maksudnya mesti ready duit RM3,000. Kalau pendapatan keluarga RM5,000, kena ada RM15,000. Kalau RM10,000 sebulan, mesti ready RM30,000!

Duit simpanan kecemasan tu tak boleh diganggu untuk labur sana-sini sebagaimana artikel saya “Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya“. Kena simpan dalam bentuk tunai, tapi bukan dalam akaun bank yang senang dikeluarkan melalui mesin ATM. Takut panjang akal untuk berbelanja. Saya simpan duit kecemasan dalam akaun Tabung Haji. Kalau terdesak, saya terpaksa bawa buku ke kaunter Tabung Haji atau Bank Islam. Saya tak linkkan dengan kad ATM Bank Islam sebab takut bocor.

Lepas motosikal saya hilang hari tu, duit tu dah berkurangan sebanyak RM7,000. Duit tu saya kena cover balik dengan claim takaful dalam RM3,000, dan RM4,000 lagi dengan pendapatan bulanan saya. InsyaAllah bulan ni dah boleh tutup balik dana kemasan yang bocor tu.

Langsai Hutang atau Simpanan Dulu?

Lagi satu pasal bayar hutang. Antara langsaikan hutang dan buat simpanan, bagi saya keutamaan ialah buat simpanan 3 bulan pendapatan dulu, tapi dalam masa yang sama, ansuran pinjaman tu kena bayar macam biasa supaya rekod hutang kita cantik. Nanti senang nak buat apa-apa hutang baik dengan bank untuk masa depan. Tak perlu gopoh langsai semua hutang sampai habis duit simpanan. Takut nanti bila terdesak, terpaksa swipe kad kredit atau buat hutang lagi! Kalau cukup simpanan 3 bulan pendapatan, insyaAllah kita boleh bernafas lega walaupun masih ada hutang-hutang yang lain.

Akhir sekali nasihat saya, urus duit dengan betul walaupun pendapatan kita tak lah sebenar mana. InsyaAllah kita masih boleh hidup selesa. Jangan fikir kalau gaji besar, semua masalah kewangan akan selesai sebab hakikatnya, ramai orang pendapatan berbelas ribu sebulan, tapi tersepit dengan masalah kewangan. Dan saya jumpa ramai orang bergaji besar, tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada! Kalau begitulah gayanya, saya rasa kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 Februari 2014
17 Rabiul Akhir 1435

(Kredit foto : goodlifeguide )

{ 44 comments… read them below or add one }

1 aza February 18, 2014 at 11:41 am

salam, saya nak tanya pendapat mengenai hutang kereta. kereta viva saya loan dgn bank 9 tahun.. sekarang sudah 3 tahun… jd saya terfikir utk cashkan kereta tu. tapi saya musykil, dr segi total hutang, adakah tidak mempunyai perbezaan, sekiranya saya bayar installment atau saya cashkan? Kalau saya cash kan, ada pengurangan tak dr segi total harga kereta?

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 8:48 am

Wslm Pn. Aza,

Puan kena tanya bank, berapa jumlah yang puan kena bayar kalau nak buat “full-settlement”. Dan bandingkan berapa yang puan perlu bayar kalau installment macam biasa. Buat perbandingan perbezaan tu.

Wallahu a’lam.

Reply

3 skyfun February 18, 2014 at 12:44 pm

salam sejahtera bro,
sy rasa ayat ‘kawan-kawan pendatang Bangla dan Indonesia tu lebih kaya dari kita!’ tu terbukti….sifat ini sy lihat seperti orang2 kelantan yg berhijrah mencari rezeki di singapore awal 70-80-an dulu,sebelum mereka berhijrah dan survival pula ke k.l..
sy membesar di era itu..rata2 kawan2 sy dari sane mampu memiliki harta dan kemewahan di kg dgn senang walahai mereka berkerja di singapura hanya sekadar buruh kasar

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 8:50 am

Wlsm En. Sykfun,

Betul, pendatang lebih fokus kumpul harta berbanding kita. Sebab matlamat mereka memang nak cari harta untuk bawa balik negara mereka, sedangkan kita take for granted dengan tempat kita sendiri.

Reply

5 Mas February 18, 2014 at 1:19 pm

Ye…kekayaan ialah sebanyak mana duit kita simpan, bukan sebesar mana pendapatan kita…

Masih berusaha untuk mencapai financial freedom :)

Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 8:50 am

It’s ok Pn. Mas. InsyaAllah.

Reply

7 Omar February 19, 2014 at 10:49 am

Salam, kadang-kadang ada baiknya kita simpan sebahagian dana kecemasan yang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM. Sebagai contoh ketika berlaku kematian ahli keluarga. Kos menguruskan jenazah serta sewa van memerlukan wang tunai dengan segera tanpa perlu menunggu kaunter beroperasi serta menunggu giliran. Wallahu a’lam.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2014 at 12:42 pm

Wslm En. Omar,

Betul tu. Saya setuju. Duit untuk daily use tu memang perlu ready untuk dikeluarkan bila-bila. Duit macam tu memang saya simpan sekitar setengah bulan atau 1 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu duit lain.

Reply

9 Ayu February 19, 2014 at 11:23 pm

Ya, benar sekali .. orang bangla, Indonesia lebih dasyat duit simpanan dari Orang Malaysia. Saya berjiran dengan bukan warganegara Malaysia. Mereka lebih banyak cash dari hutang berbanding kita ( majoriti org Malaysia tapi tak semua ) kerana kita kurang ilmu pendidikan kewangan yang baik & kurang disiplin dalam menyimpan @ nafsu berbelanja sukar dikawal. Hatta orang bergaji puluhan ribu pun bila di tarik nikmat pekerjaan @ nikmat kesihatan akan terduduk kerana simpanan kecemasan sedikit berbanding hutang yang perlu berbayar setiap bulan. Encik Zulkifli semoga Allah memberikan ilham menulis entry yang baik dalam memberi pendidikan kewangan pada pembaca.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 8:51 am

Terima kasih Pn. Ayu atas doa tersebut. Moga Allah merahmati puan sekeluarga. Amiin.

Reply

11 MD.GHAZALI BIN HARUN February 21, 2014 at 12:38 pm

Pandangan ikhlas , seandainya kita istiqamah dengan simpanan 10% daripada pendapatan bulanan, kemudian dilaburkan, Insya Allah kita akan merasai ketenangan dan dapat melakukan kebajikan kepada orang lain.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 8:34 am

Betul, saya setuju pandangan En. Ghazali.

Reply

13 mady February 22, 2014 at 9:52 am

Salam encik,
Drdp kselurahn pndptn kita,brapa % maksimum hutang yg blh kita buat? Sbb pndptn sy brubah2….slalu ot dan dpt bonus,sy ne kira glngn pertenghan…incme tax kena dlm 7-8K sthn.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 4:10 pm

Wslm En Mady,

Tak ada peratusan tertentu. Hutang cuma pada perkara yang benar-benar perlu je kecuali hutang baik yang membuatkan kita lebih kaya.

Reply

15 arl arlyana February 22, 2014 at 2:42 pm

Assalam En.Zul..byk yg saya belajar dari artikel yg ada dlm blog ni..mohon share yer untuk info dan ilmu bersama…tq.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie February 22, 2014 at 3:59 pm

Wslm. Silakan puan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

17 cheksue February 22, 2014 at 8:42 pm

sy tertarik n amat bminat ni blog!terbaiklah~

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie February 23, 2014 at 7:31 am

Alhamdulillah. Tq berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

19 mohd romzi February 23, 2014 at 12:54 pm

Perkongsian yang baik dari Tuan Mohd Zulkifli.
Insya Allah di beri kekuatan untuk mengamalkannya

Reply

20 Cik Zam February 24, 2014 at 1:24 pm

Alhamdulillah…. saya suka baca blog saudara ni… wpun sy masih belum mampu nak buat semua sebagaimana yg saudara anjurkan… tp… Alhamdulillah… sedikit sbyak tu terbuka juga hati dan minda mngenai pengurusan keewaangan…skrg sy dah mula myimpan dinar wpun sdikit… izinkan saya menimba ilmu dari blog saudara ni… semoga Allah membalas segala jasa baik dan ilmu yg saudara kongsikn…. mudah2an bertambah keberkatan dan rzki dr Allah buat saudara dan keluarga.. dan juga buat kita semua…. Aamiin….

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2014 at 10:45 pm

Alhamdulillah Cik Zam. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat. Terim kasih juga atas doa tersebut. Moga Allah merahmati Cik Zam sekeluarga juga. Amiin ya Allah.

Reply

22 za February 25, 2014 at 12:00 pm

Assalamualikum…En. Zul saya memang tertarik denagn apa yang di share. Disini saya cuma ingin dapatkan pandangan En. Zul bagaimana untuk saya kumpul dana kecemasan dan simpanan. Saya xbergaji besar tp tiap2 bulan kena hantar duit kat kmpung untuk mak ayah yg xbekerja kerana faktor kesihatan. Yang menjadi masalahnya hanya saya dengan kakak yg sorang lg je menyara keperluan ibu bapa sedangkan anak2 lelaki langsung tidak menolong dan bergantung hidup plk dgn ibu bapa. Adik beradik lelaki xmau bekerja dan asyik menyusahkan ibu bapa. Kami yang perempuan sampai xada duit simpanan langsung habis hantar ke kampung sedangkan saya sendiri pun perlu mambayar sewa rumah, duit kereta, duit tadika anak dan lain2 perpelanjaan. Setiap kali ada duit lebih untuk disimpan mesti ada je masalah dikampung yang memerlukan saya menghantar duit.

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2014 at 8:44 am

Wslm Pn. Za,

Ibubapa tu tanggungjawab kita. Buat apa terbaik masa mereka hidup, Allah akan gandakan rezeki puan sekeluarga. Minta ibubapa doakan kejayaan dan limpahan rezeki untuk Pn. Za sebab doakan mereka kepada anak-anak adalah mustajab. Jadikan ibubapa sebagai “sebab” untuk berjaya, bukan “alasan” untuk gagal. Kejayaan kita akan lebih bermakna sebab mereka masih ada di sisi kita.

Kalau rasa sempit, kena banyak doa dengan Allah, solat hajat, solat dhuha, dan buktikan kepada Allah dengan usaha yang gigih. InsyaAllah, rezeki kita dan keluarga memang Allah dah jamin.

Wallahu a’lam.

Reply

24 Syuhada August 16, 2014 at 4:56 am

Artikel yg dikeluarkan sgt2 menarik (not only this article, but the whole of articles in ur blog).. Saya 23 tahun, sedang buat Master.. Masa master ni la sy baru belajar untuk uruskan kewangan dgn betul.. Bila baca artikel kt dlm blog ni.. Allah, rugi nya duit biasiswa msa degree dlu.. Banyak habiskan untuk enjoy (wayang, baju, gadjet & lain2).. Alhamdulillah, sy ikut tips yg diberikan di sini.. Saya dapat simpan dana kritikal untuk 1 tahun.. Apabila terpaksa extend pengajian (sb thesis x siap), my mind at peace.. Alhamdulillah, da x rasa beban kewangan dan x susah kan fmily.. Tapi kawan pulak yg nk berhutang ngn kita.. Hehe

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie August 17, 2014 at 6:59 am

Wslm Pn. Syuhada.

Alhamdulillah. Saya gembira dengar peningkatan puan dari sudut kesedaran kewangan. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

26 Hamizi Mohd Taib February 25, 2014 at 2:07 pm

salam En Zul, sy amat tertarik dgn cara pikir en.ade sedikit menentang arus dr masyarakat kita di luar punya cara fikir which is good..sy maksudkan ur whole entries,,,bukan specific yg ni shj..

n sy jugak jd berminat dgn pelaburan emas…baru2 ni shj terpikir.

hamizi

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2014 at 8:40 am

Wslm En. Hamizi,

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Tentang pelaburan emas, En. Hamizi boleh go thru artikel-artikel pelaburang emas yang saya tulis dalam blog ni. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh terus tinggalkan comments atau contact saya 019-336 8009 (call, sms, wassap). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

28 Hamizi Mohd Taib February 26, 2014 at 1:58 pm

Okey..dah banyak yg saya baca ttg artikel2 tersebut..banyak manfaat..

okey..sedikit masa lagi Insyallah saya cari en Zul.

terim kasih

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2014 at 2:11 pm

Ok En. Hamizi. Alhamdulillah..

Reply

30 isma February 25, 2014 at 5:18 pm

salam En. Zul semalam saya baru beli emas dari serambi emas berbentuk gelang gajah.sejumlah 600gm..dan pajakkan ke arrahnu ..saya terlepas pandang blog En Zul.dan saya dah print segala info dlm blog ni untuk saya study investment saya ini adakah menguntungkan..sebagaimana yg En Zul telah nyatakan mengenai pajakan arrahnu ini…saya mula takut..kalau2 harga emas mendatar nti ..soalan saya
1. Perlukah saya membeli emas saya kembali dari arrahnu utk kurangkan upah simpanan saya atau tunggu 1-2 bulan baru beli (insyallah saya ada simpanan ASB utk membeli kembali emas yg sudah dicagar itu) dan simpan ddalam safe box.dbank(sebab kurang upah simpanannya)
2. saya juga ada mengumpul saham2 (penny stock) dan mendapat sedikit keuntungan dan merasakan ingin mencuba membeli emas dan menyimpan untuk tempoh 3-5 tahun tapi dengan upah simpanan arrahnu rasa nya tipis keuntungan yg akan dpt.
Saya berharap sgt2 mendapat info dan ilmu serta tunjuk ajar dr En Zul moga allah merahmati En Zul dan keluarga kerana info yg En Zul share dalam blog ini amat berharga skali..Terima kasih

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2014 at 8:38 am

Wslm En. Isma,

1. Tebus emas tu lebih baik. Kos pajakan tu sangat merugikan. Lebih kurang 14% kosnya setahun. Kalau buat pelaburan pun, bukan senang nak dapat keuntungan sampai 14% tapi itulah kos yang kita perlu bayar kalau main ar-rahnu macam tu.

2. Pelaburan emas sebenar macam beli barang kemas di kedai emas jer sebenarnya. Beli emas, dapat emas. Bukan sekadar dapat resit, apatah lagi dapat surat pajak. Emas tu sepatutnya kita simpan sendiri. Keuntungan hanya kalau jual bila harga emas naik. Itu jer asasnya.

Kalau beli emas untuk simpanan, buat masa ni emas Public Gold yang terbaik. Saya pernah terangkan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/09/kenapa-saya-pilih-emas-public-gold.html .

Wallahu a’lam.

Reply

32 Faqir February 26, 2014 at 5:28 pm

Assalam
semoga isma dalam keadaan yang baik.

apa yang isma lakukan memang sangat berisiko ketika ini, ilmu berkenaan Arrahnu perlu dihadam sebaik mungkin kerana ianya hanya tempat untuk simpanan sementara. jangan jadikan arrahnu tempat simpan emas seperti safe deposit box.
untuk dapatkan keuntungan dalam emas ni hanya dengan jual beli sahaja, tak ada cara lain.

disamping harga yang dijual kepada isma belum tentu harga yang berpatutan, jika barang kemas 999 hanya sekitar 145 segram sahaja ketika ini. apatah lagi jika agen tersebut meminta arrahnu untuk beri pinjaman penuh (65% agrobank, 70% bankrakyat)

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2014 at 6:49 pm

Terima kasih tuan atas pandangan.

Reply

34 isma February 26, 2014 at 10:44 pm

Terima kasih saudara Faqir..saya ditawarkan 159.25 segram emas 999 itu yg ditawarkan oleh arrahnu kata nya harga pasaran hari tu.. saya akui tersilap langkah dan akan cuba betulkan keadaan balik dgn menebus kembali brg2 emas saya dlm masa sebulan..dan simpan dlm safe box..pelaburan saya adalah dlm jangka masa panjang..mungkin utk hari tua..tak ada niat utk menjual …cuba nak membeli dan simpan saja..Terima kasih juga pada En Zul kerana membuat saya tenang seketika skarang sebab dah tahu jalan penyelesaian nya..terima kasih sekali lagi..

Reply

35 Anas Al-Khattab March 17, 2014 at 11:52 am

Assalamualaikum En.Zul..
Saya nak tau insurans apa yang paling bagus dan sesuai untuk perlindungan nyawa, kesihatan & kenderaan?saya takde ilmu langsung tentang insurans atau takaful. Saya dan isteri masing2 berumur 27 tahun dan takde anak lagi setakat ini..Mohon pencerahan dari tuan..Terima kasih

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2014 at 8:35 pm

Wslm En. Anas,

Bagi saya mana-mana syarikat takaful pun ok. Asalkan takaful. Masa umur muda ni kena ambil cepat-cepat sebab kos lebih murah berbanding umur 30an. Antara yang paling penting bagi saya ialah cover penyakit kritikal.

Reply

37 Anida Mohd Sari December 15, 2014 at 11:31 am

Assalamualaikum En Zulkifli,

Saya suka baca entry2 encik zul. Boleh sy share entry2 encik d fb, instagram dan lain2 laman sosial ?

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie December 15, 2014 at 5:42 pm

Wslm,

Silakan Pn Anida. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

39 Nadiah March 7, 2016 at 8:48 am

Assalamualaikum ustaz.

Mohon pendapat ustaz. Saya baru start menyimpan utk dana kecemasan 3 bulan. sekarang pulak saya berdepan masalah kewangan sebab suami diberhentikan kerja dan saya kena tanggung semua belanja. memang x mampu sampai terpaksa cut simpanan utk ank2. sekarang ni saya mendaftar sebagai ahli urusinsan sbb nak sangat dapat nasihat kewangan daripa tuan zaidi ismail dan structure kewangan saya cuma x bayar yuran keahlian je lagi. due date sehingga hujung bulan ni. saya masih berkira-kira samada keluarkan duit simpanan kecemasan tu utk bayar yuran keahlian atau lepaskan peluang sebagai ahli urusinsan.. :(

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2016 at 11:19 am

Wslm Pn. Nadiah,

Kalau tak mampu bayar yuran keahlian, boleh bayar yuran satu sessi berjumpa dengan Tuan Zaidi. Tak silap saya dalam RM200 jer satu sessi. Kena datang suami isteri.

Reply

41 Nadiah March 8, 2016 at 10:30 am

terima kasih ustaz.

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2016 at 10:42 am

Sama-sama puan.

Reply

43 ezam May 19, 2016 at 3:24 pm

Assalamualaikum.

Katakan lah saya menyimpan di ASB,utk tujuan deposit beli rumah. Jadi, adakah simpanan kecemasan boleh disimpan di ASB juga?

Terima kasih

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie May 19, 2016 at 7:22 pm

Wslm En. Ezam,

Boleh, tak ada masalah.

Reply

Leave a Comment

{ 10 trackbacks }

Previous post:

Next post: