Emas Menutup Kebocoran Wang

by on May 31, 2016

Post image for Emas Menutup Kebocoran Wang

Orang lain mungkin berbeza, tetapi pengalaman saya, duit yang terbiar dalam akaun tak boleh bertahan lama. Ada-ada sahaja nak dibelanjakan. Tak kisah samada ia disimpan dalam akaun Tabung Haji, apatah lagi disimpan dalam akaun bank biasa. Jadi kalau trend begini berterusan, kekayaan kita makin lama makin susut. Simpan, simpan, habis. Simpan, simpan, habis…

Tapi berbeza kalau simpannya dalam bentuk emas. Ia susah bocor sebab kita terpaksa ambil TEMPOH BERTENANG (kena jual atau pajak terlebih dahulu) sebelum berbelanja. Jadi kita tak akan sesekali jual emas tanpa tujuan yang sangat penting.

Pentingnya Tempoh Bertenang

Pendek kata, emas tu tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim yang masih elok. Tapi kalau duit dalam akaun bank, kita biasanya tak fikir panjang… Tarik sedikit demi sedikit, lama-lama habis. Ia akan melambatkan kita untuk jadi lebih kaya.

Saya fikir, emas-emas tu hanya akan dijual bila, (1) ada hal kecemasan (bila duit simpanan kecemasan pun dah habis), atau (2) ada peluang lain yang menguntungkan seperti dijadikan modal pusingan bisnes, atau (3) telah mencapai matlamat simpanan seperti anak nak masuk universiti, atau nak digunakan untuk haji.

Dari sudut simpanan, saya hanya simpan duit tunai di bank sebanyak tiga (3) bulan pendapatan sahaja sebagai “Dana Kecemasan”. Selebihnya saya simpan dalam bentuk emas dengan jumlah minimum sembilan (9) bulan pendapatan. Bagi saya, emas juga adalah duit tunai juga, tetapi dalam bentuk yang berbeza. Bila-bila nak gunakan duit, kita boleh jual atau pajak sahaja emas itu dan dapat duit ‘on the spot’.

emas sebagai dana kecemasanEmas boleh jadi ‘ubat’ bagi sesiapa yang ada masalah kebocoran wang simpanan.

Savers Are Losers!

Bila simpanan “TUNAI + EMAS” saya cukup 12 bulan pendapatan (gaji kasar), selebihnya saya akan pertimbangkan untuk pelaburan selamat yang lain seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan sewaan yang berbaloi.

Maksudnya, saya tak simpan duit yang banyak di bank. Selain godaan yang kuat untuk berbelanja, duit itu juga makin lama makin susut di makan inflasi. Bak kata Robert T. Kiyosaki, “savers are losers”!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
31 Mei 2016
24 Syaaban 1437H

[Kredit foto : killadj]

{ 12 comments… read them below or add one }

1 safari May 31, 2016 at 7:40 am

Tuan,
Mohon artikel betulkan apa yang orang Melayu fikir pelaburan tetapi sebenarnya berhutang loan ASB. Ramai yang tak faham benda ni. Terima kasih.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 31, 2016 at 6:31 pm

Terima kasih atas cadangan Pn. Safari.

Reply

3 Rashid June 15, 2016 at 8:34 pm

Salam en zul..boleh terangkan lebih tentang loan asb..berfaedah atau sebaliknya..terima kasih

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 19, 2016 at 10:55 am

Wslm En. Rashid.

Saya tak berapa expert tentang loan ASB. Cuma saya memang tak invest dalam ASB. Saya prefer letak duit dalam Tabung Haji sahaja.

Reply

5 azrinros May 31, 2016 at 2:37 pm

Salah satu cara matikan duit tidak dibelanjakan tukar kepada emas.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie May 31, 2016 at 6:33 pm

Terima kasih En. Azrinros.

Reply

7 Mohd Fazry June 1, 2016 at 1:07 am

Mohon untuk share tuan.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 1, 2016 at 8:14 pm

Silakan En. Fazry.

Reply

9 Che Kamsani Taib June 1, 2016 at 3:17 pm

Tuan,
Mohon cadangan/advice. Saya ada rumah sewa. Saya ingat nak jual rumah tue untuk beli emas dan juga beli tanah. Adakah betul tindakan yang saya akan buat ini?

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie June 1, 2016 at 8:14 pm

Salam En. Che Kamsani,

Saya tak pasti keputusan tu tepat atau tak. Ia bergantung kepada matlmat kewangan En. Kamsani sendiri.

Berbanding rumah sewa, emas tak ada pendapatan bulanan, begitu juga dengan tanah.

Reply

11 khirudin amdan June 2, 2016 at 10:46 am

assalam tuan,
saya ada membeli gold bar Public Gold dari kawan beberapa tahun lalu, dan saya ingin menambah nya, tp kali ini saya fikir saya perlu menjadi ahli berdaftar dengan public gold, kalau tuan boleh membantu saya, bagaimana ?

terima kasih

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie June 3, 2016 at 3:51 pm

Wslm En. Khirudin,

InsyaAllah saya boleh guide.

En. Khirudin wassap saya 019-336 8009. Nanti saya syorkan kaedah terbaik sesuai dengan En. Khirudin.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: