MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Kaya Fokus Tambah Harta, Bukan Sekadar Kenaikan Gaji

August 16, 2017

[Kemaskini September 2023]

Orang kaya fokus KUMPUL HARTA (net worth), sedangkan orang kebanyakkan hanya fokus pada kenaikan PENDAPATAN.

Orang kaya sentiasa ambil kira berapa banyak harta yang sudah dia kumpul, tapi orang kebanyakkan tak kisah pun tentang jumlah harta. Yang dia cuma kisah jumlah gaji yang dia terima setiap bulan.

Dia fikir, lagi besar gaji yang dia terima, maka dia bertambah kaya.

Dia lupa, gaji lebih besar sahaja tak bermakna dia bertambah kaya. 

Kalau gaji besar, tapi perbelanjaan juga besar, maka dia tidak bertambah kaya. Penat dia keluar pagi balik petang setiap hari, tapi hakikatnya dia sedang berlari di tempat yang sama!

Kerja bertahun-tahun, tapi tak kaya-kaya.

Itu antara tip penting yang saya baca dalam buku "Secrets of The Millionaire Mind".

Fokus Kumpul Harta

Kalau nak kaya, kita kena fokus kumpul dan kembangkan harta.

Bila fokus kumpul harta, maka kita akan tahu, duit gaji yang kita terima setiap bulan mesti disimpan sebahagiannya.

Apa yang kita simpan, itulah yang membuatkan kita bertambah kaya. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain bertambah kaya.

Jadi kalau nak kaya, pastikan setiap bulan kena menyimpan.

Bagi yang sudah berkeluarga, paksa diri menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan. Bagi  yang masih bujang, paksa diri menyimpan sekurang-kurangnya 30% daripada gaji setiap bulan.

Paksa diri menyimpan dulu. Selebihnya barulah dibelanjakan.

Kesilapan Kebanyakkan Orang

Kesilapan kebanyakkan orang, dia tak fokus kumpul harta. Dia tak paksa diri menyimpan setiap bulan.

Bila dapat gaji, dia belanjakan kesemuanya. Dia fikir bulan depan dapat dapat gaji lagi.

Bila dapat kenaikan gaji, dia tambah lagi komitmen hutang. Tukar kereta baharu, buat personal loan, beli rumah yang lebih bear (untuk duduk sendiri) dulu. Dia tak fokus tambahkan harta.

Walaupun gaji dia makin besar pun, jumlah harta dia tetap tak bertambah. Yang bertambah hanyalah hutang.

Kalau apa-apa terjadi, dia akan hilang segala-galanya!

Makin Banyak Masalah Kewangan

Jadi itulah sebab kenapa makin lama bekerja, kekayaan tak bertambah sebaliknya makin banyak masalah kewangan.

Masalah kewangan sebenar tak berlaku kepada mereka yang baru mula bekerja. Mereka cuma duit gaji tak cukup untuk hidup lebih selasa. Tapi bila sudah lama bekerja, makin banyak masalah kewangan.

Puncanya sebab makin besar gaji yang dia dapat, makin besar hutang yang dia buat.

Kalau dia ada ilmu, tempoh 10 - 15 tahun bekerja sebenarnya jangka waktu yang cukup selesa untuk bina kekayaan RM1 juta pertama.

Untuk kembali ke landasan yang betul (untuk kaya), mulakan dengan meletakkan matlamat baru; nak kumpul harta (net worth) yang cukup.

Sekurang-kurangnya ada harta yang cukup untuk dapat pendapatan pasif tanpa perlu lagi bekerja - financial freedom!

Kumpul Sampai Cukup Pendapatan Pasif

Bagi siapa nak pendapatan pasif RM5,000 sebulan, dia kena ada harta bersih bernilai RM1.2 juta.

Harta bersih (net worth) maksudnya;

JUMLAH HARTA - JUMLAH HUTANG = HARTA BERSIH

Harta itu mestilah dilaburkan dalam instrumen kewangan yang boleh menjana pendapatan pasif macam ASB, Tabung Haji atau hartanah dengan anggaran keuntungan sekurang-kurangnya 5% setahun.

Bila ada matlamat RM1.2 juta, automatik kita akan fikir, sebahagian duit gaji mesti kena simpan setiap bulan. Minimum 10% daripada gaji.

Lagi baik, 30% dari gaji. Bahkan lagi ekstrem, ada yang simpan sampai 50% dari duit gaji! Lagi banyak duit yang disimpan, lagi cepatlah capai matlamat RM1.2 juta itu, insyaAllah.

Mulakan Langkah Kecil

Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan target yang kecil. Saya meletakkan target begini;

  1. Paksa diri simpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji setiap bulan.
  2. Jumlah simpanan 3 bulan gaji (simpan di Tabung Haji atau ASB).
  3. Tutup segala hutang-hutang negatif (yang membuatkan kita bertambah miskin).
  4. Jumlah simpanan 6 - 12 bulan gaji (dalam bentuk emas).
  5. Bila ada lebihan daripada simpanan 6 - 12 bulan gaji, beli rumah-rumah pelaburan untuk kembangkan jumlah harta hingga RM1.2 juta.

Selagi belum ada simpanan berjumlah 6 bulan gaji, sepatutnya kita tak sibuk lagi dengan apa-apa pelaburan sekalipun. Fokus simpan sahaja dulu. Jangan sibuk nak melabur selagi belum ada "duit lebihan".

Tempat Terbaik Untuk Melabur

Bila menyimpan, kekayaan kita confirm makin bertambah.

Bila melabur, rugi dalam tangan tapi untung belum tentu. Jangan sesekali melabur dengan yang kita tak sanggup rugi 100%!

Jadi sebelum melabur, cukupkan dulu simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji.

Alasannya, kalau pelaburan kita tak menguntungkan, sekurang-kurangnya kita tak terdesak untuk cairkan pelaburan tersebut sebab kita sudah ada duit lain kalau ada hal-hal kecemasan.

Persoalannya, apakah perlaburan terbaik?

Jawapannya, pelaburan terbaik ialah pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya. Sejauh mana kita dapat jana keuntungan dalam sesuatu pelaburan, ia bergantung sejauh mana ilmu kita tentangnya.

Nasihat Percuma Adalah Berbahaya

Jangan sesekali melabur di tempat yang kita tak tahu hujung pangkalnya.

Kesilapan banyak orang, dia harapkan orang lain tolong laburkan untuk dia; harapkan broker saham, harapkan ejen unit trust, harapkan ejen emas, harapkan forex trader dan harapkan ejen produk pelaburan.

Harapkan 100% tanpa dia sendiri tahu hujung pangkal pelaburan tersebut.

Sedangkan semua ejen-ejen kewangan tersebut cuma nakkan komisyen jualan atas produk pelaburan tu sendiri. Jarang sekali jumpa ejen yang fikir untungkan kita sebagai pelabur.

Mereka fikir nak jual lebih banyak sebab mereka dibayar komisyen lebih banyak!

Kalau kita harapkan ejen yang tolong buat untung untuk kita, itu kesilapan yang besar!

Menurut Robert T. Kiyosaki, antara punca kebocoran kewangan kita ialah sebab terlalu percaya kepada ejen-ejen produk kewangan.

Dalam buku tulisan beliau, beliau istilahkan sebagai “broker”. Datang dari perkataan asal ialah “broke” (pokai)!

Kita Adalah Pomen Kewangan Sendiri

Jadi bila nak bina kekayaan, kita mesti ambil tanggungjawab sepenuhnya. Jangan harapkan orang lain.

Kita perlu bantuan ejen-ejen produk kewangan untuk dapatkan info yang cukup tentang sesuatu pelaburan, tapi akhirnya kita perlu buat keputusan sendiri mengikut matlamat kewangan kita sendiri.

Kalau kereta rosak, kita boleh hantar ke workshop untuk mekanik tolong repairkan untuk kita.

Tapi dalam bab kewangan, tiada sesiapa boleh tolong repairkan melainkan kita kena belajar dan repair sendiri.

Maka semuanya berbalik kepada ilmu.

Letak target kumpul kekayaan berjumlah RM1.2 juta. Seterusnya pergi cari ilmu bagaimana nak capai RM1.2 juta tersebut dengan lebih cepat dan selamat.

Baca buku, datang seminar dan berkawanlah dengan mereka yang ada misi yang sama. Saya percaya, cepat atau lambat, kita semua akan mencapainya... InsyaAllah...

Zulkifli
Damansara Damai
13 Ogos 2017
21 Zulkaedah 1438H

Berbezaan ketara orang biasa dengan orang kaya ialah cara mereka berfikir dan melihat sesuatu. Buku "Secrets of The Millionaire Mind" ini membongkar rahsia cara orang kaya berfikir.

“Tanda semakin kaya; bila gaji bertambah, jumlah tabungan dan harta pun bertambah, bukan hutang. Kalau yang bertambah hanyalah hutang, itu petanda semakin miskin atau sedang berlari di tempat yang sama. Beban kerja makin berat, tapi penatnya tak pernah habis.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Januari 2024

“Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji, tapi berapa banyak simpanan. Gaji besar tapi tak ada simpanan, sama macam yang gaji kecil tak ada simpanan. Masing-masing sedang penat berlari di tempat yang sama.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 Januari 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Duit simpanan tuan mesti dah cecah 1.2 juta kan… ? Yelah sekarang dah tahun 2017.. dan saya mula ikut blog tuan sejak tahun 2008

    • RM1.2 juta tu mestilah dalam bentuk aset yang menjana pendapatan, e.g. Tabung Haji, ASB, Hartanah dsb. Emas tak termasuk. Kalau RM1.2 juta dalam bentuk wang simpanan, saya rasa agak berisiko dari sudut ketidaktentuan ekonomi dan politik. Aset macam hartanah tu lebih selamat dari sudut nilai jangka panjang.

      Tapi nak bagi newbie senang faham, saya selalu cakap duit simpanan je dulu. Bila mereka dah belajar, mereka lebih tahu di mana sepatutnya mereka letak duit simpanan tu.

  • Saya dah lama mengikuti tuan..
    Semakin lama semakin saya rasa tidak tahu..
    Semoga Allah berikan kebaikan kepada tuan.

  • Assalamualaikum Encik Zul,

    KIta adalah POMEN kewangan kita sendiri .

    nak jadi POMEN bukan senang. kena ada ilmu .
    nak ada ilmu memang betul kena bergaul dengan mereka yang ada ilmu ke arah itu.

    Mohon terus melatih kami.

    Terima kasih Encik Zul .

  • Baru 2 hari lepas saya baca tentang pemilik syarikat hartanah terkenal yang dikejar oleh LHDN. LHDN sita akaun simpanan tetap dengan bank luar sebanyak RM150 juta. Jika dicongak 3.5% pendapatan daripada simpanan tetap ini, dalam setahun dia goyang kaki je dah dapat RM5.25 juta! Sebulan RM437,500. Itulah cara orang kaya manipulate harta mereka dan mampu nak melancong, beli kereta mewah, makan di hotel2 mewah, kahwinkan anak secara besar-besaran dan sebagainya. Yang orang kita ni pelak harta ke mana, duit ke mana, hutang je lebih nak hidup macam diorang. sebab itulah yang kaya bertambah kaya kerana mereka ada ilmu, strategi.

  • Dalam bab menyimpan harta ni, simpanan baik dalam tabung haji,asb, hartanah, dan mineral (emas, perak,etc). Cuma share skit, desebabkan harga emas sudah volatile, jadi daripada emas tersebut saya jual lebih daripada separuh untuk pasaran saham.

    Pasaran saham pulak kena la ada ilmu skit. Kalau tidak memang banyak rugi, sya 2 bulan pertama mmg bnyk rugi pasal tak berapa mahir lagi, 4-5 bulan baru cover rugi dan ada lah untung skit. Ubah teknik kepada investing. Pasal short term trader mmg risiko tinggi, tapi itulah yg orang Melayu suka pilih, itulah boleh cepat kaya (kalau luck dia tinggi, tapi biasanya sekali sekala je luck tinggi). Investment, cari company uptrend, risiko rendah dan untung yg progresive. ya betul, kena buat sendiri semua ni, mana boleh nak suruh orang dalam pelaburan.

    Itulah serba sikit perkongsian pasal pasaran saham bursa malaysia ke, nasdaq ke dow jones ke, hangseng ke, smua kena ada ilmu dan buat sendiri.

  • tak sangka en zul dengan sibuk urusan seminar dan bisnes tapi masih dapat menghabiskan satu buku motivasi lagi tu…hebat sungguh pengurusan masa en zul..berbeza dengan kita orang yg makan gaji ni…kluar kje pagi dan hampir magrib baru smpai rumah dan malam mmg terlalu letih utk membaca wlau sehelai mukasurat buku..huhu

  • Assalamualaikum wbt.
    Saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar datuk dimurahkan rezeki.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >