MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hargailah Apa Yang Sudah Kita Miliki

October 11, 2017

Dulu masa nak mula explore kerja-kerja video editing, Macbook Air dan iMac saya yang sedia ada tak cukup capacity untuk buat kerja-kerja tu. Bila guna software iMovie, asyik hang jer. Bila nak upload video yang pendek pun, makan masa panjang. Kekadang sampai 4 jam baru siap upload untuk video yang tak sampai pun setengah jam. Jadi saya rasa tak bersemangat buat kerja-kerja video editing untuk hasilkan video education tentang emas dan kewangan.

Maka, saya pun belilah Macbook Pro baru. Bukan calang-calang spesifikasi, tapi beli highest spec, iaitu Macbook Pro 15”, menggunakan processor i7 dengan 16 GB RAM. Harganya nak cecah RM10,000! Memang excited masa kali pertama dapat guna. Kerja-kerja video editing pun lebih cepat. Screen pun cantik sebab beli yang “retina display”.

Cuma cabaran hanyalah satu, iaitu Macbook Pro 15” ni agak berat untuk dibawa bagi yang banyak travel macam saya, iaitu sekitar 2 kilogram! Ditambah lagi dengan charger-nya yang agak besar, saya rasa sekitar 0.3 kilogram, jadi berat laptop yang saya bawa sahaja dah 2.3 kilogram. Boleh tahan beratnya…

Spesifikasi Terbaik, Cuma Agak Berat

Kalau nak bawa masuk kabin flight, berat maksimum cuma 7 kilogram. Maka tinggal lagi 4.7 kilogram sahaja untuk masukkan barang-barang saya yang lain, termasuk buku yang boleh tahan juga beratnya. Jadi beberapa bulan saya tak guna Macbook Pro 15”. Tinggal di rumah je dan fikiran saya asyik fikir nak beli yang baru (lebih ringan).

Target saya, nak beli Macbook Pro 13” terbaru yang beratnya hanya sekitar 1.4 kilogram sahaja. Saya jimat 1 kilogram. Tapi dengan spesifikasi yang saya mahu, saya perlu keluarkan duit sekitar RM14,000! Aduh… Kena berbelanja besar lagi walaupun Macbook sedia ada masih baik.

Lama juga saya ´muhasabah´ diri… Bila fikir masak-masak; Macbook sedia ada masih baik, kenapa nak beli yang baru? Masalah nak bawa ke sana ke mari sebab berat? Alahai, beza cuma 1 kilogram jer pun. Anggaplah itu sebagai exercise! Saya pujuk diri sendiri untuk pakai jer Macbook sedia ada. Dan akhirnya, saya ´insaf´… Saya buat keputusan untuk gunakan jer Macbook yang ada tu. Tak perlu beli baru. Kenapa saya tak ´bersyukur´ dan menghargai dengan apa yang dah saya ada (miliki)? Bukankah Macbook sedia ada tu spesifikasinya dah cukup bagus?

Didik Diri Hargai Apa Yang Ada

Cuma timbul pula satu perkara yang saya fikir, iaitu risiko Macbook tu terjatuh dan rosak kalau selalu bawa travel sebab Macbook tu agak berat. Maka saya cari jalan untuk pastikan ia shock proof, iaitu beli cover yang tahan lasak. Pendek kata, kalau terjatuh pun, tak mudah rosak, insyaAllah.

Lepas buat carian di Google dan Youtube, akhirnya saya buat keputusan, beli cover jenama UAG (Urban Armor Gear) daripada US. Harganya RM340. Tak apa mahal sikit pun, asalkan Macbook saya (yang lebih mahal tu) protected. Saya beli secara online terus dari pengeluar di US, alhamdulillah selamat sampai ke rumah saya lepas 2 minggu. Maka sejak dari itu, saya dah tak fikir lagi untuk beli Macbook baru. Didik diri supaya bersyukur dengan apa yang saya ada, dan bersabar dengan apa yang belum ada. Dan keluarkan duit sikit RM340 untuk dapat cover baru, saya jimat RM14,000 berbanding beli yang baru!

macbook pro 15 uag coverMacbook Pro 15″ dengan UAG Cover supaya protected kalau terjatuh. Ini alat yang akan saya gunakan untuk sampaikan ilmu emas dan kewangan melalui klip-klip video yang akan saya keluarkan, insyaAllah. Sebahagian klip pilot project saya boleh ikuti di Channel Youtube www.youtube.com/ibnushafie .

Dari pengalaman ini, saya sedar;

(1) Kita tak pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada. Hakikatnya, bukan benar-benar tak cukup, tapi nafsu kita untuk berbelanja itu yang besar. Walaupun apa yang kita miliki sebenarnya dah cukup bagus, tapi nafsu kita sentiasa kejar apa yang kita belum ada. Kita fikir, apa yang belum ada itu akan `sempurnakan´ hidup kita sedangkan yang paling sempurna ialah menghargai apa yang kita ada.

(2) Bila rasa berduit, kita akan fikir nak berbelanja. Pengalaman saya, salah satu faktor yang menggoda untuk berbelanja lebih, sebab kita tahu kita ada duit (dalam akaun). Perkara pertama yang selalu fikir bila ada duit ialah macam mana nak dibelanjakan duit itu. Seronoknya ada duit ialah bila dibelanjakan, bukan bila disimpan. Sebab tu kalau nak pastikan duit simpanan bertahan lama, tukarkan kepada bentuk aset yang tiada nombor seperti emas, perak, tanah atau hartanah. Bila nombor-nombor tu hilang, kita rasa tak berduit dan automatik kita tak terfikir untuk berbelanja, walaupun hakikatnya kita sebenarnya berduit. Dalam kes saya ini, saya tahu, saya ada duit RM14,000 dalam akaun kalau nak beli Macbook yang baru! At least duit Dana Kecemasan yang saya simpan berjumlah 3 bulan pendapatan.

Belajar Menghargai Apa Yang Ada

Apa yang boleh belajar dari pengalaman saya ni; hargailah apa yang sudah kita miliki. Manfaatkan sebaik-baiknya atas apa yang Allah sudah rezekikan kepada kita. Contohnya pakai kereta lama yang masih berfungsi dengan baik. Kekadang kita teringin nak tukar baru sebab kereta lama tu tak dijaga dengan baik.

Basuh kereta tu selalu, pastikan bahagian luar dalam sentiasa bersih dan wangi. Tayar kereta tu pastikan berkilat. 3 – 4 tahun sekali pergi hantar spray body supaya cat sentiasa baru. Jaga maintenance dengan baik. Walaupun kereta dah berusia 20 tahun (macam kereta saya) pun, kita masih sayang dan tak teringin nak tukar baru, insyaAllah.

Sama juga dengan handphone. Handphone yang ada tu jaga baik-baik. Tempered glass yang pecah tu tukar baru. Atau cover yang dah buruk tu pun tukar baru juga. Harganya murah jer. Asalkan ia masih berfungsi dengan baik dan kondisi pun masih baik, insyaAllah kita malas fikir untuk tukar baru. Kita akan rasa `cukup´dengan apa yang ada, insyaAllah.

keinginan untuk tukar baruIni pesanan saya kepada seorang mentee saya supaya jaga baik-baik kereta dia semasa saya ke rumah beliau di Tawau, Sabah sempena sampaikan Seminar Simpan Emas di sana. Beliau ambil perhatian serius atas nasihat saya tersebut.

Orang Korea Excited Bercuti di Malaysia

Sama juga dengan melancong. Orang kita beriya-iya nak melancong ke Korea. Kita rasa bestnya kalau dapat melancong ke Korea. Orang Korea pula suka datang melancong ke Malaysia. Di Sabah tu berduyun-duyun orang Korea datang melancong ke Sabah. Ada flight direct dari Korea ke Kota Kinabalu. Mereka datang untuk menikmati keindahan pulau-pulau di Sabah. Cuba lepak dekat Starbuck di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu tu, mesti akan jumpa pelancong dari Korea.

Saya jadi friend Facebook dengan seorang millionnaire muda dari Korea sejak 2012. Beberapa bulan lepas, saya perhati dia sedang ikuti satu incentive trip untuk team bisnes dia dari Korea ke Pulau Langkawi, MALAYSIA. Saya perhati di Facebook dia, dia tunjukkan aktiviti dia sedang memancing dan bersantai di Langkawi untuk memberi inspirasi kepada group bisnes dia supaya bina bisnes betul-betul seperti dia. Dan dapat nikmati percutian best seperti beliau di LANGKAWI. Saya ulang sekali lagi, bercuti di LANGKAWI!

Nikmati Pelancongan Di Tempat Sendiri

Orang kita berhabis duit bercuti di Korea. Orang Korea pula excited habis dapat bercuti di Malaysia. Maksudnya apa? Kita sentiasa fikir apa yang belum ada di tangan kita itulah yang akan membahagiakan kita. Sedangkan orang yang benar-benar bahagia, dia tahu menghargai apa yang dia ada.

Melancong tu tak apa. Kita nak kenal tempat orang. Asalkan mampu bayar secara TUNAI dan segala keutamaan kewangan lain sudah kita siapkan. Cuma saya fikir, di Malaysia pun ramai daripada kita tak habis `pusing´ lagi.

Saya sendiri belum pernah sampai di pulau-pulau cantik di Sabah. Gunung Kinabalu yang menjadi kegilaan ramai pelancong asing datang ke Sabah pun saya belum panjat lagi. Pulau Redang yang dikatakan antara pulau yang cantik pun saya tak pernah jejak walaupun isteri saya orang Terengganu.

gunung kinabalu sabahSaya difahamkan nak panjat Gunung Kinabalu ni kena booking selewatnya 6 bulan sebelum sebab terlalu ramai pelancong datang ke sini.

Di Tempat Kita Segalanya Ada

Di tempat kita ada air terjun Gunung Stong yang katanya air terjun tertinggi di Asia Tenggara pun saya belum sampai walaupun saya orang Kelantan. Gua Mulu di Sarawak yang dikatakan gua terbesar di dunia yang boleh bawa masuk 40 buah Boeing 747 pun belum masuk lagi.

Maksudnya, banyak lagi tempat kita yang belum pernah kita terokai sendiri, tetapi menjadi tumpuan pelancong asing menikmati tempat kita. Pendek kata, tempat kita sebenarnya segalanya sudah ada. Tinggal lagi kita menghargainya atau tidak.

Cuma kena sabar la bila melancong tempat sendiri sebab nampak tak gah la bila nak upload di Facebook (walaupun kita bayarnya secara tunai). Melancong luar negara walaupun terpaksa makan mee maggi di negara orang, dan menanggung hutang kad kredit bila balik nanti, itu orang tak nampak…

Melancong Luar Negara, Orang Bayarkan

Atas sebab inilah saya sendiri belum pernah keluarkan duit poket sendiri untuk melancong ke luar negara sebab saya masih banyak keutamaan lain dari sudut kewangan. Walaupun kos setiap kali ke luar negara jumlahnya berpuluh ribu ringgit, tapi orang lain tolong bayarkan untuk saya dan isteri melancong setiap tahun. Alhamdulillah.

Hargai dan bersyukur apa yang kita ada, Allah pasti akan tambahkan rezeki Dia kepada kita. Itu janji Tuhan untuk kita. Tiada yang lebih menepati janji selain Dia.

Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih” – Surah Ibrahim 4 : Ayat 7

Zulkifli
Cyberjaya
11 Oktober 2017
21 Muharram 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam Encik Zul

    Masya Allah. Sungguh banyak ilmu yang Encik Zul kongsikan. Tak jemu saya membaca dan mengamalkannya. Terima kasih…

  • Alhamdulillah. Pagi tadi baru saya muhasabah diri dalam kereta supaya bersyukur dengan apa yang ada kemudian bila membaca posting tuan mentor kali ni lagi saya bersyukur. seterusnya saya akan ikut tips Tuan Mohammad Hafiz untuk jaga kereta sedia ada bagi Nampak sentiasa baru. Jimat tu. terima kasih

  • wowwww… perkara ini terjadi kpd saya!!

    last 3 months.. fon saya ngan wife nmpak buruk sngat.. tempered glass pecah.. casing pun buruk dah.. 2 tahun lebih dah umur fon nie.. dok pikiaq nak tukar jee fon..

    lepas wife ajak tukar casing n glass.. fuhh.. nmpak mcm fon baru terus.. selamat duit saya.. 🙂

    syukur sngat ada wife yg saling memperingati kan 🙂

    tq Tn zul.. lepas nie nak apply dekat kereta saya plak mcm nie. tq yaa.

  • Kalau zaman bujang suka mengikut perederaan high tech terutama PC dan Laptop. Sekarang tidak lagi lebih bijak beli laptop highspec second hand di Mudah boleh guna dengan lasak tanpa rasa bersalah. Harga pun murah sekitar RM700 ke bawah.

  • Saya tukar handphone saya yang Nokia dulu tu 3 tahun lepas lepas dah gunanya selama 7 tahun. Itupun disebabkan ia telah rosak dan tak berbaloi nak repair. Handphone sekarang ni pun dah 3 tahun, screen protector ke apa ntah ke takpernah nya saya tukar. Saya ni jenis orang yang cermat. Semua barang saya tahan lama sebab jaga termasuk kereta. Apa pun yang kita buat pastikan fungsinya sahaja bukannya kemahuan kita. Sama la macam kesihatan, jaga kesihatan baik2 kita jimat wang masa dan tenaga kita selain senang kita nak beribadah. Kalau sakit semua benda tak boleh buat.

  • Salam en.zul,

    Perkongsian yg baik.

    Nak tanya sikit, lari topik.. Apa pandangan en zul ttg amanah hartanah bumiputera AHB yg skg ni famous di iklankan?

    Perluke peluang mcm ni rebut?

    T.ksh

    • Wslm En. Zulhilmi,

      Ambil masa study pelaburan tu. Bila ada ilmu dan tahu luar dalam tentang pelaburan tu, barulah letak duit dalam pelaburan tu. Apa pun pelaburan, itulah prinsipnya. Jangan ikut orang atau sekadar dengar-dengar cakap orang.

      Tentang AHB tu, dapatkan terus maklumat daripada PNB. Itu salah satu pelaburan di bawah PNB.

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    Saya sayang kereta saya ! 14 tahun yang berjasa.

    kalau saya beli kereta baru, saya pasti akan pinggirkan MAY …so saya decided utk terus bersama MAY. Kereta pertama saya. kereta banyak jasa!

  • Bab orang Korea datang Malaysia untuk bercuti memang betul. Masa saya duk di Sabah, bila pergi ke KK, memang berduyun duyun orang Korea ada kat sana.

    Pergi pasar kat sana, especially yang jual buah buahan, diorang siap letak papan tanda harga dalam bahasa Korea lagi. Restoran makanan Korea pun bersepah kat KK. ?

    Tapi apa pun, memang banyak lagi tempat menarik kat Malaysia ni belum di explore.

    Bab kereta tu..haha betul sangat. ?? Bila kereta tu comey, kita syg je. Cuba comot, mesti rasa nak tukar kereta. Alhamdulillah kereta pertama sy masih kekal comey hingga hari ni. Usia remaja dah, 13 tahun.

  • Betul. Saya sangat bersetuju, masih banyak lagi tempat melancong dalam negara yang masih belum sampai lagi. Biar bayar secara tunai, nikmatilah apa yang kita ada. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Tuan atas artikel ini.

  • Tulisan encik zul selalu buat saya terinpirasi.Saya selalu baca blog cik zul terutama kewangan..Agak2 kalau nak terbabas dari landasan,cepat-cepat baca blog ni.Haha.Alhamdulillah,saya dah langsaikan semua hutang ptptn saya awal tahun ni.Hutang PTPTN unlocked.

    Dah takde rasa nervous tiap kali sampai kat imigresen.Hehe.

    Terima kasih,Encik Zul 🙂

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >