Inilah Rahsia Penyimpan Emas Bertambah Kaya!

by on September 27, 2018

Post image for Inilah Rahsia Penyimpan Emas Bertambah Kaya!

Semakin lama semakin kaya. Dulu kerja bertahun-tahun, tapi simpanan tak ada. Jangan kata simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan paling asas sebanyak 3 bulan gaji pun belum ada! Tapi sejak mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan emas.

Itulah pengalaman saya mendapat banyak feedback setelah membimbing lebih 5,000 penyimpan emas sejak 2010 di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapore. Dan inilah memotivasikan saya untuk terus mendidik masyarakat simpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat (perusahaan) pengeluar emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia. Siapa beli emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.

Cara Berkesan Kawal Naluri

Memang terbukti, emas membuatkan penyimpannya bertambah kaya. Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.

Naluri kita pada emas; sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul lebih banyak, dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan emas, tak akan terlintas dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan emas itu. Bah bila sudah ada emas (terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘ketagih’ untuk simpan lebih banyak emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli lebih banyak emas!

Gold bar Bungamas Public Gold. Salah satu tip untuk pastikan simpanan emas bertambah ialah pegang dan lihat emas itu hari-hari, terutamanya emas yang bersaiz besar seperti gold bar 100 gram. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan kita tambah simpanan emas. 

Itulah sebab kenapa ramai penyimpan emas tak banyak simpan duit tunai, termasuk saya. Bila ada sahaja duit, automatik fikir nak beli emas. Tapi tak perlu khuatir, emas itu pun adalah duit tunai juga. Kalau nak pakai duit, boleh jual atau gadai sahaja emas itu di ar-rahnu. Kita boleh dapat duit on the spot.

Berbeza dengan simpan duit kertas.

Tangan kita akan ‘gatal’ bila pegang duit banyak. Gatal untuk berbelanja. Lagi diingat duit itu, lagi kuat keinginan untuk berbelanja, dan lagi cepat duit itu habis! Naluri kita pada duit kertas memang untuk berbelanja. Bahkah duit kertas itupun sebenarnya dicipta supaya kita berbelanja! Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit”! Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada!

Gold bar Tai Fook Public Gold. Sangat cantik. Tengok emas ini hari-hari, mesti ‘ketagih’ nak kumpul lebih banyak emas. Tapi kalau simpan duit, jangan tengok hari-hari. Nanti duit itu bocor!

Cara Berkesan Menyimpan Wang

Cuba tukar cara menyimpan pulak.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk hal-hal kecemasan, simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas. Tengok kesan dan perbezaanya nanti. Pasti berbeza, insyaAllah.

Bagi yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh Public Gold. Disiplinkan yang itu dulu.

Saya percaya, dengan tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan, pada bulan ke-10, jumlah simpanan emas bukan sekadar 10 gram (1 gram x 10 bulan), tetapi lebih! Ya, memang lebih. Itu feedback yang saya terima dari kebanyakkan penyimpan emas, samada di Malaysia, Brunei, Singapore ataupun Indonesia!

Mereka jadi lebih kaya bila menyimpan emas!

Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
27 September 2018
16 Muharram 1440H

{ 16 comments… read them below or add one }

1 azrinros September 27, 2018 at 12:58 pm

Tidak berdisiplin dan paksa diri menabung tak akan nampak hasilnya di kemudian hari.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2018 at 10:02 am

Betul En. Azrinros.

Reply

3 Haris Halim September 27, 2018 at 4:28 pm

Saya setuju 100%..Selama 18 tahun kerja, saya sangat susah menyimpan duit. Selalu alami kebocoran sebab tak dapat tahan nafsu berbelanja. Tetapi, selepas kenal dan mula menyimpan emas, saya boleh menyimpan secara konsisten dan tidak diusik walau 1 gram pun.

Saya mula menyimpan lewat tahun 2014. Dan sehingga kini jumlah simpanan dengan emas diluar jangkauan saya. dan disebabkan simpanan emas itulah saya berani untuk tinggalkan kerjaya saya selama 18 tahun dan menjadi full time Public Gold dealer.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 27, 2018 at 5:56 pm

Alhamduillah.

MasyaAllah. Pengalaman En. Haris sangat menarik.

Reply

5 Norhafizah Abdullah September 27, 2018 at 6:33 pm

Ye betul tu en Zul.. saya kerja 7 tahun tapi saving lansung tiada. ASB dan Tabung Haji walalupun ada saving tapi ia tetap jadi transit sementara.

Bila ikut tips en Zul kumpul 1 bulan 1 gram, baru saya faham apa maksudnya emas magnet kekayaan. Orang simpan emas aura dia sangat lain dengan simpan wang kertas. Dulu tak pernah berdisiplin dalam menyimpan, dapat duit habis..dapat duit habis..sekarang saya boleh tersenyum dengan simpanan emas yang saya kumpul secara berdisiplin. Nafsu berbelanja pun dah xde sebab asyik fikir nilai gram yang akan hangus bila berbelanja. Moga saya sentiasa istiqamah mengumpul emas dan terus mendidik kawan2 untuk sama menyimpan emas secara berjemaah.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 27, 2018 at 9:03 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih Pn. Norhafizah. Sharing menarik untuk motivasi sahabat pembaca yang lain.

Reply

7 Rohaizah Khamis September 28, 2018 at 4:51 pm

Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

geramnya saya tgk gambar BungaMAS dan TAifook!
mahu memilikinya semua!

itulah hebatnya emas!
dilihat cantik , disimpan baik, nilainya naik!

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 28, 2018 at 6:56 pm

Wslm Pn. Rohaizah.

Memang betul. Geram tengok emas-emas tu!

Reply

9 Hairum September 29, 2018 at 3:33 pm

Aslm tn..

Duit gaji bila tak di simpan sikit untuk simpanan kecemasan mmg tak akan ada..
Simpanan kecemasan saya nekad guna untuk bayar duit rumah harga puluh2 ribu skg tinggal lg 4 angka nak selesai..loan bnk rumah 40 tahun Insyaallah blh selesai kurang 8 tahun..Amin

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2018 at 3:02 pm

Wslm En. Hairum.

Alhamdulillah. Tahniah. Terima kasih sharing pengalaman En. Hairum. Sangat menarik.

Reply

11 Maxson Musa September 30, 2018 at 1:34 pm

Sangat bersetuju dengan perkongsian En Zul tu.

Kenapa tak beli emas dari dulu lagi!!!Sayangnye duit yang selama ini entah ke mana dibelanjakan macam tu je!! Baik beli emas je!! Itu antara persoalan yang ditanya pada diri sendiri..haha
Setelah mengenali dan membaca blog En Zul ni, rasa bersemangat nak membeli emas dan mengurus wang selepas ni supaya tak lagi bocor.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2018 at 3:03 pm

Salam En. Maxson.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini dapat membantu kewangan En. Maxson jadi lebih baik.

Reply

13 Syed Khomeini Syed Hassan October 1, 2018 at 11:07 am

Salam En. Zul.
Pertama sekali ribuan terima kasih kerana ilmu yg dikongsi di blog saudara dpt membuka minda sy utk pengurusan kewangan dan simpanan emas.
Dah setahun sy mengikuti blog saudara dan byk ilmu yg sy perolehi utk kedua2 bidang, dan setahun jgk sy dh mengumpul emas, alhamdulillah.
Mmg btul saudara, menyimpan emas dpt membantu pengurusan kewangan jdi lebih baik.

Alhamdulillah..

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie October 1, 2018 at 9:42 pm

Wslm En. Syed Khomeini,

Alhamdulillah. Terima kasih juga sebab berkunjung ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

15 Rahman October 17, 2018 at 9:32 am

Assalamualaikum En. Zul. Ribuan terima kasih saya ucapkan dengan membaca artikal di blog En. Zul dan melihat video-video di channel youtube En. Zul saya dapat pengalaman untuk menyimpan emas di PUBLIC GOLD. Sekarang dengan langkah baru saya suda mula menyimpan emas di PUBLIC GOLD. Saya baru saja mengeluarkan emas Gold bar 0.5gram untuk tatapan tiap hari agar diri ini semakin bernafsu untuk menyimpan lebih banyak emas lagi. .

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie October 22, 2018 at 8:50 am

Wslm En. Rahman.

Alhamdulillah. Tahniah…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: