Ini baru betul... Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Simpan sikit-sikit, sedar-sedar dah ada 400 gram emas selepas 3 tahun! Hanya orang simpan emas jer pernah rasai keajaibannya.
Kalau dikira macam tak percaya. Tapi inilah testimoni yang kerap saya terima.
More...
Kejaiban menabung emas
Saya masih ingat, ada satu hari tu, ada seorang penyimpan emas dari Terengganu call saya untuk ucapkan terima kasih. Katanya dia start simpan emas #1gram1bulan mulai bulan Julai 2020. Sedar-sedar lepas 3 bulan, dah ada 30 gram!
Eh, macam mana 1 gram 1 bulan, lepas 4 bulan cukup 30 gram?
Kalau simpan duit RM300 sebulan, cuba cek bulan ke-10, adalah tak RM3,000 dalam akaun bank?
Majoritinya tak ada...
Itulah ajaibnya simpanan emas.
Bila simpanan, kekayaan cepat bertambah bukan sebab harganya naik. Tapi duit simpanan tak lagi bocor.
Emas tu sendiri logam yang sangat cantik. Bila emas ada ditangan, rasa ketagih nak tambah tabungan emas lagi dan lagi. Tak pernah fikir pun nak jual walaupun harga dah mencanak naik!
Unlock kunci-kunci kekayaan
Dengan ada tabungan yang kukuh, ia adalah permulaan untuk unlock banyak lagi kunci-kunci kekayaan lain.
Antaranya dapat;
- Cukupkan dana kecemasan (minimum 3 bulan gaji) lebih cepat. Tak perlu lagi meminjam sesiapa bila terdesak.
- Jadi pembayar zakat (jadi orang kaya) lebih cepat, sebab lebih cepat cukup haul dan nisab simpanan berbanding simpan duit dalam akuan bank (yang sentiasa bocor).
- Tutup hutang-hutang 'jahat' lebih cepat.
- Cukupkan dana pendidikan diri sendiri serta anak-anak lebih cepat. Ilmu bertambah, kekayaan akan bertambah.
- Dijadikan modal pusingan untuk kembangkan bisnes (bagi peniaga kecil dan sederhana). Modal pusingan tak bocor, bahkan makin bertambah.
- Cukupkan wang deposit dan modal kembangkan kekayaan melalui hartanah (atau pelaburan lain). Emas tak berkurangan, tapi hartanah bertambah!
- Dijadikan 'benteng terakhir' kewangan keluarga daripada bencana di luar kawalan kita, antaranya jatuh bangkrup, nama kena blacklist dan harta dibekukan, nilai ringgit jatuh, bahkan berlaku peperangan!
Rasa lebih terjamin
Dan yang penting bagi saya, bila ada emas di tangan, kita rasa kekayaan kita lebih terjamin, sebab;
- Kekayaan tu sendiri benar-benar di tangan kita. Nilainya berdiri sendiri tanpa perlu jaminan sesiapa.
- Tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada.
- Tak ada siapa boleh bekukan kekayaan kita sebagaimana aset-aset yang lain.
Dalam worst case scenario seperti aset lain dibekukan, atau berlaku peperangan sekalipun, kekayaan kita tetap selamat.
Ia benar-benar membuatkan kita rasa lebih secure bila simpan emas.
- Baca artikel : Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan!
Jadi bagi yang belum bermula, mulakan dulu walaupun sekadar 1 gram emas melalui Akaun Emas GAP Public Gold untuk feel sendiri macam mana dikatakan emas adalah magnet kekayaan.
Itu cara paling murah dan paling mudah (serta patuh syariah) simpan emas di Malaysia. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
7 November 2023
23 Rabiul Akhir 1445H
- Bermula dengan menabung emas, akhirnya En Azlan berjaya dapat rumah percuma! - FB
- Pn Nurizaty berjaya kumpul duit deposit beli rumah banglo hasil 'paksa' diri menabung emas - FB
- Loan rumah Pn Nurizaty lulus dengan sokongan statement Akaun Emas GAP - FB
- Teacher Ashinida berjaya settlekan personal loan hasil menabung emas selama 3 tahun - FB
Artikel berkaitan:
- Berapa Jumlah Simpanan Emas Setiap Orang Patut Ada?
- 3 Golongan Dapat Manfaat Besar Dari Simpanan Emas
- Cara Dapatkan Harga Emas Paling Rendah?!
- Nak Berjaya Menabung Kena Paksa Sampai Terbiasa
- Cara Terbaik Untuk Bertahan Ketika Ringgit Makin Lemah
- Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan