Untuk Kaya, Jangan Peduli Apa Orang Kata

by on August 24, 2015

Post image for Untuk Kaya, Jangan Peduli Apa Orang Kata

Antara kebocoran besar kewangan ialah membeli kereta yang lebih dari keperluan sebenar. Beli bukan benar-benar untuk keperluan, tetapi untuk jaga “status”. Antara rahsia saya lebih cepat bebas hutang sebab saya tak berhabis duit untuk beli kereta. Saya beli cukup-cukup untuk keperluan sahaja, dan tak fikir sangat soal “status” walaupun ketika saya sudah pun berduit.

Sewaktu saya mula-mula bekerja dahulu, lebih 7 tahun saya pakai kereta Nissan Sunny (3rd hand). Saya rasa, tak ada eksekutif muda di KL yang pakai kereta sebegitu waktu itu. Dan itu sahajalah kereta yang saya ada waktu itu, tetapi yang lebih penting, kereta tu dah habis bayar, dan boleh bergerak dengan baik untuk balik kampung dan pergi ke mana-mana seluruh Malaysia.

Kereta Hanyalah Kereta

Kalau orang lain pakai kereta boleh sampai ke kampung, kami pun sampai juga. Kalau orang lain boleh sampai ke mana-mana tempat, kami pun sampai juga. Kereta orang lain ada air-cond, kereta kami pun ada air-cond juga. Tetapi bila orang lain kena bayar bank setiap bulan, kami cuma isi petrol untuk bergerak sahaja! Sebab hutang kereta dah habis bayar…

Jadi kenapa nak peduli apa orang kata kalau kereta biasa-biasa pun sudah cukup untuk keperluan kita?

Bukannya kereta kita tak ada tayar, kan? Bukannya kereta kita tak ada bumbung. Dan bukannya kereta kita ganggu orang lain. Untuk orang berniaga kecil-kecilan seperti saya, tak perlu tunjuk kereta apa yang kita pakai sebab orang nak beli produk dan servis kita je pun. Bukannya pembeli itu nak naik kereta kita, kan?! 😉

kereta nissan sunnyInilah kereta pertama saya, saya gunakan hampir 9 tahun. Saya beli harga RM15,500 (pinjaman), habis bayar tak sampai 3 tahun, dan telahpun saya jual. Saya beli kereta ‘baru’ dengan cc lebih besar, tetapi harganya tak lebih RM15,500 juga! Dan saya masih pakai hingga ke saat saya menulis artikel ini… 😉

2015-06-29 Strategi Ikat PerutSaya perhati orang berjaya, mereka “ikat perut” untuk berjaya. Mereka tak peduli pun apa orang kata.

Letak Kepala Terus Lena

Dalam hal kewangan, jangan peduli apa orang kata. Ramai yang sanggup berhabis duit dan berhutang semata-mata nak jaga “apa orang kata”. Akibatnya, diri sendiri yang menanggung ‘azab’nya. Sedangkan apa yang lebih penting, kita tak pinjam duit orang, dan orang itu pun bukannya akan hulurkan duit bila kita susah, kan? Jadi apa nak dirisaukan dengan apa orang kata?

Kekayaan itu ialah apa yang kita RASA (dalam hati), bukannya apa yang ORANG KATA. Orang boleh mengata apa sahaja, tapi yang merasai dan menanggungnya akhirnya adalah kita sendiri juga. Dalam buat apa sahaja keputusan kewangan, fikir kesannya kepada KITA sendiri, bukan untuk ‘menutup’ mulut orang. Biar apa pun orang nak kata, tetapi yang lebih penting, bila letakkan sahaja kepala di bantal, kita boleh tidur lena… Peace of mind…. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
24 Ogos 2015
10 Dzulkaedah 1436H

(Kredit foto : news.rice.edu)

{ 22 comments… read them below or add one }

1 Fahmishah August 24, 2015 at 7:05 am

Orang kita lebih pentingkan “Ish, apa orang kata nanti.” Bukan orang lain yang bayarkan pun kereta kita. Orang kita lebih menjaga hati orang lain dari keselamatan kita sendiri dalam bab macam ni.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2015 at 9:25 am
3 akram August 24, 2015 at 7:39 am

‘peace of mind’ blh jd trademark en.zul dh 2…sgt menginspirasikan

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2015 at 9:24 am
5 mahmud August 24, 2015 at 10:25 am

nissan sunny kereta pertama abah saya, beli 15k tahun 93 cash, .. masa tu kereta Wira baru keluar…smua org surh beli kereta wira…dia ckp taknak brhutang.. buat rumah dgn duit simpnan….skr dia dh pncen,. 5 thun sblm pncen sy trjmpa slip gji hnya 1200 sje…bru perasan sptutnya sya jdikn abah saya roolmodel…dia seorg yg bebas beban hutang dri muda..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2015 at 11:48 am

MasyaAllah. Satu role model yang baik.

Reply

7 mahmud August 24, 2015 at 5:09 pm

ye tuan tpi sy terlepas pandang… lepas bc tulisn tuan..dan bca buku kwgan…smua ckp kreta bru tak perlu….sya dah terlanjur..hihi

Reply

8 Nana August 24, 2015 at 4:13 pm

Alhamdulillah..sejak mengikuti laman web Encik Zul lebih setahun yang lalu, banyak perkembangan positif dalam urusan kewangan saya. Malah, keinginan untuk ‘berlebih-lebih’ seolah semakin padam. Dan sekarang tak sabar lagi menunggu pinjaman kereta langsai tahun hadapan, Insya Allah. Nak merasa guna kereta ‘free’. :)

Terima kasih Encik Zul. Semoga Allah merahmati hidup Encik Zul dan keluarga..

Reply

9 sh mohd aiezat August 25, 2015 at 11:43 am

as salam en zul,
maaf lari topik..sy cuma nak bertanya, en zul ad info x mane nk dptkan buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”? sy dh cuba cari on9, dan juga dkedai2 buku,tapi x dpt, dh x ad stok.klu ad info, mnta bgtau ye.terima kasih.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2015 at 11:53 am

Wslm En. Aiezat,

Saya tak pasti. Cuba survey di http://www.millionairesplanet.com/ .

Reply

11 siti hazreen August 26, 2015 at 2:58 pm

abah saya pun tak suka berhutang…tapi zaman sekarang nih…agak sukarlah tak nak berhutang…

Reply

12 murni August 26, 2015 at 3:14 pm

Terima kasih atas Perkongsian. Abah sy pun sorang yg tak suka berhutabg. Kereta abah dr dulu smpai skrg x pernah beli kereta baru. Semua 2nd hand dan x berhutang..hee

Reply

13 rohaizah khamis August 28, 2015 at 3:30 pm

Assalammualaikum Encik Zul ,
Saya masih setia dengan Kenari saya even ramai ckp saya dh layak tukarkan kepada sebuah Honda City atau Honda Civic.

Saya selalu ckp dengan kawan2 saya , jika pihak syarikat kasi free, then saya akan memandu jenama itu, kalau saya kena beli dan bulan2 byr …saya akan meletakkan ianya adalah satu kehendak ,bukannya keperluan sbb my Kenari sgt seronok dipandu, kereta bebas dari ikatan bank.

Kenari saya setakat ini Alhamdulillah …12 tahun sudah
Saya hrp Kenari ini elok2 selalu, dpt menyampaikan saya dan family ke destinasi dituju dengan selamat .

Apa jua kata orang ….saya tolak tepi .
bukan tidak mahu berkereta mewah …tapi setiap org berkereta semua impikan mahu habis cepat byr hutang kereta …mahu kereta itu jadi milik mrk . bukan milik bank.

-Biasa nan Luar Biasa –

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 5:40 pm

Wslm puan.

Alhamdulillah. Memang nikmat betul pakai kereta yang dah habis bayar… :)

Reply

15 Salleh August 29, 2015 at 5:59 pm

Salam tuan.saya tertarik dengan topik tuan.saya baru berkerja dalam 2tahun.setaip kali pay day n slip gaji di tangan.saya mencari kereta di internet.pengaruh rakan sekerja n naluri jiwa muda.tapi bila saya bagitahu niat pada mak saya.dia sangat2 menentang sampai merajuk lah jugak.akhirnya saya mengalah saya pakai kereta arwah abah dan saya laburkan duit saya yg pada mula nya utk beli kereta ke asb.tapi kdg2 rasa nak berkerte baru tu tetap ada lagi2 melihat saudara yg baru berkerja sebulan bergaya dgn krte bru bila balik kampung.tapi nak wat mcm mana.sabar jelah.sy nk tnya pendapt tuan.sy gemar mengumpul emas.sikit2 jela.sy cenderung ke arah emas physal sprti gelang rantai n cincin.adakah cara sy itu betol atau sebaliknye.harap tuan respond pertanyaan saya ini.semoga tuan terus berjaya dunia dan diakhirat.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 9:49 pm

Wslm En Salleh,

1. Mana-mana orang berjaya, mereka amalkan strategi “ikat perut” buat sementara waktu. Jadi kena bersabar.

2. Kalau nak simpan emas, barang kemas tak sesuai sebab (1) harga lebih mahal, dan (2) spread lebih tinggi. Kalau nak simpan, simpan gold bar dan dinar sahaja.

Reply

17 marissa September 8, 2015 at 10:11 am

as salam tuan..saya nak tanya, kawan saya ada jual produk emas syarikat amethyst yang famous sekarang nih..saya tengah berfikir sama ada nak beli gold bar @ dinar emas dan sedikit barang kemas..persoalannya,boleh dipercayai ke syarikat tu?apa patut saya buat? atau emas public gold lagi terjamin ketulenannya?

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2015 at 1:00 pm

Wslm Pn Marissa,

Sebelum beli emas, puan kena semak 5 kriteria penting. Ia menentukan kadar keuntungan yang puan akan dapat nanti. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

19 Mohd.Hafiz October 7, 2015 at 1:07 am

Istilah ni dikenali istilah zuhud.
Berpada-pada apa yang ada.
thx en.zul

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2015 at 6:19 am

Alhamdulillah..

Reply

21 kc December 22, 2015 at 4:57 pm

tq tuan ilmu kewangan tak ternilai harganya. Bangga jadi friend tuan

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2015 at 11:24 am

Alhamdulillah..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: