MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tukar Kereta Bila Ada Keperluan, Bukan Sebab Kemampuan

January 8, 2024

"Pakai Axia ni, malaikat maut duduk (dekat seat) sebelah. Kalau pakai Camry, at least malaikat maut duduk luar (kereta)...", gurau saya kepada murid saya umur 20-an.

Tentang ciri-ciri keselamatan Perodua Axia dan Toyota Camry...

Kewangan dia sudah established. Tapi kerap ulang-alik jarak jauh hanya pakai kereta kecil Perodua Axia sahaja. 

More...

Keperluan untuk upgrade kereta

Dia sangat muda... Kaya... Dia pemimpin muda yang berpotensi berikan impak besar dalam bisnes pada masa depan...

Dengan kata lain, dia harapan masa depan.

Tak berbaloi ambil risiko dengan bawa kereta macam tu... Yang ciri-ciri keselamatan tak cukup baik dengan penggunaan dia...

Kalau untuk pergi pasar, itu tak ada masalah...

Lagi satu, orang muda ni bawa kereta tak sama macam orang lama... Darah muda...  Pengalaman pun tak banyak...

Jadi bimbang tentang dia, saya suruh dia upgrade kereta kepada yang lebih baik...

Tukar kereta untuk lenjan habis-habis

Dia dengar cakap...

Dia pergi show room Proton, katanya 7 hari sahaja terus dapat kereta baru... X70... Cepat!

Saya rasa lega... Alhamdulillah...

Saya tahu dia bukan sahaja mampu, tapi dia perlukan kereta yang lebih baik... Bukan beli sebab nak tunjuk dekat jiran sebelah. Tapi betul-betul nak lenjan kereta tu...

Saya? Sebagai guru, saya masih lagi pakai kereta pergi pasar... Sebab saya tak perlukan kereta macam tu...

Pergi mana-mana saya panggil driver sahaja. Ambil depan rumah, dan hantar ke mana saya nak pergi... Naik Grab! Haha...

Alhamdulillah... 

Zulkifli
Cyberjaya
8 Januari 2024
26 Jamadil Akhir 1445H

“Kereta makin mewah bukan bermaksud bertambah kaya. Kalau beli kemewahan dengan hutang, itu tak lebih dari sekadar simbol kekayaan palsu. Kalau dibayar secara tunai, atau dengan passive income dari harta yang dia miliki, itu petanda dia memang orang kaya.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 April 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>