MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Naik Grab, Adakah Berbaloi Dengan Kos Masa, dan Tenaga Kita?

November 3, 2023

"En Zul datang naik Grab? Uish... Mahal tu...", kata seorang staff SUARAM lepas habis meeting pagi tu. Kami saya diminta hadir untuk share pengalaman saya dengan peserta Asian Regional Human Rights Defenders Forum (AHRDF) di office SUARAM, Petaling Jaya.

Saya datang naik Grab, sebab tak ada stesyen MRT yang boleh direct dari Cyberjaya.

Kalau naik MRT atau public transport lain, masa saya akan habis dekat 4 jam pergi balik.

More...

Kalau naik motor (atau drive sendiri), jimat duit tapi habis banyak masa dan tenaga. Sepanjang naik motor saya tak boleh buat apa-apa. Masa saya tak produktif...

Balik rumah nanti, badan penat pulak. Kena rehat dan habis masa lagi...

Jadi cara paling jimat masa (dan duit) untuk hari ni ialah naik Grab. Pergi balik habis dalam RM80. Tapi saya jimat banyak masa; yang mana masa saya 2 jam pergi balik tu lebih mahal dari duit RM80.

Pagi tu saya keluar pukul 9.00 lebih sikit dari Cyberjaya. Sampai office SUARAM pukul 9.58 pagi. Pukul 10.00 meeting terus bermula!

Habis meeting dan ada sedikit discussion dengan staff SUARAM dan seorang lawyer, terus balik. Sepanjang perjalanan balik, saya boleh settlekan banyak urusan bisnes.

Jadi saya fikir, RM80 berbaloi untuk saya bayar. Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
3 November 2023
19 Rabiul Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>