MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Kereta, Kena Kira Kos Membelanya Sekali

November 2, 2023

Viral pasal kos service kereta Honda mahal. RM420 untuk servis 20,000 kilometer pertama dirasakan terlalu 'keras'. Banyak netizen bagi komen, harga tu taklah keras. Itu normal untuk Honda.

Cuma mungkin owner buat kesilapan. Waktu beli dulu, mungkin dia cuma tengok installment bank sahaja. Dia rasa dia mampu.

Walhal, bila nak beli kereta, kita kena ingat "kos beli lain, kos bela pulak lain".

More...

Kos berbaloi atau tidak?

Bila beli kereta, kena kira sekali kos belanya berapa. Kos servis berkala, kos nak maintain kereta tu, dan kos repairnya sekali. Bahkan kena kira pertambahan kos yang kita kena tanggung gara-gara beli kereta. Antaranya;

  • Kos servis berkala.
  • Kos 'wear and tear' untuk selang beberapa jangka waktu; tukar tayar, tukar bateri.
  • Kos bergerak; parkir, toll, dan saman trafik.
  • Kos kemalangan kecil yang tak cover insuran; windscreen pecah, tercalar atau tergesel.

Saya cadangkan, kalau tak nak sakit kepala pada masa akan datang, simpan siap-siap 25% dari jumlah installment bank untuk semua kos membela pada masa akan datang. Masukkan dalam sampul ataupun dalam tabungan "Dana Servis dan Baiki Kereta".

Bila kira semua, barulah buat keputusan samada mampu atau tak? Dan berbaloi atau pun tak?

Formula mampu beli kereta

Kalau tak mampu, tukar pilih kereta yang lebih mampu milik. Kalau tak berbaloi, cari alternatif lain yang lebih berbaloi.

Kalau kereta tu pakai jarang-jarang, naik public transport, naik Grab ataupun sewa (hanya bila nak guna) mungkin lebih berbaloi.

Yang penting, kita dapat bergerak dari point A ke point B dengan selamat dan sedikit selesa. Tak semestinya kena beli kereta sendiri.

Bila nak beli kereta ni, jujurnya saya tak pernah ikut formula harga kereta mampu milik ialah bernilai "setahun gaji". 

Walaupun formula tu banyak disarankan oleh penasihat kewangan, tapi saya tak guna formula tu - sejak saya masih hidup sebagai miskin bandar dulu lagi. 

Harga setahun gaji terlalu tinggi

Saya beli kereta dengan anggaran saya mampu bayar penuh dalam masa 3 tahun. Harga kereta tak pernah cecah setahun gaji.

Kalau nak kena buat loan sampai 7 - 9 tahun, pada saya dah terang lagi bersuluh, itu dah lebih dari kemampuan sebenar saya.

Bila pendapatan makin meningkat dan jumlah simpanan pun makin baik, saya hanya beli yang saya mampu bayarnya secara tunai. 

Makin lama (kewangan jadi lebih baik), nilai kereta yang saya beli jauh lebih rendah dari nilai pendapatan saya.

Sekarang, nilai kereta yang saya pakai tak lebih dari sebulan pendapatan. Dengan kata lain, kalau nak beli, saya mampu beli sebuah kereta secara tunai setiap bulan. Alhamdulillah... 

Berpada-padalah beli kereta

Saya fikir, banyak lagi perkara bermanfaat yang kita boleh buat dengan duit yang kita ada.

Biarlah orang tak nampak kita kaya dengan apa kereta yang kita pakai. Yang penting kita tahu kita kaya, dan hidup kita bahagia serta membahagiakan orang yang kita sayang dengan duit yang kita ada...

Itu jauh lebih bermakna... InsyaAllah... 

"Too many people spend money that they haven't earned, to buy things they don't want, to impress people they don't like" - Will Smith

Kita doakan rakan kita ni dipermudahkan... Amiin YRA...

Zulkifli
Cyberjaya
2 November 2023
18 Rabiul Awwal 1445H

#TipBeliKereta

Supaya tak sakit kepala di kemudian hari, pertama kira dulu kos membelanya sebelum buat keputusan membelinya. Kedua, adakan tabungan khusus "Dana Servis dan Repair Kereta". Simpan siap-siap setiap bulan.

Belilah kereta di bawah kemampuan. Supaya ringan untuk kita bayar kos membeli dan membelinya sekali. Supaya hati kita tenang daripada risiko kena tarik dan kena lelong.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>