"I came because of the money. But I stayed because of the people..."
“Saya datang kerana duit, tapi saya kekal kerana manusia di dalamnya...”
Itulah ucapan yang sering diungkapkan oleh Tuan Azizi Ali bila bercakap kenapa beliau bersama Public Gold.
Tuan Azizi Ali — tokoh kewangan terkenal yang dianggap sebagai “guru kewangan nombor 1 di Malaysia”.
Kalau ada seorang individu yang paling lama (dan paling konsisten) mendidik masyarakat tentang kewangan dan kekayaan, maka dialah orangnya.
More...
Tuan Azizi ni memang teliti. Bila dia nak ceburi sesuatu, dia bukan tengok luaran je. Dia siasat, dia analisa, dia hadam satu-satu.
Jadi masa beliau mula-mula umumkan yang dia jadi dealer Public Gold aktif, ramai terkejut - termasuk saya!
Macam tak masuk akal.
Bagi orang berilmu, itu red flag!
Tokoh kewangan, jutawan hartanah, penulis buku-buku best seller... Tiba-tiba join jadi dealer emas?
Tapi bila ditanya kenapa beliau pilih Public Gold, salah satu sebabnya cukup buat saya tersenyum.
Katanya, “Saya tertarik sebab leader-leader Public Gold tak menunjuk-nunjuk. Tak show-off. Tak buat marketing dengan show-off kemewahan"
Itulah yang membuatkan beliau serasi dengan Public Gold.
Beliau sendiri mengaku, sebelum ni ada banyak peluang pelaburan dan bisnes datang pada dia. Tapi bila dia tengok orang dalam tu “terlebih gaya” — tunjuk kereta, rumah, jam, duit — beliau rasa tak serasi.
Walaupun banyak orang mudah tertarik, tapi bagi orang berilmu macam beliau, menayangkan kemewahan tu boleh jad "red flag".
Sebab orang yang betul-betul berjaya, tak perlu pun nak orang validate tentang kekayaan dia.
Kenapa Ramai Suka Show-Off?
Realitinya, strategi marketing guna kereta mewah ni memang berkesan... Tapi hanya pada peringkat awal sahaja.
Kereta mewah memang boleh beri first impression yang “power”.
Ia buat orang teruja. Buat ramai rasa nak tahu — “Apa bisnes yang dia buat sampai boleh pakai Lamborghini ni?”
Tapi masalahnya, ia sekadar attention (perhatian), bukan trust (kepercayaan).
Kereta mewah boleh tarik perhatian, tapi belum tentu tarik kepercayaan.
Dalam bisnes, yang paling mahal bukanlah attention, tapi trust.
Sesuatu bisnes dapat tahan bertahun-tahun lamanya sebab trust orang kepada mereka.
Tarikan hanya sekadar ‘first impression’
Padangan pertama memang boleh tarik perhatian, lepas tu, apa yang tinggal?
Sama macam makan di restoran viral.
Cantik gambar, sedap nampak dalam video. Tapi bila dah duduk makan... Kalau rasanya biasa-biasa, orang tak akan datang kali kedua.
Bahkan dia akan jaja cerita dekat orang lain — “alaaa, overrate je…”
Begitu juga bila kita “pancing” follower dengan kereta mewah.
Mereka datang kerana tertarik. Tapi mereka akan kekal hanya kalau kita ada nilai yang benar-benar beri manfaat dalam hidup mereka.
Kalau tak dapat tambah nilai dalam hidup mereka, mereka akan pergi juga.
Bahkan mungkin akan hilang rasa hormat sebab rasa tertipu dengan ‘gimmick’ yang tak tahan lama.
Bila kepercayaan dibina dengan kemewahan
Bila seseorang bina audience dengan gaya mewah, dia terpaksa ‘maintain’ image tu setiap masa.
Kena beli kereta lebih mahal lepas ni. Kena tinggal di rumah yang lebih gah. Kena pakai jam yang lebih berjenama. Kena cuti ke tempat yang lebih eksotik.
Sebab kalau tak buat macam tu, audience akan mula tanya:
“Eh, dulu naik BMW, sekarang Axia kenapa?”
“Eh, dulu duduk hotel lima bintang, sekarang lepak kedai mamak je ke?”
Kita bukan lagi sibuk membangunkan bisnes. Tapi sedang 'menyara' persepsi - yang sungguh meletihkan.
Lagi parah, audience yang datang tu jenis materialistik.
Mereka follow sebab nak “result cepat, gaya mewah, shortcut jadi kaya.”
Kita akan lebih melayan mereka. Bila tak dapat, mereka lari cari idola baru.
Cara yang lebih kekal
Saya perasan, orang yang membina pengaruh dengan cara berkongsi nilai, ilmu dan pengalaman sebenar — mereka lebih tahan lama.
Mereka tarik follower yang betul-betul geniune (nak belajar), bukan yang nak cepat kaya.
Contohnya macam ramai dealer dalam Public Gold.
Mereka tak perlu tayang kereta mewah pun, tapi tetap ada ribuan follower yang percaya dan terinspirasi.
Mereka berkongsi tentang:
- Kenapa kena simpan emas
- Bagaimana keluar dari hutang
- Macam mana nak capai kebebasan kewangan
- Dan apa nilai sebenar dalam hidup
Follower yang datang bukan tertarik dengan kereta, tapi tertarik dengan cara hidup yang tenang dan bermakna.
Pilihan yang tenang dan bertahan lama
Macam Tuan Azizi Ali...
Walaupun beliau boleh je nak tunjuk kekayaan — tapi beliau lebih suka hidup sederhana dan berkongsi ilmu. Dan orang tetap hormat beliau. Malah lebih percaya.
Saya percaya, kalau strategi marketing kita dibina atas kejujuran, nilai dan impak — bukan dengan kemewahan — kita akan lebih tenang dan lebih bertahan lama.
Kereta mewah boleh menarik perhatian… Tapi hati yang tulus, ilmu yang bermanfaat, dan sikap rendah diri — itulah yang akan menarik manusia untuk kekal bertahan bersama kita.
Kita akan bertahan lama yang lebih dihormati. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
30 Julai 2025
4 Muharram 1447H
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Kenapa Pakar Kewangan Azizi Ali Pilih Jadi Dealer Public Gold?
- Ini Rahsia Saya Bertahan Bersama Public Gold
- Misi Public Gold Selamatkan Masyarakat
- Nak Hidup Tenang, Saya Tak Tarik Follower Dengan Kereta Mewah
- Ini Rahsia Saya Bertahan Bersama Public Gold
- Bisnes, Peluang Berbuat Baik Sesama Manusia
- Jadilah Sahabat, Bukan Salesman