Emas Public Gold (PG) tak pernah lebih murah daripada emas bank?
Betul. Itu realitinya...
Dan saya sendiri sahkan — memang "betul" bila orang banding, emas bank kadang nampak lebih murah.
Tapi ini andaian paling simplistik yang selalu orang tersilap:
👉🏻 “Emas Public Gold lebih mahal sebab kena bayar komisyen kepada ejen. Emas bank tak ada ejen. Sebab tu lebih murah.”
Nampak logik kan?
Tapi cuba fikir balik...
More...
Emas bank lebih murah?
Kalau emas bank dan institusi kewangan lain lebih murah, kenapa;
🤔 Orang tak berpusu-pusu beli emas dengan bank macam orang beli emas Public Gold?
🤔 Kenapa mereka tak ulang beli bertahun-tahun macam penyimpan emas PG?
🤔 Adakah lebih 2 juta penyimpan emas PG ni semua “tak cerdik” sampai mudah dimanipulasi oleh ejen?
Sebenarnya, mereka bukan tertipu, tapi pengalaman mereka;
👉🏻 PG offer 'pakej' jauh lebih untung bagi mereka yang nak kaya dengan emas.
Kalau fikir logik pun, Public Gold tu sendiri memang kilang emas. Emas tu PG buat sendiri, proses sendiri, hinggalah emas tu dihantar ke tangan kita.
Core bisnes PG ialah emas!
Tapi bank (atau institusi kewangan lain)?
Emas bukan core bisnes bagi bank. Mereka ambil emas orang lain, dan jual emas orang lain. Tentunya tak akan sama bila kita jual beli direct dengan pengilang emas, kan?
Cuba pengalaman sendiri
Secara etikanya, saya tak boleh compare 1-to-1 antara produk PG dengan mana-mana bank. Itu tak beretika.
Tapi bila ada orang kata emas lain lebih murah, saya tak bantah. Saya malah galakkan:
“Pergi la beli. Dapatkan pengalaman sendiri.”
Tapi lepas mereka cuba, selalunya akan datang balik kepada Public Gold. Kenapa?
Sebab bila cakap tentang "emas fizikal", Public Gold yang:
✅ Paling murah dari segi kos keseluruhan,
✅ Paling mudah dari segi urus niaga, dan
✅ Paling untung dari segi jual balik.
Kuncinya, murah... mudah... dan untung... Sebab kita beli direct daripada kilang emas!
Murah, mudah dan untung
PG bukan untuk orang yang nak beli emas sekali-sekala sebagai koleksi.
PG untuk penyimpan dan pelabur emas sebenar, yang beli berkali-kali untuk simpanan jangka panjang. Yang betul-betul nak gunakan emas untuk bina kekayaan.
Kalau nak buat comparison (perbandingan) lebih tepat, jangan sekadar compare harga pada skrin. Tapi kena compare bermula proses beli, proses dapatkan emas, dan proses jual balik emas tu. A to Z...
Cuba buat kajian sendiri;
- Emas fizikal mana yang sebenar-benarnya paling murah kos keseluruhan?
- Emas fizikal mana paling mudah nak dapatkan pada bila-bila masa?
- Emas fizikal mana paling mudah dan paling
tinggi nilainya bila nak jual balik?
Bila dah lalui pengalaman sendiri daripada awal sampai akhir, barulah nampak jawapan sebenar - kenapa lebih 2 juta penyimpan emas pilih emas Public Gold!
Pengalaman 15 tahun
Berdasarkan pengalaman saya selama 15 tahun, saya dah bimbing lebih 900,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara melalui network yang saya bina bersama Public Gold.
Daripada pengalaman dan data sebenar, saya boleh katakan dengan yakin:
➡️ Public Gold adalah platform jual beli EMAS FIZIKAL terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.
Kalau nak compare, kena compare bermula daripada awal proses beli, hinggalah emas tu sampai di tangan kita. Bukan sekadar tengok nombor di skrin telefon!
Nampak murah, tapi sekadar tengok di skrin telefon - tak akan sama dengan emas yang ada di tangan kita sendiri! Kesan kepada kewangan tak sama...
Macam tengok isteri yang cantik di screen telefon, berbanding isteri tu ada di sebelah kita. Tentunya tak sama...
Kenapa ramai selesa dengan PG
Secara ringkas, ini antara sebab kenapa ramai lebih selesa dengan Public Gold - bila nak beli "emas fizikal";
🔸 Proses nak beli — sangat mudah - modal kecil, 100% online pun boleh.
🔸 Kos keseluruhan — murah - termasuk kos penghantaran.
🔸 Nak keluarkan emas dari akaun GAP — tak cerewet. 0.5 gram pun boleh keluarkan.
🔸 Tak ada caj simpanan bagi yang tak ready simpan sendiri. Boleh simpan dengan PG.
🔸 Nak jual balik — PG tetap beli walau calar, bengkok, kemek, putus - pada harga tinggi!
🔸 Nak beli atau jual jumlah banyak sekalipun — PG mampu supply dan buyback - tanpa limit! 
Dan paling penting, harga sentiasa telus.
Harga yang terpapar di laman web atau aplikasi, itulah harga yang kita bayar — tak ada caj 'conversion' yang merepek-repek untuk dijadikan emas fizikal.
Sebab PG publish tu memang harga emas fizikal. Bukan emas digital.
Paling mahal: ilmu & bimbingan
Yang ramai tak nampak ialah nilai tambah besar bila dapat dealer Public Gold yang berilmu:
✅ Tak payah bayar, tapi dapat ilmu dan bimbingan percuma.
✅ Dapat masuk komuniti penyimpan emas yang positif dan dah berjaya.
✅ Dapat akses ke seminar dan webinar kewangan oleh speaker berpengalaman.
✅ Bila ada masalah transaksi, dealer bantu selesaikan — juga secara percuma!
Dan kalau dah rasa manfaatnya, boleh pula jadi ejen — tanpa bayar satu sen pun.
Dealer PG bukan salesman
Hakikat yang orang luar tak tahu, 99.99% dealer PG asalnya penyimpan emas tegar.
Mereka jadi dealer bukan sebab nak kejar komisyen. Mereka jadi dealer sebab nak kongsi manfaat sebenar yang mereka dah rasa sendiri.
Mereka bukan macam ejen jual kereta, tapi dia pakai kereta lain.
Mereka sendiri penyimpan emas tegar... Pendek kata kalau tak jadi dealer pun, mereka tetap simpan emas untuk diri sendiri - dengan PG.
Bahkan rasa selfish pulak kalau tak share pengalaman mereka kepada orang lain.
PG sediakan bukan sekadar emas, tapi ekosistem lengkap — dari simpan, beli, jual, hinggalah kepada bimbingan dan komuniti.
Ekosistem kaya dengan emas
Kalau nak banding harga di skrin, mungkin PG bukan yang paling murah berbanding emas di bank.
Tapi kalau nak banding nilai keseluruhan dan kemudahan sebenar penyimpan emas, PG tak ada tandingan.
Sebab tu saya selalu pesan — jangan tertipu dengan “harga murah di skrin”. Sebab sesiapa pun boleh publish harga emas.
⛔️ Harga murah, tapi kos keseluruhan mahal pun tak guna.
⛔️ Harga murah, tapi proses dapatkan emas pun renyah, pun tak guna.
⛔️ Harga murah, tapi syarat nak dapatkan emas fizikal sangat sulit, pun tak guna.
⛔️ Harga murah, tapi tak jamin beli balik bila keluarkan emas fizikal, pun tak guna!
Apa guna harga murah kalau sedar murah pada skrin?
Nah... Itulah penting kena ada ilmu.
Dapatkan ilmu, jangan percaya sesiapa
Jangan mudah terpengaruh dengan sesiapa, hatta dealer PG macam saya. Dapat ilmu dan maklumat sebanyak mungkin. Dan buatlah keputusan terbaik untuk diri sendiri.
Bila tak ada ilmu, yang nampak cuma harga murah, bukan nilai akhir.
- Risiko Besar Bila Percaya Bulat-bulat Ejen Kewangan!
- Elak Kena Scam, Selidik Perkara Ini Sebelum Pilih Seorang Mentor
Emas bukan sekadar nombor, tapi alat untuk ubah disiplin kewangan dan bina kekayaan sebenar.
Dan dalam misi mendidik masyarakat menyimpan emas, Public Gold bukan sekadar jual emas — tapi mendidik masyarat menabung dan merdeka dari sudut kewangan.
Ada tabungan kukuh... Bebas dari hutang... Bina harta yang cukup... Dan capai financial freedom...
Inilah yang saya maksudkan,
👉🏻 Kalau sekadar nak beli emas, boleh beli di mana-mana. Tapi kalau nak kaya dengan emas, beli dengan Public Gold. 
Sekadar harga murah di skrin tak akan buatkan kita ke mana-mana... 

