MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tak Akan Bosan, Bila Sayangi Customer Macam Sayangi Diri Sendiri

October 30, 2025

“Tuan Zul, pernah tak sampai tahap rasa bosan melayan customer?”

Itu soalan yang saya terima semalam — masa tengah mengopi lepas main badminton.

Saya senyum... Soalan nampak ringkas, tapi sebenarnya dalam.  

More...

Ulang perkara sama

Lepas lebih 15 tahun bersama Public Gold, saya dah ada hampir 10,000 penyimpan emas yang daftar direct di bawah dealership saya. 

Kalau campur seluruh empayar bisnes saya, jumlah keseluruhan dah lebih 900,000 penyimpan emas. 

Kalau ikut logik, patutnya dah rasa bosan kan?

Hari-hari ada orang baru register, tanya soalan yang sama, ulang-ulang perkara yang sama.

Tapi peliknya, saya tak pernah rasa bosan. Malah setiap kali ada penyimpan emas baru “menyerah diri”, saya rasa excited — macam dapat baby baru lahir!

Alhamdulillah... 

Bukan kerana komisyen 

Saya tanya balik pada diri sendiri,

"Kenapa ada orang boleh rasa bosan melayan customer sendiri?”

Mungkin sebab kita terlalu pentingkan diri sendiri. Kita layan customer sebab nak sales, nak komisyen. Bukan sebab nak bantu mereka capai apa yang mereka impikan.

Kalau niat kita hanya untuk kepentingan diri, memang cepat rasa letih dan bosan. 

Tapi bila pandang setiap penyimpan emas yang baru datang tu sebagai harapan yang diletakkan ke atas bahu kita, kita tak akan bosan - selagi wujudnya "mutual respect" (saling menghormati antara satu sama lain).

Saya teringat balik masa saya mula kenal emas pada tahun 2010... 

Amanah dan tanggungjawab

Saya pun dulu datang dengan penuh harapan...

🤲🏻 Nak kukuhkan kewangan,
🤲🏻 Nak bebas hutang,
🤲🏻 Nak kaya dengan emas. 

Soalan-soalan yang mereka tanya hari ni, sama je dengan soalan yang saya pernah tanya 15 tahun dulu.

Mungkin bagi saya sekarang nampak remeh, tapi waktu tu — itu persoalan besar dalam hidup saya.

Jadi setiap kali ada penyimpan emas baru, saya pandang mereka sebagai insan yang datang dengan harapan.

Dan saya kena terima tanggungjawab tu dengan penuh amanah — nak bantu mereka kaya dengan emas dan capai #FinancialFreedom macam saya pernah impikan dulu. 

Luruskan niat  

Saya selalu pesan kepada dealer-dealer di bawah bimbingan saya;

➡️ Luruskan niat. 
➡️ Sayangi customer sebagaimana kita sayangi diri sendiri. 
➡️ Beri manfaat sebagaimana kita suka orang beri manfaat pada kita. 

Bila niat betul, tindakan kita pun jadi betul.

Dan bila kita betul-betul ikhlas bantu orang lain, Allah akan hantar lebih ramai orang untuk kita bantu lagi dan lagi...  

Mudah-mudahan bisnes yang kita bina bukan sekadar beri keuntungan, tapi jadi rahmat buat orang lain — dan asbab Allah limpahkan kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah... 

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tidak beriman (dengan sempurna) seseorang di antara kamu sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” 

- (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 15

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#IslahDiri 

Zulkifli
Cyberjaya
29 Oktober 2025
7 Jamadil Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>