Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2

by on May 27, 2011

Dinar Restu
Mana bagus, Dinar Kelantan atau Dinar Public Gold?
Ni soalan yang selalu orang tanya saya.
Pada saya, Dinar Kelantan no. 1, Dinar Public Gold (PG) no. 2. Melihat pada permintaan, saya nampak Dinar Kelantan mempunyai permintaan paling tinggi. Mungkin sebab ‘supply’nya kurang, dan buatannya sangat cantik. Kalau kita nak jual, memang senang cari pembeli. Dinar PG pun ok. Tapi dinar yang lain, agak susah sikit bila nak jual.
Jenis-jenis Dinar di Malaysia
Dinar Mekah (Sri Ayu)
Hari ni, dah ada macam-macam jenis dinar. Dinar Darul Takzim, Dinar GCP, Dinar Restu, Dinar Mekah (Sri Ayu), Dinar Negeri Perak dan ada beberapa jenis dinar lagi. Saya pun tak ingat namanya. Kalau nak dinar paling murah ialah Dinar Sri Ayu. Memang murah.
Dinar Public Gold
Adakah emas paling murah yang paling baik?
Tak semestinya. Terpulang pada diri masing-masing. Kalau beli emas memang untuk simpan emas dalam jangka masa yang sangat lama, carilah emas paling murah. Tapi kalau untuk ‘investment’, nak jual dalam masa setahun dua, belilah emas yang paling tinggi permintaannya. Senang nak jual nanti.
Beli Murah, Jual Pun Murah
Dinar GCP
Kalau beli emas paling murah, jual pun paling murah juga. Murah satu, yang lagi penting ialah nak cari pembeli. Kalau susah dapat pembeli, terpaksa tolak pada pengeluar dengan harga yang lebih rendah. Dan yang paling rugi kalau pengeluar letakkan spread (harga diskaun) yang paling tinggi!
Kalau tanya saya, dinar paling baik ialah Dinar Kelantan. Yang kedua, Dinar PG.
Wallahu a’lam.
Dinar Negeri Perak

Zulkifli
Damansara Damai
28 Mei 2011
24 Jamadil Akhir 1432
Artikel berkaitan:

{ 5 comments… read them below or add one }

1 Anonymous December 7, 2011 at 3:56 am

al-hamdulillah terima kasih kerana menyokong dinar kelantan walupun harga nya naik turun tapi masih tetap no.1

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 7, 2011 at 4:02 am

Alhamdulillah… Dinar Kelantan memang no. 1 dari sudut buatannya. Dan permintaannya tinggi disebabkan supply ni agak limited. Ia lebih senang dapat pembeli individu berbanding dinar lain.

Reply

3 mFaiz December 19, 2011 at 3:16 am

test

Reply

4 Anonymous September 29, 2012 at 1:33 pm

sokong Dinar Kelantan PALING TERBAIK =)

-Kapten

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2012 at 4:52 pm

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: