MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Perbandingan Spread Emas di Malaysia

July 13, 2012

[Artikel ini tidak relevan setelah pelaksanaan GST pada April 2015. Kebanyakkan pengeluar emas telahpun membuat perubahan dari sudut harga dan spread, dan kebanyakkan harga yang dipaparkan belum masuk caj GST 6%] Selalu orang tanya saya, emas keluaran company itu dan ini ok tak? Saya tak boleh jawab ok ataupun tak, cuma sahabat kena nilai sendiri berdasarkan 5 kriteria yang saya tulis dalam artikel “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“.

“Spread”, Indikator Pertama & Utama

Kalau nak selidik, pertama sekali yang saya akan cek ialah SPREAD (susut nilai) sebab ia akan menentukan berapa cepat kita dapat keuntungan dalam pelaburan emas. Kalau spread rendah, saya akan selidik lebih detail tentang emas tu. Kalau spread tinggi, dah tak perlu cek apa-apa lagi. Noktah sampai ke situ saja lah. Sebabnya, emas spread tinggi tak sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau sekadar nak simpan jadi harta karun, itu tak ada masalah. Tapi kalau niat untuk jual balik suatu hari nanti, spread akan menentukan; (1) berapa cepat dapat untung, dan (2) berapa banyak keuntungannya.

Untuk rujukan pantas sahabat semua tentang spread emas, saya tolong kirakan siap-siap. Saya kira berdasarkan harga emas yang dipublish di website setiap pengeluar (company) pada 5 Julai 2012, sekitar pukul 1.00 – 1.15 tengahari.

Lepas buat pengiraan, inilah spread emas-emas di Malaysia:

Spread Dinar Emas

Catatan: Dinar Emas ialah syiling emas seberat 4.25 gram. Biasanya dikeluarkan dengan berketulenan 916 i.e. 91.6% emas.

Spread Gold Bar 10 gram (999)

  • Public Gold – 8.00%
  • Sri Ayu – 6.00%
  • GCP – 15.18%
  • Amsyiq – 5.00%
  • GSR – 13.25%
  • Kelantan Gold  – 8.00%

Catatan: Gold bar biasanya dikeluarkan dengan berketulenan 999, iaitu 99.9% emas.

Formula Pengiraan Spread Emas

Kalau sahabat semua nak cek samada pengiraan saya tu betul ke tak, boleh guna formula di bawah ni. Illustrasi yang saya buat di bawah ni ialah pengiraan spread 1 Dinar emas Public Gold. Applykan formula yang sama untuk semua jenis emas.

Spread susut nilai emas pelaburan public gold

Pengiraan tu, saya kira berdasarkan harga capture screen di bawah. Untuk semak harga semasa emas Public Gold, klik DI SINI.

harga emas public gold

Emas Spread Paling Rendah di Malaysia?

Daripada analisis di atas, kita boleh simpulkan emas paling rendah dari sudut “spread” ialah Amsyiq Gold. Spread yang rendah ialah indikator pertama samada emas tu bagus atau tak untuk tujuan pelaburan. Bagi saya, emas yang spreadnya lebih 10.0% dikira tinggi. Saya tak akan pertimbangkan emas tu untuk tujuan pelaburan.

Bagi emas spreadnya 10% dan ke bawah, kita perlu cek lagi 4 kriteria iaitu (1) Harga tinggi rendah, (2) Supply konsisten, (3) Cawangan banyak, dan (4) Syarat jual balik. Ia penting untuk pastikan emas tu senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum. Sahabat semua boleh bandingkan kesemua pengeluar di atas, dan buatlah keputusan terbaik.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
5 Julai 2012
15 Sya’ban 1432

p.s. Spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung dalam pelaburan emas. Kalau harga emas naik 10%, pembeli emas Amsyiq Gold untung 5% (10% – spread 5%), tapi pembeli Dinar Kelantan baru balik modal 0% (10% – spread 10%).

Artikel berkaitan:

PERHATIAN: Amsyiq Gold Pelaburan Tidak Sah – BNM

Walaupun Amsyiq Gold menawarkan spread emas paling rendah di Malaysia, tapi ia termasuk dalam 77 syarikat yang disenaraikan sebagai pelaburan tidak sah. Saya tak pasti apa puncanya, tapi telahpun di dedahkan oleh Utusan Malaysia pada 31 Julai 2012.

77 pelaburan tak sah bank negara bnm

Klik untuk paparan penuh.

Sahabat semua boleh klik DI SINI untuk cek artikel Utusan Malaysia versi online. Untuk dapatkan senarai penuh, boleh semak di website Bank Negara Malaysia (BNM). Klik DI SINI. Antara yang tersenarai dalam tu ialah RGCX Trading Corp dan Virgin Gold Mining Corporation. Senarai tu sentiasa dikemaskini dari masa ke masa. Untuk semak, boleh ikuti step ni:

  1. www.bnm.gov.my
  2. Consumer Information
  3. Financial Consumer Alert
  4. List of companies and websites

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Ogos 2012
14 Ramadhan 1433

Kemaskini 29.5.2013. Amsyiq Gold dah terkeluar dari alert list BNM. Alhamdulillah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam En.Zul,

    Saya telah mendapat banyak manfaat daripada artikel, tips dan sebagainya yang dikongsikan dalam blog ini. Manfaat tersebut dalam bentuk pengetahuan dan belum dizahirkan dengan tindakan. Sebelum membuat keputusan untuk melabur saya ingin mendapatkan kepastian daripada En.Zul berkaitan satu perkara.
    “Sekiranya kita memilih untuk menjadi dealer PG dengan modal RM 20K tersebut adakah terdapat dealer (upline) yang akan membimbing untuk terus maju atau sekadar mendapatkan komisen?”

    • Wslm tuan/ puan,

      Tuan/ puan boleh pilih:

      (1) Jadi dealer direct dengan Public Gold atau melalui dealer. Kalau direct dengan Public Gold, memang confirm tak ada apa2 guidance yang diberikan oleh company melainkan seminar New Dealer Orientation (NDO).

      (2) Jadi dealer di bawah existing dealer (introducer/ upline) yang tuan/ puan percaya. Bila tuan/ puan register under dealer tu, dia akan guide seadanya dan tuan/ puan boleh terus refer pada dia untuk sebarang persoalan. Membimbing untuk terus berjaya tu saya tak jamin sebab kejayaan ni terpulang pada diri kita sendiri.

      Saya register di bawah Syukor Hasyim (jutawanemas.com) sebab saya mula kenal Public Gold melalui dia. Dan bila ada persoalan, saya telefon dia. Dia memang tak sempat nak follow-up saya untuk bimbing hingga berjaya dan saya tak pernah berpeluang berjumpa duduk semeja dengan beliau sehinggalah saya qualify Master Dealer & dapat duduk makan semeja dikalangan Master Dealer PG.

      Maju atau tidak bisnes kita bergantung pada kita, tapi there are somebody yang boleh guide kita along the process bila kita perlukan. Itu pentingnya register di bawah trusted dealer.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam zul,

    Terima kasih atas perkongsian diatas. kak zai pun beli dan simpan jer…tak tahu nak menjual. Zul adalah trusted dealer.
    Betul zul cakap maju atau tidak bisnes kita bergantung pada kita dan zul akan guide kita all along the way. Insyallah. Terima kasih sekali lagi zul.

    Wassalam.

    kak zai

    • Wslm Kak Zai,

      Lama tak communicate dengan kak zai.. 🙂 Walaupun tak pernah jumpa kak zai, tapi saya nampak kak zai seorang yang friendly.. Tq atas kepercayaan kepada dealership saya.. Moga Allah sentiasa merahmati kak zai sekeluarga.. Amiin..

  • assalamualaikum en Zul
    sy suhada dari johor bahru
    sy sekarang mempunyai sedikit capital utk mula membeli emas dan berniaga emas (15k). jd sy membaca byk artikel dan antara yg paling mudah sy faham adalah dari blog en.zul. tq atas perkongsian ilmu 🙂
    harap en zul dpt memberi sy tunjuk ajar untuk
    1. dgn capital rm15k, apakah bentuk belian yg en.zul cdgkn
    2. layakkah sy utk menjadi dealer PG?
    3. apakah langkah pertama yg perlu sy lakukan skrg? dan sy ingin register dibwh en Zul.
    terima kasih 🙂

    • Wslm Pn. Suhada,

      T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Moga ianya bermanfaat.

      1. Kalau sekadar nak convert saving dari Tabung Haji/ ASB, saya syorkan beli 1 dinar emas kesemuanya. Reasonnya, senang nak monitor harga, dan senang nak jual sikit2 bila nak pakai duit. Kalau nak berniaga emas, kena ada kombinasi stok yg baik. Kena ada stok (1) 1 Dinar paling banyak, (2) Gold bar 10g sikit, dan (3) 10 Dirham. Ni antara paling banyak permintaan bagi orang kebanyakkan.

      2. Untuk jadi dealer PG, kena buat belian RM20k dalam satu belian.

      3. Untuk buat pembelian, nanti Pn. Suhada emailkan info kepada saya (1) Nama penuh, (2) No. IC, (3) No. Telefon, (4) Email Address, (5) Item yang nak dibeli. Kalau nak jadi dealer, bagi (6) No. akaun Maybank. Hantarkan info tu kepada saya; ibnushafie@gmail.com atau 019-336 8009.

      InsyaAllah, saya akan bantu apa yang boleh..

  • Assalamualaikum en Zul
    stlh membaca lg dalam blod en zul, sy dapati yg en Zul bermula dgn rm20400 dan membuat pajakan spy ada cash utk berniaga. jd sy ada beberapa persoalan.
    1. pembelian 20K di PG adalah dlm bentuk dinar, gold bar dan dirham. jd di mana boleh pajakn dibuat sbb ar-rahnu bank rakyat tak terima emas dlm bentuk ini.
    3. jika sy membeli emas lelong dr Ar-rahnu, adakah sy boleh menjual emas ini di PG? apakah spread yg dikenakan?
    2. daripada blog en Zul sy juga tlh ada maklumat utk
    a) lock harga
    b) payment method n when to collect gold at PG branch
    c) kepentingan spread
    d) jenis2 emas yg baik utk pelaburan
    Terima Kasih banyak2 en Zul 🙂

    • Wslm Pn. Suhada,

      Memang betul, saya mulakan modal RM20,400. Dan modal tu saya tambah dari semasa ke semasa. Bisnes emas pada asasnya tak perlukan pajakan. Pajakan tu dibuat samada untuk (1) “buy back” in case ada pembeli nak jual balik, (2) spare cash untuk urusan jual beli.

      Sejak Mei 2011, barang kemas jer yang mudah dipajak. Untuk gold bar & dinar, cuma Ar-Rahnu private, Ar-Rahnu milik kerajaan negeri & koperasi jer yang masih terima. Di Johor pun ada spt Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Bhd.

      Mudah-mudahan perkongsian ringkas ni dapat bagi pencerahan kpd Pn. Suhada memulakan pelaburan & bisnes emas cara selamat & menguntungkan, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum Encik Zul.
    saya Farah. dan saya berumur 18 tahun. Saya mempunyai simpanan dalam linkungan 10k dan merasakan pelaburan emas adalah yang terbaik memandangkan dalam masa yang akan datang saya memerlukan lebih banyak wang untuk pelajaran.
    saya sekarang sedang mengikuti pengajian jurusan Undang-undang.
    justeru saya meminta jasa baik encik Zul untuk menerangkan apa yang terbaik buat saya. saya juga berharap simpanan ini kelak mampu membantu kedua ibu bapa saya. Terima kasih encil zul 🙂

    • Wslm Cik Farah,

      Saya tak pasti pelaburan emas dapat bantu wang utk pelajaran Cik Farah atau tak sbb purata keuntungan pelaburan emas sekitar 15% – 20% setahun sahaja. Kalau nak beli emas, guna duit long term saving (at least setahun). Duit yg nak pakai dlm masa setahun, ketepikan utk emergency.

      Kalau nak gandakan simpanan tu, saya syorkan Cik Farah belajar berniaga masa di kampus coz saya nampak ruang utk berniaga terlalu banyak di kampus. Di mana orang berkumpul, disitu duit berkumpul. Cik Farah cuma perlu kenal pasti apa keperluan dan kehendak pelajar, dan jadi middleman utk isi kekosongan tersebut.

      Bila saya cakap berniaga, maksudnya berniaga apa sahaja produk/ servis utk keperluan semasa pelajar. Wallahu a’lam.

  • Salam En. Zul,

    Sekiranya saya mempunyai goldbar dari GCP, adakah boleh saya menjualnya kepada PG? Biasanya kita akan jual semula kepada pengeluar yang sama.

    Bagaimana kiraan spreadnya? adakah masih sama? atau PG akan kira sama seperti GCP memandangkan goldbar itu dari GCP.

    Terima kasih atas jawapannya nanti.

    • Wslm En. Firdaus,

      Boleh jual kepada PG. Harga tu PG akan tetapkan lepas test ketulenan. Saya dah beberapa kali tanya berapa spreadnya, tapi staff PG tak pernah jawab soalan ni. Dia cuma cakap kena bawa emas tu dulu sebab dan kena test ketulenannya dulu, barulah dia akan bagi harga.

      Saya syorkan En. Firdaus jual balik kepada GCP atau dealer GCP. Atau boleh jer jual di facebook, offer kepada kawan2.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En. Zul,

    Saya difahamkan, kita tidak boleh membeli emas secara bayaran tangguh. Tetapi kita boleh meminjam dari bank (Islamic) untuk personal loan, dengan duit tersebut kita membeli emas. Adakah ini dalam kategori membayar secara tangguh? Bolehkah En. Zul terangkan kepada saya berkenaan dengan perkara ini?

    Sekiranya ada sumber rujukan lain seperti majlis fatwa, panel syariah bank atau orang perseorangan yang dipercayai, bolehkah tuan berikan linknya? Saya amat-amat menghargainya.

    Terima kasih.

    • Setelah saya membuat sedikit pembacaan, saya difahamkan pembiayaan peribadi dengan bank dan membeli emas adalah dua transaksi yang berbeza.

      Buat pembiayaan peribadi merupakan satu transaksi. Kemudian membeli emas adalah satu transaksi yang lain. Apa yang penting, semasa membeli emas, kena perlu bayar secara tunai bagi mengelakkan riba’. Kita tidak membuat bayaran tangguh dengan emas.

      Soal pembiayaan peribadi tersebut merupakan hutang kita dengan bank. Setakat itu yang saya faham.

      Walaubagaimanapun, sekiranya En. Zul ada penjelasan yang lebih lanjut untuk membetulkan kefahaman saya ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih.

      Sebenarnya saya masih ragu-ragu dengan cara ini. Saya tidak memerlukan jawapan segera, sekadar ingin menambah kefahaman. Semoga perkongsian yang baik mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

    • Wslm En. Firdaus,

      Memang betul. Itulah kefahaman saya berdasarkan jawapan Pakdi.net & Ustaz Zaharuddin. Untuk penjelasan lanjut tentang hukum hakam jual beli emas, En. Firdaus boleh cek Parameter Pelaburan Emas yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Boleh guna link di bawah ni;

      http://bit.ly/scQnbG

      Bagi saya, cara terbaik untuk buat pelaburan ialah dengan gunakan duit lebihan. Buat pelaburan dengan pinjaman ni membuatkan hati kurang tenteram especially bila harga emas jatuh.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En Hakim,

      Pada saya, trend harga emas 2012 lebih kurang tahun 2008 dimana harga emas tak stabil, naik tak banyak. Punca paling utama ialah krisis hutang negara2 Eropah yg membuatkan USD melonjak bila pelabur mula meninggalkan matawang Euro. Padahal, matawang USD itu sendiri menunggu masa utk collapse.

      So bagi saya, ini masanya untuk beli emas sebanyak mungkin. Bukan tunggu harga turun lagi. Setakat ilmu yang saya ada, harga emas confirm akan terus naik dan mustahil ianya turun tak naik2 at least utk 5 tahun akan datang.

      Wallahu a’lam.

  • salam brode zul,

    sy mercadang utk membeli emas..

    apa pandangan tuan tentang gold investment account..??

    sy tertarik kerana kita perlu menyimpan sndiri emas fizikal tu..sebaliknya pihak bank yg akan menyimpannyer..ada juga sesetengah bank yg tidak mengenekan sebarang charge utk safe depositing box..

  • salam en zul..

    saya memang berminat mengenai pelaburan emas, da saya telah pun survey beberapa kedai emas untuk melihat harga gold bar. buat sementara ini, saya hanya terjumpa 2 jenis gold bar shj iaitu emas bunga raya(kedai emas ckp emas bunga raya adalah emas malaysia…saya xpasti) dan satu lagi emas swiss pamp. dan saya juga telah bertanya spread price untuk gold bar tersebut…kedua2 ny 15%. ini bermakna gold bar yang telah saya survey tidak menguntung kan??

    • Wslm Puan,

      Spread emas 15% tu bagi saya agak tinggi. Lagi satu, cuba puan cek coz biasanya dia kenakan additional cost i.e. wormanship. Bagi saya, beli emas di kedai emas kurang berbaloi untuk pelaburan.

      Kalau nak beli emas untuk pelaburan, better puan beli emas macam Kijang Emas Maybank, Dinar Kelantan atau Public Gold sebab memang ia dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan. Ikut pada pemerhatian saya, Public Gold antara yang the best setakat ni.

      Wallahu a’lam.

  • Bagaimana dengan emas perhiasan i-series Public Gold, adakah sesuai untuk pelaburan? jika hendak jual semula adakah nilai akan jatuh mcm kita jual brg kemas di kedai emas

  • SALAM…

    SAYA SGT TERUJA NK JUMPA SEORANG HAMBA ALLAH YG DIKHABARKAN SGT BIJAK DLM PELABURAN EMAS…. 1 HARI SAYA TERJUMPA HAMBA ALLAH INI DI SATU MAJLIS JAMUAN HARI RAYA…. SAYA BERTANYA BELIAU BAGAIMANA KALAU NK BUAT PELABURAN EMAS…? BELIAU HANYA MEMBERI JAWAPAN YG RINGKAS….BELI KAT MAYBANK(KIJANG EMAS)…BELIAU CAKAP HANYA MAYBANK DIBENARKAN JUAL KIJANG EMAS OLEH BNM….. BELIAU CAKAP KALAU BELI KAT KEDAI EMAS…BELIAU CAKAP…MMG X UNTUNG..SEBAB DIKIRA JEWELLERY…MINTA KOMEN….

    • Wslm En. Roslan,

      Memang Kijang Emas salah satu emas pelaburan yang baik. Selain Kijang Emas, ada banyak lagi emas pelaburan antaranya Dinar Kelantan, Public Gold, Sri Ayu dll. Berbeza emas pelaburan dan jewellery (emas perhiasan) ialah SUSUT NILAI / SPREAD jauh lebih rendah. Kalau beli jewellery memang lambat untung sebab susut nilainya sekitar 25% bila nak jual balik.

      Wallahu a’lam.

  • salam en. zul,

    saya membaca blog en.zul dari kawan saya. Sepertinya en.zul mahir dalam pelaburan emas dan silver ini. Saya ingin tahu berkenaan dengan spread.

    1. Kenapa setiap company tu spread dia berbeza2? Apakah yang mempengaruhi spread tersebut?
    2. Betulkah spread tersebut akan berubah dalam jangka masa panjang di mana kalau spread titu tinggi, kita melabur untuk long term ianya akan lebih menguntungkan di mana spread akan jatuh kepada 0?
    3. antara dinar 916, 917 dan 999, yang mana lebih baik? Ada perbezaankah setiapnya?

    Terima kasih.

    • Wslm Puan,

      1. Spread / susut nilai adalah keuntungan yang dikaut oleh penjual emas bilamana pembeli menjualnya balik. Kadar keuntungan tu terpulang kepada setiap company. Jadi sebagai pembeli, kita kena pilih companya yang menawarkan spread lebih rendah.

      2. Kadar peratusan spread biasanya tak berubah. Ia tetap, bahkan sesetengah syarikat merendahkan spread, tapi tak banyak. Spread sampai bila-bila pun tak akan jatuh kepada 0, cuma bagi penyimpan emas long-term, harga emas telahpun melepasi peratusan spread, dan dia akan untung. Kalau spread lebih rendah, maksudnya lagi cepat untung.

      3. 916 dan 999, kedua-duanya baik untuk ‘pelaburan’. Yang membezakannya ialah pada spread. Kalau emas Public Gold, bagi saya dinar 916 lebih baik dari gold bar 999 sebab spread lebih rendah. Emas 917 tu sebenarnya emas 916. Ia dikira harga emas 916, cuma sesetengah company keluarkan 917 nampak seolah-oleh lebih baik dari 916, tapi hakikatnya sama jer.

      Wallahu a’lam.

    • Emas T&T, untuk gold bar, dari sudut spread sama dengan Public Gold. Tapi untuk 1 Dinar, agak tinggi iaitu 10% berbanding Public Gold cuma 6%.

      Dari sudut fasiliti jual beli, saya nampak Public Gold jauh lebih baik. Senang beli, senang jual, dan untung lebih baik. Wallahu a’lam.

  • salam, tuan zul… sy bersyukur kerana telah bertemu dgn website tuan. byk info yg sy perolehi… tapi sebelum sy baca website tuan, sy telah membeli gold bar PAMP SUISSE 5g & 10g dari kedai emas. sy bertanya kpd penjual tu berkenaan kadar jual semula. mereka kata akan ditolak 10% dari harga pasaran. soalan saya :

    1. adakah betul tindakan sy mmbeli goldbar pamp suise di kedai emas? adakah sy tidak akan mendapat untung tinggi seperti yg sy harapkan apabila jual semula nnti. lagipun sy melihat tuan lebih ‘mengangkat’ Public Gold berbanding emas yg lain…

    2. adakah boleh kalau sy jual goldbar P.Suise kpd Public Gold? adakah PG akan membuka seal P.Suise itu untuk menguji ketulenan dan menyebabkan susut nilai lebih tinggi….?

    sy mohon bantuan, kerana risau pembelian sy ini tidak memberi keuntungan di masa hadapan..tq

    • Wslm En. Hanif,

      Terima kasih berziarah ke blog saya. Moga bermanfaat, insyaAllah.

      1. Beli gold bar / gold coin di kedai emas agak rugi kalau di bandingkan dengan emas Public Gold sebab harganya lebih mahal. Sesetengah kedai dia caj sekali kos upah (En. Hanif kena kos upah tak?). Keduanya, seal emas tu tak boleh dibuka. Kalau tak boleh buka, maksudnya tak boleh dipajak. Kalau buka seal, kedai emas akan bayar balik pada harga emas terpakai dengan susut nilai 25%. Nasihat saya, jangan buka seal dia dan pastikan simpan resit baik-baik. Emas tu simpan jer. Kalau benar yang kedai emas tu janji susut nilai cuma 10%, ia masih boleh diterima.

      2. Public Gold terima apa-apa jenis gold bar, tapi kalau nak untung lebih tinggi, lebih baik tuan jual ke kedai emas di mana En. Hanif beli. Kalau jual balik kepada PG, memang confirm PG akan buka seal untuk test ketulenan emas tu.

      Wallahu a’lam.

  • […] Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa. Untuk perbandingan ‘spread’, boleh rujuk artikel saya bertajuk “Perbandingan Spread Emas di Malaysia“. […]

  • Assalamualaikum….. encik zul…
    saya ada beberapa soalan …

    1.. adakah pelaburan PG encik zul ni mengikut syarak?
    2. saya berminat dengan pelaburan emas ini.. sebagai orang baru.. berapa banyak yg perlu saya beli emas ini untuk permulaan..?sekiranya saya ingin membeli emas untuk permulaan ini dalam 100gram adakah ia satu pelaaburan yang berbaloi?
    3. bagaimanakah pelaburan emas ini boleh membawa keuntungan?kalau boleh perincikan lagi bagus…
    4. berapakah tempoh masa yang biasanya kita boleh jual balik emas ini..

    • Wslm En. Din,

      1. Pada asasnya, PG cuma company yang jual beli emas sebagaimana kedai emas. Kita beli emas, dapat emas. Emas tu kita pegang sendiri. Tak ada apa-apa skim pelaburan yang menjanjikan pendapatan ditawarkan. Urusniaganya patuh syarak.

      2. Emas sesuai dibeli dengan duit simpanan jangka panjang. Kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai dalam tempoh at least setahun. Saya convert sebahagian besar duit simpanan jangka panjang kepada bentuk emas. Berapa modal En. Din tu terpulang. Saya syorkan bermula dulu at least dengan coin 1 dinar untuk dapat “feel” simpan emas.

      3. Asasnya, pelaburan emas ni untung dengan cara beli pada harga rendah, dan jual bila harga tinggi. Harga emas naik dalam jangka panjang.

      4. Tempoh sebenar bergantung kepada pergerakan harga emas dunia yang banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia terutamanya di US dan Eropah. Ada orang beli bulan lepas, bulan ni dah boleh jual (untung). Ada orang beli tahun lepas, tahun ni belum boleh jual. Tapi kalau jangka panjang, insyaAllah untung.

      Wallahu a’lam.

  • […] Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25% sedangkan syiling 1 dinar Public Gold cuma 6%. Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi 5% sedangkan pembeli syiling 1 dinar boleh tersenyum dengan keuntungan 14% (20% – 6%)! Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang “susut nilai” ni, anda boleh rujuk penerangan saya dalam artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia“. […]

    • Wslm En. Zainal,

      Boleh buat belian secara ansuran. Saya boleh bantu place order untuk belian secara ansuran tu untuk En. Zainal. Hantarkan maklumat di bawah kepada saya 019-336 8009 (sms/ whatsapp) atau ibnushafie@gmail.com:
      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No. telefon
      4. Email
      5. Item yang nak beli
      6. Cawangan Public Gold terdekat (untuk ambil emas)

      Nanti saya placekan order, insyaAllah.

  • Salam en zul..
    nak bertanya kalau nak beli dengan PG tapi guna akaun cimb boleh ke?sbb sy tgk hanya ada akaun maybank n public bank.tpt saya hanya ada cimb.

  • […] Dah ramai orang offer saya jadi dealer company lain sebab komisyen besar katanya, tapi saya tak sanggup ‘tipu’ pelabur membeli emas hanya semata-mata nak kaut komisyen yang besar. Syarikat yang menawarkan komisyen besar kebanyakkannya susut nilai (spread) emasnya pun besar! Dan confirm ia merugikan pelabur. Anda boleh cek perbandingan susut nilai antara pengeluar emas di Malaysia di artikel saya “Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia”. […]

  • Assalammualaikum en, saya sekarang ni baru nak berjinak2 untuk wat pelaburan emas ni,saya nak tnya kalau mcm emas bar dari gsr, public gold n emas kijang mana lg bagus utk permulaan, anggaran. Kalau beli emas dalam 10g utk permulaan ok x?

    Kalau mcm brg kemas plak, adakah pembelian dari Gsr berbaloi ke? sbb lagi pun ada akak ipar jd dealer gsr boleh dpt hrga special, atupun dari i series pg ok ke? mna satu pilihan yg ok?

  • Assalamualaikum. .nk tanya sy ade gadai rantai emas di bank ar rahnu bulan lepas….kire bulan ni sy nk jual rantai di gadai tu di bank yg sama. .sy dapat balik kan baki duit rantai tu..??? Setelah di jual. ..

    • Wslm En. Farith,

      Syarat jual balik tu kena tanya kedai tu. Kalau beli emas di kedai emas, tanya kedai emas tu. Sesetengah kedai kalau hilang resit, harga dia beli balik murah. Ada yang kalau seal rosak, dia akan kira emas tu emas terpakai. Dan macam-macam lagi. Emas paling senang jual balik setakat ni emas Public Gold. Public Gold jamin beli balik pada harga mahal sebagaimana dipaparkan di website asalkan emas tu kekal beratnya, walaupun emas tu calar, kemek atau bengkok.

  • assalamualaikum en zul… saya ingin bertanya antara dinar 999 n dinar 916, yang mana lebh elok untuk di jadikan perlaburan jangka pjg? ada yang cakap dinar 999 sbb purify dia…

    public gold ni ada x jual dinar 24k?

    • Wslm En. Syafiy,

      Dari sudut nilai jangka panjang, dua-dua bagus. Emas 999.9 lebih tulen, tapi ia lembut. Emas 916 lebih kukuh. Barang kemas yang paling baik dibuat pada ketulenan 916 sebab ia lebih kukuh. Kalau beli untuk simpanan, 916 dan 999 dua-dua bagus. Yang paling penting, pilih item yang susut nilai lebih rendah.

      Public Gold belum ada dinar 24k. Cuma 916 jer buat masa ni sebab World Islamic Mint pun tetapkan ketulenan syiling dinar ialah 916. Emas 916 lebih kukuh dan lebih sesuai untuk muamalat.

      Wallahu a’lam.

  • dlm artkel en zul yg lepas, en zul ada bgtau lbh untung beli 1 dinar berbanding dgn 2 dinar kerana spread nya lbh rendah..tapi apabila saya kira spreadnya, semakin besar nilai dinar yg kita beli, semakin rendah spreadnya…

  • Assalamulaikum..
    Tuan Zul saya adalah orang baru dan insyallah bakal mencebur diri dalam pelaburan emas,minat saya kerana emas ini merupakan sunnah rasulullah. soalannya ialah:
    1. Perbezaan spread yg Tuan Zul berikan dari emas gold bar dari 10g hingga 500g menunjukkan perbezaan spreadnya. tetapi apabila dikira dengan RM 10g perbezaan rendah dari yang 20g hingga 500g. kalau begitu 10g lebih menguntungkan? adakah pemahaman saya ini salah.
    2. kaedah gadaian di arrahnu untuk membeli emas berulang kali dari hasil gadaian adakah ianya berisiko tinggi? boleh Tn Zul berikan kaedah bagaimana cara gadaian ini dapat dilaksanakan dgn kaedah yang betul?

    Terima Kasih Tuan Zul kerana berkongsi ilmu moga Allah memberi rahmat kepada Tuan.

    • Wslm En. Soberi.

      1. Perbezaan tu jangan dikira dari sudut RM, tapi kena kira dari sudut peratusan (%). Kalau kira dari sudut RM, memang gold bar 10g lah yang paling sikit. Tapi bila buat pelaburan, kita akan kira peratus (%) keuntungan berdasarkan modal yang kita laburkan. Kalau harga emas naik 10%, siapa beli gold bar baru untung 2% (10% kenaikan – 8% spread). Tapi siapa beli gold bar 500g, dia untung 5.5% (10% kenaikan – 4.5% spread).

      2. Teknik begitu potensi untungnya tak banyak. Kalau harga emas tak naik ataupun turun, maka ruginya besar. Saya ada terangkan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/10/tips-manipulasi-ar-rahnu-cara-selamat.html .

      Sama-sama En. Soberi. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Soberi juga. Amiin ya Allah.

      • Terima Kasih Tn Zul..
        kerana memberi pencerahan kepada saya mengenai emas. walaupun sukar juga bagi saya nak memahami konsep pelaburan emas ini. lagi banyak kita tahu, rupanya masih banyak lagi yg kita x tahu dalam ilmu pelaburan emas ini.
        Soalan saya:
        1. Bagaimana cara Tn Zul istiqamah dalam pelaburan emas ini..sehingga berjaya sampai tahap ini?

        Tn Zul mempunyai ciri-ciri orang yg ikhlas dalam menyampai rahsia menyingkap ilmu emas ini, tahniah moga allah membalas budi baik tn zul.
        sekian terima kasih..

        • Sama-sama En. Sobri.

          Saya istiqamah sebab saya minat dengan kewangan. Emas ialah “alat kewangan” yang paling bertahan dalam sejarah manusia.

          Alhamdulillah, terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah rahmati En. Soberi juga. Amiin ya Allah.

  • Assalamualaikum en zul..saya sebenarnya mmg minat utk buat pelaburan emas ni..cuma lebih takut dari berani. Itu lah faktor utama saya.sekarang saya tengah mengumpul data, maklumat serta semangat.
    1) Boleh tolong bg kata2 semangat
    2) Boleh tak saya mendaftarkan diri dibawah en zul?
    Wassalam.

    • Wslm Pn. Maya,

      1. Puan kena clear dimana keraguan untuk mula menyimpan emas. Bila dah clear, insyaAllah akan lebih yakin. Puan boleh wassap saya 019-336 8009 kalau ada apa-apa persolan yang perlukan penjelasan.

      2. Boleh puan. InsyaAllah.

  • Salam En Zul. nak tanya.

    nilai susut nilai tu mmg tidak berubah ke?
    maksudnya. kalau kita beli emas skrg. nilai susut nilai 8%. lpstu jual setahun akan datang. adakah nilai susut nilai tetap 8 %?

    t. kasih tuan.

  • Tuan.. saya ada beberapa keping emas gold bar 100gm 999 swiss palm ..setiap satu hendak dijual … dimana boleh saya jual supaya mendapat harga yang berpatutan dengan spread yang tidak terlalu besar daripada harga pasaran supaya tidak berlaku kerugian besar.

  • Assalamualaikum en Zul,
    Saya baru dengar pasal pelaburan emas.
    Yang pertama yang saya dengar adalah Power Gold.
    Saya lihat tiada nama emas dari Power Gold dalam perbandingan En Zul,
    Adakah Power Gold syarikat yang baru dan kalau baru adakah selamat untuk buat pelaburan?

  • Salam en zul. Pernahkah en zul mmbuat perbandingan antara emas public gold dan emas power gold. Apa dapatan yg diperolehi dan apa pandangan en.zul sendiri Tk.

  • Assalamualaikum En Zul.

    Saya amat tertarik dengan penulisan En Zul yang ikhlas dan jujur dalam berkongsi ilmu dan fakta berbanding blog lain yang hanya menulis kebaikan produk sendiri dan keburukan produk lain.

    Saya baru saja tamat belajar dan berjaya menyimpan 10k daripada lebihan biasiswa yang mana duit tersebut mungkin tidak digunakan dalam tempoh setahun, jika ada kecemasan pun mungkin suku dari simpanan tersebut. Saya amat tertarik untuk membuat simpanan emas berbanding simpanan fiat money yang menjadi asas kepada riba.

    1. Pada pengamatan En Zul, manakah yang lebih baik samada membeli dinar atau gold bar atau gandingan kedua-duanya?
    2. Saya ada terbaca mengenai booking sistem dimana sekiranya kita mendapati harga emas tinggi/rendah pada satu2 masa tertentu, kita boleh lock price tersebut dan melakukan transaksi fizikal dalam tempoh 4 hari. Adakah ini patuh shariah kerana seperti menyamai konsep bayaran tangguh? Dan sekiranya kita ingin menjual emas dan mendapati harga semasa melakukan transaksi lebih tinggi berbanding locked price, adakah kita menukar harga tersebut?
    3. Apakah perbezaan membeli emas melalui dealer atau branch?
    4. Sekiranya ingin menjadi dealer, selain dari belian 20k, adakah target2 tertentu yg perlu dicapai seperti monthly sales dan sebagainya?
    5. Bolehkah En Zul menerangkan pula mengenai Gold Accumulation Program kerana saya dapati di website PG memberi tawaran menjadi dealer dengab 100gm GAP.

    Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pencerahan. Wassalam.

  • Salam Tuan Zul,

    Saya tak reti dalam emas2 ni tapi saya byk da membaca artikel2 tuan Zul untuk memahami tentang Emas. Saya ada satu soalan, Kenapa harga emas PG dengan harga carta kitco tak sama yer. Contohnya saya ambil emas PG Sell 250g RM36826 se gram = RM147.30. Harga di carta kitco pulak se gram RM141.55. So ada perbezaan 4.06% antara kitco dan PG. Kalau GAP se gram RM152 perbezaan lebih kurang 7.38% dengan carta kitco. Mohon Pencerahan, Terima Kasih.

  • Assalammualaikum En Zul… boleh saya minta pendapat en zul tentang ‘harimau mint gold’? Saya agak berminat untuk menjadi ajen… apa pendapat en zul….

  • Assalamualaikum Tuan zul, terima kasih untuk artikel yg sgt berguna. Sy baru saja nak berjinak dlm investment berkaitan emas. Sebelum ni sy beli emas dlm bentuk jewellery, di poh kong. Setelah membeli dalam beberapa utas rantai,cincin & gelang, br tergerak hati nak survey tentang emas Dan pelaburan,dimana Tuan mengatakan emas bentuk jewellery lambat untung dimana spread tinggi kalau x silap sy.. Cuma sy Masih x berapa Jelas,adakah utk investment yg paling bagus adalah Dengan membeli 1 dinar emas 916 di public gold berbanding yg lain? Bagaimana pula dengan emas Indonesia jika dibeli Dan dijual di sini adakah lebih menguntungkan? Atau kualiti gred sama dengan emas 916?
    Diharap Tuan dpt membantu sy.. terima kasih banyak2.

    • Wslm puan,

      Lepas perlaksaan GST pada April 2015, hanya emas bebas GST sahaja yang sesuai untuk pelaburan. Kita jimat 6% dari GST. Emas yang dapat pengecualian GST syaratnya:

      (a) ketulenan 995 ke atas (emas 916 tak termasuk)
      (b) mesti mendapatan pengiktirafan LBMA (London Bullion Market Association).

      Dan ada 5 kriteria penting lain yang perlu puan nilaikan sebelum pilih mana-mana emas untuk pelaburan sebab ia memberi kesan langsung kepada kadar keuntungan yang puan akan dapat. Puan boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas.

  • salam tuan, saya berminat untuk menyertai pelaburan emas. dan alhamdulillah setwlah membaca saya dapat banyak ilmu terutama perbezaan emas pergiasan dan emas pelaburan. tidak semudah yg di fikirkan. saya akan cuba untuk selidik dan belajar lebih dalam sihingga saya master dalam isu emas.tq

    • Wslm En. Azim.

      Alhamdulillah.

      Saya syorkan baca dan faham ilmu asal dulu, lepas tu terus bermula walaupun 1 gram. Lepas bermula, insyaAllah akan lebih cepat faham ilmu emas. Selagi tak mula, kekadang kita baca pun tak faham.

  • salam tuan, saya masih ada sedikit keraguan tentang pembelian emas secara online, adakah public gold patuh syariah seperti tatacara jual beli emas yg ditetapkan oleh majlis fatwa kebangsaan?
    saya menetap di sarawak dan ingin beli emas secara online, saya hubungi dealer, setuju pada harga semasa, dan terus bayar melalui maybank2u, barang akan dihantar melalui pos laju, adakah transaksi begini patuh shariah? bagaimana untuk pastikan ia patuh shariah? harap tuan dapat beri penjelasan, terima kasih.

    • Wslm En. Asfa,

      Ruang ni tak sesuai untuk saya explain tentang syariah. Ia tak semudah jawab “Ya” atau “Tidak”. Kalau En. Asfa faham Parameter Majlis Fatwa, En. Asfa akan faham samada sesuatu urusniaga tu patuh syariah atau tak. Prosedur yang ditetapkan oleh Public Gold pada pemerhatian saya 90% patuh syariah.

      Pasal urusniaga dengan dealer tu berbeza. Ia bergantung bagaimana dealer tu urus transaksi tu. Patuh atau tak patuh syariah bukan pada produk atau jenama, tetapi bagaimana transaksi tu berlaku.

      Baca dan hadamkan parameter di http://www.bit.ly/parameterpelaburanemas dan hadir Bengkel Emas dan Syariah (BEDS) yang kami anjurkan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >