MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pilih Nama Anak, Nama Seorang Pemimpin

August 9, 2012

Hifdzi comot makan coklat, tidur sebelah adik dia, Hasan... Lengkap keluarga kami, tiga (3) puteri dan tiga (3) putera. Aisyah, Amal dan Anis satu geng puteri. Fathi, Hifdzi dan Hasan satu geng putera, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Anak kami yang ke-6 kami berikan nama "Hasan", mengambil semangat Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir dan kebetulan sempena kemenangan Ikhwanul Muslimin tahun 2012 setelah perjuangan selama 84 tahun (sejak 1928).

Pilih Nama Anak,  Nama Seorang Pemimpin

Untuk anak-anak lelaki, kami letakkan nama seorang pemimpin dan tokoh yang dekat dengan hati kami. Sebut jer nama Fathi (anak ke-4), pop-up 1001 perkara tentang tokoh gerakan Islam, Ustaz Dr. Fathi Yakan. Sebut nama Hifdzi (anak ke-5), pop-up keperibadian sahabat baik saya, Mohammad Hifdzi. Dan sebut nama Hasan (anak ke-6), pop-up dalam kepala saya 1001 kefahaman & semangat Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Saya tak ragu-ragu bila orang tanya "apa maksud nama tu?". Pendek kata, semua orang yang tahu sedikit sebanyak bahasa Arab faham maksudnya.

Saya tengok ramai ibubapa moden yang letak nama anak tak bagi keutamaan kepada makna dan 'roh' yang ada pada nama tu. Ramai juga kawan-kawan tanya saya bila nak letak nama anak yang baru lahir - untuk saya rujuk dengan orang yang lebih alim. Ramai yang pilih nama ikut sedap telinga dan canggih bunyinya, lepas tu baru rujuk apa maknanya! Terbalik...

Utamakan Makna, Bukan Glamour...

Ada nama yang bila saya tanya 2, 3 orang ustaz yang agak mahir Bahasa Arab, tapi mereka sendiri tak tahu apa maksudnya. Nama tu agak ganjil bagi mereka. Ada nama yang bila dirujuk pada Al-Quran, maksudnya ialah "air  mani yang memancut!"... Astaghfirullah!... Saya pun susah hati bila tolong kawan-kawan referkan nama yang mereka suka kepada ustaz... Serba salah jadinya...

Bagi saya, kita pilih dulu maksud yang kita suka. Utamakan maksud dan 'roh' yang ada pada nama tu supaya nama tu jadi doa buat anak-anak kita kelak. Bukan ikut sedap bunyinya, tapi bercelaru maksudnya. Saya tak pernah semak "makna" nama yang saya cadangkan dengan ustaz untuk bagi nama anak. Saya cuma semak samada ia tepat atau tak dengan kaedah Bahasa Arab. Itu jer.

Bila kami pilih nama anak, kami pastikan perkara berikut:

Kriteria #1 - Makna Yang Baik

Maksud dan makna yang baik. Ianya makna yang well-known, bukan perkataan bahasa Arab yang agak asing. Nama tu adalah doa untuk anak kami. Nama "Hasan" contohnnya, kami dah tak perlu explain lagi maksudnya. Semua orang tahu nama tu. Cucu Rasulullah pun nama Hasan. Ia nama yang 'proven'.

Bukan sekadar makna, tapi nama tu ada 'roh' di dalamnya. Roh yang ada pada nama Hasan (anak ke-6)  ialah supaya dia ikut jejak langkah Imam Hassan Al-Banna. Bukan sahaja jadi seorang muslim yang taat, tapi dia juga seorang amiliin - bekerja untuk mengajak orang lain turut sama taat pada Tuhan, insyaAllah.

Kriteria #2 - Mudah Disebut Nama Penuh

Bila panggil namanya, kami pilih 'nama panggilan' yang kebiasaannya orang sebut dengan nama penuh. Bukan sekerat-sekerat. Supaya nama tu terus menjadi doa untuknya sepanjang hayat. "Hasan" bermaksud "baik" atau "cantik". Nama panggilannya juga adalah "Hasan" - nama penuh.

Kriteria #3 - Nama Yang Ringkas

Kami pastikan namanya ringkas dan padat. Tak suka nama panjang berjela-jela supaya senang disebut, senang nak isi borang, dan senang untuk dia perkenalkan diri kelak. Kalau yang nama panjang berjela tu, kesian anak-anak nanti nak isi borang dan nak perkenalkan diri dia besok. Ada juga saya perhati orang letak nama anak sampai 4, 5 patah perkataan hinggakan nama maknya pun nak dimasukkan sekali! Aduh...

Saya pernah terbaca satu buku tentang panduan pilih nama anak. Kata ustaz penulis tu, nama yang panjang berjela-jela tu melambang kecelaruan fikiran ibu dan bapa!

Kriteria #4 - Nama Seorang Pemimpin

Bila kami pilih nama anak, kami membayangkan kelak mereka adalah pemimpin, bukan sekadar baby yang cute lagi comel! Nama panggilan juga adalah nama panggilan yang layak untuk pemimpin, bukan nama kanak-kanak yang comel. Bayangkan kalau panggil nama anak sebagai "Boboy", macam mana nanti agaknya "Boboy" nak kahwin dan jadi seorang ayah dan pakcik? Dari kecik panggil "Boboy", nanti besar anak-anak sedara panggil nama Pakcik Boboy ok tak? Erm... Nama "comel" yang kita bagi pada anak-anak tu boleh membantutkan kematangan mereka nanti. Mereka akan berwatak kanak-kanak walaupun dah bermisai dan berjanggut nanti kalau kita panggil mereka dengan nama kanak-kanak comel...

Jadi, saya syorkan para ibubapa zaman moden supaya lebih teliti bila bagi nama anak yang baru lahir. Bagi nama yang baik salah satu tanggungjawab kita kepada mereka. Biar satu hari nanti, mereka bangga dengan nama yang kita pilih. Bukan berfikir dua kali samada untuk tukarkan nama mereka di Jabatan Pendaftaran!

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
9 Ogos 2012
21 Ramadhan 1433

Artikel berkaitan:

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Thanks Rusydi, saya baru jer letak post ni.. 🙂

      Saya rasa beri nama tokoh politik kurang sesuai. Kesian nanti dek prejudis orang lain pada dia kelak. Better beri nama tokoh yang proven dari sudut agama & perjuangannya. Pokoknya, nama tu layak untuk nama seorang pemimpin Islam kelak. Fathi & Hasan adalah 2 nama tokoh gerakan Islam yang tak asing lagi untuk dekad ni.

      Wallahu a’lam.

  • salam en.zul,
    bila saya on tablet ruangan pertama ada tengok price public gold, second tentulah blog en. zul. banyak perkongsian ilmu yang baik dan manafaat serta olahan yang ringkas tapi padat. Belum sempat terasa boring membaca tiba-tiba dah bernoktah. so, amat berguna bagi orang yang kesuntukan masa tapi nak faham secara asas tentang perkara yang en.zul kongsikan. Kalau nak lebih info kenalah google lagi.
    Tentang topik ini, saya ada tip sikit iaitu pilih nama yang panjang ada makna, panggil pendek pun ada makna. contohnya, Hamizan pun ada makna yang baik, panggil mizan pun ada makna yang baik. – Hisham MD

    • Wslm En. Hisham,

      Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Moga bermanfaat, insyaAllah. T.kasih tips yang En. Hisham bagi tu. Memang betul tu. Ada seorang kawan saya pun pernah share tentang tips tu. Mungkin nanti saya boleh update artikel ni untuk masukkan tips yang En. Hisyam bagi ni. Alhamdulillah. T.kasih.

  • salam..
    huh..lama tak komen nih.. betul kata enta, roh dalam nama lebih penting. pengalaman kami suami isteri dalam memberi nama anak2 suami ana suka refer dengan tokoh2 dlm sirah perjuangan.. antaranya thoriq, hamzah, umar.. dan yg terpilih bagi anak ke-2 kami Muhammad ‘Asim – seorang tokoh Qiraat. anak sulong Ummu Hanin datuk dia yang namakan sebab bermaksud ‘kelembutan’.. 🙂 tapi roh untuk anak2 kita yang acuankannya.. kalu doa dan didikan kita ke arah ISLAM maka insyaallah itulah bentuknya nanti.. wallahu’alam.. 🙂

  • Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, sy br dianugerahkan anak kedua, lelaki pada selasa lepas. 12 ogos 2014. Sy sedang daftarkan nama anak di JPN. Nama cadangan Muhammad Hasan. Lepas saya baca blog tuan, makin bertambah keyakinan saya dengan nama Hasan tersebut. Semoga anak saya berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

    • Wslm En. Amir,

      Alhamdulillah. Tahniah atas kelahiran anak kedua tu. Saya doakan Allah jadikan Muhammad Hasan sebagai seorang yang fakih dalam agama. Allahumma faqqihhu fiddiin… wa’llimhutta’wiil… Amiin ya Allah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >