Better late than never… Walaupun dah hari raya ke-9, saya ingin ambik kesempatan ni untuk mengucapkan “Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin” dari kami suami isteri kepada semua sahabat pembaca blog ni. Ambik la kesempantan Syawal ni untuk berziarah keluarga dan sahabat di musim ‘pintu terbuka’ ni, insyaAllah. Kami baru jer sampai KL semalam, lepas seminggu lebih cuti beraya di Kelantan dan Terengganu. Hari ni (Isnin, 27 Ogos 2012) baru selesa untuk aksess internet.
Blog Comments & Email
Banyak comments di blog ni dan email pembaca, saya dapat semak balik satu persatu dan saya dah reply kesemua tadi. Harap-harap tak ada yang terlepas pandang, insyaAllah. Setiap komen di blog ni, dan email yang saya terima, saya akan pastikan semuanya saya reply unless saya terlepas pandang… Kalau masih ada yang belum saya reply, jangan lupa ingatkan saya!… (“,)
Satu lagi, kalau rakan pembaca perlukan respon segera dari saya atas apa sahaja persoalan, emailkan terus kepada ibnushafie@gmail.com atau contact saya 019-3368009. InsyaAllah, responnya lebih cepat berbanding meletakkan komen di mana-mana posting artikel.
Sms & Phone Call
Yang kedua, saya susun sepuluh jari mohon maaf kepada semua rakan-rakan yang hantar sms & call tapi tak sempat reply/ pick-up sebab handphone saya sekarang ni nampaknya perlu ditukar kepada smart phone. Inbox sms penuh sampai lebih 200 conversation hinggakan ‘jammed’ handphone ni setiap kali nak buka sms. Nak kena semak satu persatu sms tu sebelum delete. Nak buka setiap sms tu satu cabaran sebab data dah nak overload…
Sebelum ni, rutin saya setiap tahun ialah hantar sms setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, tapi tahun ni tak dapat. Mohon maaf kepada kawan-kawan yang hantar sms raya yang tak dapat saya balas… (“,)
Jemputan Public Gold Ke Cape Town!
Yang terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua sahabat atas dealership saya dengan Public Gold. Dalam sedar tak sedar, volume bisnes Public Gold saya telahpun melayakkan saya dijemput ke Seminar Kepimpinan di Cape Town! Alhamdulillah… Saya dapat berita ni beberapa hari sebelum Hari Raya hari tu dan katanya, ia telahpun di publish di akhbar Harian Metro, 16 Ogos 2012.
Allahuakbar… Semuanya di luar perancangan saya… Saya jadi dealer sebab beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. Niat saya hanya untuk selamatkan simpanan kami sekeluarga kepada emas supaya ianya tak dimakan inflasi & meminimumkan risiko kalau berlaku kegawatan ekonomi dunia. Sambil menyimpan, kongsikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menyimpan emas.
InsyaAllah, saya akan ambil peluang Seminar ke Cape Town ni untuk associate dengan otai-otai pelaburan emas, dan menambahkan lagi ilmu saya tentang pelaburan emas, insyaAllah. Dan hasilnya nanti, tentunya saya akan kongsikan dengan semua melalui blog ni, insyaAllah..
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
27 Ogos 2012
9 Syawal 1432
salam aidilfitri
Salam Aidilfitri kembali Rusydi… 🙂
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin utk Mr Zul sekeluarga juga 🙂
Salam Aidilfitri juga untuk Cik YusNur dari kami sekeluarga.. 🙂
Assalam zul, Tahniah dapat pergi Cape Town dan salam aidil fitri. Saya nak tanya pembelian emas dan perak ni kena beli setiap bulan atau macam mana?
Wassalam.
aina
Wslm Pn. Aina,
T.kasih, salam aidil fitri. Emas dan perak ni beli bila ada duit lebih yang agak-agak tak pakai at least untuk masa setahun. Saya beli emas & perak ni untuk simpanan jangka panjang, bukan untuk short term.
Wassalam.
Assalam en zul, terima kasih atas jawapan yang diberikan. Saya mempunyai lebihan sebanyak RM1,000.00 sebulan setelah di tolak simpanan dan lain-lain keperluan. Boleh tak saya beli 1 dinar emas setiap bulan atau tunggu 3 bulan untuk beli 1kg perak. Apa pendapat en zul.
Wassalam
Aina
Wslm Pn Aina,
Kalau saya ada lebihan RM1,000, saya beli emas dulu. Maksudnya, beli 1 dinar setiap bulan. Bakinya beli dirham. Bila ada duit extra, baru beli silver. Saya syorkan beli emas dulu sebab harga emas lebih stabil. Ia sesuai untuk simpanan jangka sederhana & jangka panjang.
Kalau dah banyak emas simpan silver. Dari sudut potensi jangka panjang (at least 2 atau 3 tahun), silver akan naik lebih tinggi daripada emas. Tapi harga silver agak volatile i.e. tak stabil berbanding emas. Bila harga emas naik, silver akan naik 2, 3 kali lebih daripada emas dan begitulah sebaliknya.
Terpulang macam mana puan nak plan simpanan. Wallahu a’lam.
p.s. Jangan lupa kena stand by juga simpanan tunai. Kot2 nak pakai duit waktu kecemasan, puan tak perlu jual balik emas & perak…
Salam, Salam Eidul Fitri utk En Zul sekeluarga.Tahniah atas kejayaan En Zul ke Seminar Cape Town.Allah beri rezeki atas usaha dan keikhlasan En Zul memberi tunjuk ajar kepada ribuan pembaca blog ini. Tunggu nok baca coretan dari Cape Town.
Wassallam
Nadzri
K Trg.
Wslm En. Nadzri,
Salam Eidul Fitri juga untuk En. Nadzri sekeluarga. T.kasih atas ucapan tahniah & kepercayaan kepada dealership saya. Moga Allah merahmati En. Nadzri sekeluarga, amiin ya Allah.
Tahniah en zul…alhamdulillah rezeki anak2 yerk!!!insyaAllah in future sy pulak jd anak didik en zul.
T.kasih En. Imran. InsyaAllah, saya akan bantu apa yang boleh.